Pusat Kawalan Penyakit (CDC) dan WHO menggalakkan penggunaan air dan sabun sebagai cara utama bagi membersihkan diri anda daripada kuman dan virus. Penggunaan air dan sabun lebih berkesan menanggalkan bahan kimia berbahaya dan juga virus berbanding cecair pencuci tangan.
Jika tiada air dan sabun, maka hand sanitizer berasaskan alkohol boleh digunakan sebagai salah satu langkah-langkah pencegahan bagi jangkitan virus flu. CDC menyatakan bahawa disinfektan dengan kepekatan alkohol antara 80 hingga 90 peratus adalah ‘kuat’ atau ‘berkuasa’ dalam melemahkan kesemua enveloped virus (virus berkapsul).
Cecair pencuci tangan berasaskan alkohol boleh mengurangkan mikrob pada tangan anda dengan lebih pantas dalam situasi tertentu, tetapi ia tidak mampu membunuh kesemua mikrob atau kuman pada tangan anda.
Hand sanitizer tidak begitu berkesan apabila tangan anda kotor dan berminyak
Banyak kajian telah menunjukkan bahawa, cecair pencuci tangan berkesan dalam perkhidmatan klinikal seperti hospital, kerana tangan tidak terlalu kotor dengan tanah dan berminyak. Ini kerana, jika tangan anda berada dalam keadaan yang sangat berminyak atau kotor, penggunaan cecair pencuci tangan sememangnya tidak begitu berkesan.
Jika tangan anda kotor dengan kesan tanah selepas bersukan, cara terbaik untuk membersihkannya daripada kuman atau virus adalah dengan menggunakan sabun dan juga air.
Hand sanitizer tidak menanggalkan bahan kimia berbahaya pada tangan anda
Berdasarkan banyak kajian yang telah dilaksanakan, cecair pencuci tangan mungkin tidak mampu untuk menanggalkan bahan kimia berbahaya daripada tangan anda.
Dalam satu kajian, individu yang menggunakan cecair pencuci tangan untuk membersihkan tangan mereka memiliki tahap kandungan racun perosak yang lebih tinggi dalam tubuh. Oleh itu, jika tangan anda ada menyentuh bahan-bahan kimia berbahaya, basuh tangan anda dengan bersih menggunakan sabun dan juga air.
Adakah hand sanitizer boleh menyebabkan mudarat jika saya tertelannya?

Kanak-kanak cenderung untuk menelan cecair pencuci tangan yang mempunyai bau yang wangi, berwarna atau memiliki pembungkusan yang menarik. Hand sanitizer perlu disimpan jauh daripada dicapai oleh kanak-kanak dan digunakan di bawah pengawasan individu dewasa.
cecair pencuci tangan yang berasaskan ethyl alcohol (ethanol) adalah selamat jika anda menggunakannya seperti yang diarahkan. Walau bagaimanapun, ia boleh menyebabkan keracunan alkohol jika seseorang menelannya dengan kadar yang tertentu.
Kesimpulan
Jelas sekali bahawa cecair pencuci tangan tidak mampu untuk membunuh 100% kuman pada tangan anda seperti yang didakwa. Selain itu, ia juga tidak begitu berkesan bagi menanggalkan kotoran fizikal yang lebih berat seperti sisa makanan dan tanah. Oleh sebab itu, CDC menyarankan untuk kita sebaiknya mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air. Jika tidak terdapat sabun dan air, barulah cecair pencuci tangan boleh digunakan sebagai pilihan kedua.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen