backup og meta

Jangan Timbulkan Stigma! Ini Sebab Kenapa Penyakit Cacar Monyet Dikaitkan Dengan Gay

Jangan Timbulkan Stigma! Ini Sebab Kenapa Penyakit Cacar Monyet Dikaitkan Dengan Gay

Tahun lalu, dunia telah dikejutkan dengan penularan penyakit baharu iaitu penyakit cacar monyet. Malahan, baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa penyakit ini muncul kembali. Apa yang lebih mengejutkan, penyakit ini lebih banyak disebut sebagai cacar monyet gay disebabkan ramai penghidapnya terdiri daripada golongan ini.

Persoalannya, apakah kaitan antara penyakit ini dengan kumpulan homoseksual dan adakah benar ia merupakan penyakit bagi kelompok homoseksual sahaja?

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Penyakit Berjangkit, anda boleh klik di sini.

Simptom-simptom penyakit cacar monyet

cacar monyet gay

Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut berkenaan topik ini, adalah lebih baik jika anda mengetahui terlebih dahulu apakah tanda-tanda jika seseorang itu dijangkiti dengan penyakit ini.

Terdapat beberapa tanda atau simptom yang boleh dilihat dengan agak jelas, antaranya ialah:

Penyakit cacar monyet gay penyakit jangkitan seksual?

Tidak dinafikan, kebanyakan kes cacar monyet yang dilaporkan di seluruh dunia melibatkan sebahagian besar komuniti homoseksual seperti kelompok gay.

Ini kerana, sesetengah kes telah dikesan di klinik-klinik kesihatan seksual dalam komuniti ini yang bukan sahaja melibatkan kelompok gay, tetapi juga biseksual dan lain-lain lagi.

Namun, pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan bahawa cacar monyet gay ini bukan hanya berlaku kepada golongan gay sahaja kerana ia bukanlah penyakit seksual seperti penyakit jangkitan seksual yang lain (STD).

Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kontak rapat dengan mereka yang telah dijangkiti kerana ia sejenis penyakit berjangkit.

Penyakit cacar monyet juga boleh berjangkit kepada individu lain yang bukan homoseksual melalui sentuhan terhadap luka atau ruam pesakit ini.

Selain itu, ia juga boleh berjangkit melalui cecair tubuh dan sentuhan terhadap barang-barang peribadi yang telah tercemar seperti kain tuala, sarung bantal dan lain-lain lagi.

Dengan kata yang lebih mudah, ia bukanlah penyakit yang hanya boleh tersebar melalui hubungan seksual sahaja.

Tetapi ia boleh merebak dengan mudah melalui sentuhan dengan mana-mana individu yang telah dijangkiti. 

Mengapa penyakit cacar monyet gay ini banyak berlaku dalam golongan ini?

cacar monyet gay

Tidak seperti penyakit HIV dan AIDS yang menular melalui hubungan seksual, cacar monyet gay hanya tersebar melalui sentuhan kepada kontak rapat.

Memandangkan golongan homoseksual seperti gay ini lebih aktif bersosial menerusi penggunaan sesetengah aplikasi telefon pintar, maka mereka lebih banyak menjadi kontak rapat dengan individu lain yang telah dijangkiti cacar monyet tanpa diketahui.

Oleh sebab itu, lebih ramai kelompok gay yang telah dijangkiti penyakit ini disebabkan tidak mengetahui status semasa individu yang dijumpai.

Simptom yang dialami juga tidak terhad di kawasan kemaluan sahaja, tetapi di seluruh kawasan tubuh. 

Pencegahan dan rawatan tidak terhad kepada kelompok tertentu sahaja

Memandangkan virus cacar monyet gay ini lebih banyak dikenal pasti dalam kelompok homoseksual, maka langkah penerangan, kesedaran dan pencegahan perlu dilakukan dengan lebih kerap terhadap mereka.

Namun, kaedah pencegahan, kesedaran dan rawatan ini juga tidak boleh bersifat diskriminasi terhadap golongan tertentu sahaja.

Ini kerana jangkitan virus ini boleh menular kepada sesiapa sahaja menerusi sentuhan dan juga kontak rapat dengan individu yang telah dijangkiti tanpa melihat kepada orientasi seksual mereka.

Kaedah penerangan ini melibatkan nasihat kesihatan awam dan ia melibatkan maklumat berkenaan bagaimana penyakit ini berjangkit, apa yang perlu dilakukan jika mempunyai simptom dan bagaimana untuk melindungi diri sendiri dan individu lain. 

Lakukan langkah pencegahan ini sekarang!

cacar monyet gay

Ada beberapa tip dan langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko menjangkiti atau dijangkiti penyakit ini.

Antaranya ialah:

  • Elakkan sentuhan kulit ke kulit, termasuklah hubungan seksual dengan mereka yang mempunyai simptom
  • Cuci tangan, objek dan permukaan yang telah disentuh dengan kerap
  • Pakai pelitup muka sekiranya anda menjadi kontak rapat dengan mereka yang dijangkiti
  • Kuarantin di rumah atau berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami sebarang simptom

Elakkan stigma dan diskriminasi kepada golongan tertentu

Ingin ditegaskan sekali lagi di sini bahawa, penyakit cacar monyet ini bukan menular melalui hubungan seksual sahaja kerana ia bukanlah sejenis penyakit seksual.

Ia berjangkit melalui sentuhan kulit ke kulit yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Oleh sebab itu, kita dilarang sama sekali untuk menimbulkan stigma atau diskriminasi tertentu kepada mereka yang telah dijangkiti. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Monkeypox: public health advice for gay, bisexual and other men who have sex with men. https://www.who.int/news/item/25-05-2022-monkeypox–public-health-advice-for-gay–bisexual-and-other-men-who-have-sex-with-men. Accessed on August 4, 2022.

Gay health centers respond to monkeypox outbreak. https://www.npr.org/2022/07/10/1110723344/gay-health-centers-respond-to-monkeypox-outbreak. Accessed on August 4, 2022.

Understanding Monkeypox Among Gay And Bisexual Men. https://fenwayhealth.org/understanding-monkeypox-among-gay-and-bisexual-men/. Accessed on August 4, 2022.

Monkeypox: UNAIDS ‘concerned’ about stigmatizing language against LGTBI people. https://news.un.org/en/story/2022/05/1118762. Accessed on August 4, 2022.

‘Monkeypox is not a gay disease’. https://ctmirror.org/2022/07/29/monkeypox-virus-not-gay-disease-lgbtq/. Accessed on August 4, 2022.

Versi Terbaru

22/08/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ini Manfaat Kesihatan Seksual Jika Lelaki BERSUNAT, Kesannya Lebih Rasa Lepas Kahwin!

Siapa Cakap Lelaki Tak Perlu Buat Yoga? Ada Manfaat Untuk Kesihatan Seksual Okay!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 22/08/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan