Ia adalah antara minuman herba sangat popular dalam kalangan masyarakat kita ekoran manfaat yang wujud terhadap kesihatan termasuk khasiat air ketum untuk tenaga batin kaum Adam.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ia adalah antara minuman herba sangat popular dalam kalangan masyarakat kita ekoran manfaat yang wujud terhadap kesihatan termasuk khasiat air ketum untuk tenaga batin kaum Adam.
Persoalannya, benarkah tenaga batin lelaki akan naik jika minum air ketum? Jom baca artikel ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.
Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah penting untuk pembaca kami tahu tentang status ketum di negara kita. Untuk pengetahuan anda semua, ia sudah lama juga diharamkan.
Mungkin akan ada pengguna herba ini yang akan rasa terkejut kerana tidak tahu tentang statusnya. Justeru, adalah menjadi satu kesalahan undang-undang untuk ia diambil atau diminum.
Kerajaan Malaysia dan beberapa negara lain juga tidak setuju jika ia digunakan sebagai alternatif perubatan atau perawatan kerana khuatir dengan kesan sampingan jangka masa pendek dan panjang yang mungkin wujud di sebalik herba ini.
Adakah lelaki masih berani untuk guna khasiat air ketum untuk tenaga batin meskipun tinggi risiko?
Sesuai dengan nama, air ketum dihasilkan daripada ekstrak daun ketum yang biasa dicampurkan dengan air kosong atau air gas dan akan dibotolkan sebagai minuman.
Selain negara kita, Thailand, Australia dan banyak negara di benua Eropah turut mengharamkan minuman herba ini. Manakala, Amerika Syarikat sudah mula membolehkan penggunaannya.
Buat anda yang mungkin masih belum tahu, ada banyak kesan minum air ketum pada fizikal dan mental individu kerana ia berfungsi sebagai stimulan atau sedatif yang merangsang tubuh badan.
Menurut kajian terbitan European Monitoring Centre for Drugs and Drug Addiction (EMCDDA), dos kecil air ketum mungkin mampu memberikan kesan positif seperti berikut:
Selain itu juga, ia dipercayai mampu rawat banyak kondisi lain seperti sengal sendi, lemah otot, kepenatan, kegelisahan serta pelbagai lagi jenis penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.
Menurut kajian yang sama, air ketum tidak hanya akan mendatangkan kesan bagus ataupun baik kerana ia turut mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan pengamal herba ini!
Kaum Adam juga mungkin mengggunakan herba ini untuk mendapatkan manfaat dalam aspek seksual. Ini kerana mereka percaya bahawa ketum adalah salah satu afrodisiak!
Pendapat ini mungkin tepat kerana khasiat air ketum untuk tenaga batin itu boleh dijelaskan seperti di bawah:
Herba ini mampu untuk meningkatkan tahap tenaga individu dengan cara mengoptimumkan proses metabolik tertentu serta memaksimumkan fungsi hormon tertentu dalam tubuh badan.
Ia adalah hasil daripada peningkatan peredaran serta penambahan oksigen di dalam darah ke seluruh anggota tubuh badan yang mungkin memerlukannya.
Berbekalkan lebih banyak tenaga, maka lelaki sudah tentu mampu untuk ‘beraksi’ dan ‘bertahan’ lebih lama ketika bersenggama dengan pasangan mereka.
Dalam pada itu, herba ini juga adalah salah satu afrodisiak di mana ia dapat membantu individu menambah atau merangsang nafsu syahwat ke tahap yang paling bagus.
Ini kerana air ketum mampu meningkatkan proses metabolik, fungsi hormon serta sistem sirkulasi darah sekali gus bagus untuk ketahanan dan kemampuan zakar lelaki.
Dalam erti kata lebih mudah, khasiat air ketum untuk tenaga batin itu memang wujud dan tidak dapat dinafikan. Namun, adakah berbaloi untuk kita semua bergantung pada herba ini?
Tidak hanya kerana ia popular dengan khasiat air ketum untuk tenaga batin, masyarakat kita juga mungkin telah terpedaya dengan segala kesan positif dan terlupa akan semua kesan negatifnya.
Dalam pada itu, ia juga mungkin popular disebabkan oleh faktor ketagihan kerana apabila anda sudah banyak dan kerap ambil air ketum, maka agak sukar untuk berhenti.
Konklusinya, adalah lebih baik untuk hentikan daripada teruskan kerana kita sendiri tidak tahu jika ia akan memberi manfaat, mudarat atau kedua-duanya secara serentak.
Jadi, dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor jika ingin tahu lebih lanjut tentangnya!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen