2. Tidak mahu mengambil vaksin? Anda lebih berisiko!
Varian Delta amat berbahaya terhadap individu yang belum mengambil vaksin atau masih belum melengkapkan vaksinasi.
Bukan itu sahaja, varian ini juga didapati lebih berbahaya terhadap kanak-kanak dan golongan remaja. Malah, mereka juga 2.5 kali ganda lebih berisiko untuk mendapat jangkitan COVID-19 dengan varian ini.
Mereka yang dijangkiti varian Delta juga menunjukkan beberapa simptom yang berbeza. Antaranya ialah:
- Sakit perut.
- Muntah-muntah.
- Loya.
- Hilang pendengaran.
- Sakit sendi.
- Hilang selera makan.
Tanda di atas juga sedikit berbeza berbanding simptom COVID-19 sebelum ini.
3. Varian Delta boleh menyebabkan jangkitan besar-besaran
Disebabkan kadar kebolehjangkitannya yang tinggi, tidak mustahil varial Delta boleh tersebar dengan pantas.
Manakan tidak, menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam jurnal medRxiv, individu yang dijangkiti dengan varian Delta mempunyai 1,000 kali ganda lebih banyak virus di dalam saluran pernafasan mereka berbanding pesakit yang dijangkiti dengan virus COVID-19 biasa.
Tambah lagi, selepas seseorang dijangkiti varian Delta, mereka boleh menjadi penyebar virus dengan lebih pantas.
Individu yang dijangkiti varian ini hanya perlukan 4 hari, 2 hari lebih pendek daripada kebiasaan untuk menjangkiti orang lain.
4. Bukan itu sahaja, ada juga varian Delta Plus!
Varian Delta Plus merupakan satu lagi kerisauan pakar. Varian yang ditemui di Amerika Syarikat dan United Kingdom ini mempunyai satu lagi tambahan mutasi yang unik.
Mutasi ini yang turut dikenali sebagai K417N, mempengaruhi protein pepaku yang berada pada permukaan virus.
Protein pepaku ini membantu virus untuk masuk ke dalam badan manusia dengan lebih mudah serta boleh menurunkan keberkesanan vaksin!
5. Vaksinasi merupakan perlindungan terbaik terhadap Delta

Cara yang terbaik untuk mendapatkan perlindungan daripada varian Delta adalah dengan mengambil vaksinasi.
Jika anda mendapat vaksin 2 dos seperti AstraZeneca, Pfizer-BioNTech dan Sinovac, anda perlulah mendapatkan kedua-dua vaksin dan tunggu 2 minggu selepas vaksinasi untuk keberkesanan maksimum.
Menurut WHO, vaksin yang sudah diuji adalah berkesan dan dapat melindungi individu daripada sebarang varian COVID-19.
Malah, vaksin Pfizer-BioNTech juga dapat memberikan perlindungan sebanyak 88% terhadap varian Delta selepas vaksinasi penuh.
Dalam masa yang sama, kita masih perlu melakukan penjarakan sosial, sentiasa membasuh tangan dan memakai pelitup muka di tempat awam.
Walaupun kita telah divaksin, masih ada individu lain yang belum melengkapkan vaksinasi mereka. Malah, ada juga yang tidak boleh mengambil vaksin atas sebab-sebab tertentu.
Oleh sebab itu, pastikan anda menjaga diri dan amalkan penjagaan kebersihan diri.
Elakkan berada di tempat awam dan pastikan anda berada di dalam bangunan yang mempunyai pengudaraan yang baik.
Baca juga:
Lindungi diri anda daripada COVID-19

Pada waktu ini, COVID-19 masih lagi berada di negara kita. Malah, kes yang telah mencecah 5 angka sehari juga membuktikan bahawa negara kita sedang tenat dilanda wabak ini.
Oleh sebab itu, kita haruslah bertindak melindungi diri daripada jangkitan virus ini:
- Hanya keluar rumah ketika perlu.
- Keluar hanya untuk mendapatkan barang asas.
- Terus amalkan norma baharu.
- Jangan tunda vaksinasi.
- Pakai dua pelitup muka (double-masking).
- Galakkan orang lain untuk amalkan norma baharu.
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen