backup og meta

Vaksin COVID-19 Bukan Untuk Kanak-kanak? Ini Sebab Bawah Umur 18 Tahun Tak Disuntik

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nur Es Naini · Disemak pada 19/08/2021

    Vaksin COVID-19 Bukan Untuk Kanak-kanak? Ini Sebab Bawah Umur 18 Tahun Tak Disuntik

    Seperti yang kita ketahui, jenis vaksin COVID-19 yang kini diterima orang dewasa, tidak diberikan kepada kanak-kanak yang berumur bawah 18 tahun, meskipun kanak-kanak juga terdedah kepada risiko jangkitan virus ini.

    Sehingga Mei 2020, dilaporkan seramai 317 orang di bawah umur 12 tahun dijangkiti COVID -19.

    Dengan adanya vaksin, peluang kita memerangi wabak pandemik ini semakin cerah.

    Vaksin ini adalah terbukti selamat setelah beberapa kajian dan ujian keselamatan pengguna dijalankan oleh pihak berkuasa kerajaan.

    Namun, ia hanya tersedia dan terbukti berkesan bagi golongan dewasa dan remaja berumur 17 tahun ke atas.

    Bagi kanak-kanak, jenis vaksin ini masih belum boleh diberi.

    Persoalannya, bilakah golongan ini juga boleh menerima imunisasi kanak-kanak supaya terlindung daripada risiko jangkitan COVID-19?

    Sempena Minggu Imunisasi Sedunia pada tanggal 24 hingga 30 April ini, kami kupaskan topik ini untuk bacaan anda. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    [covid_19]

    Apakah itu vaksin?

    Vaksin merupakan produk yang dihasilkan di makmal setelah melalui pelbagai kajian.

    Ia terbina daripada sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan.

    Vaksin COVID-19 membantu sistem imun kita dengan merangsang penghasilan antibodi dan melatihnya untuk mengenal pasti jenis virus yang sama jika virus sebenar menyerang badan anda.

    Fakta mengenai jenis vaksin COVID-19

    Tarikh 21 Februari 2021 menjadi detik bersejarah apabila kumpulan jenis vaksin COVID-19 pertama tiba di Malaysia.

    Dengan itu, bermulalah Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan yang telah dilancarkan kerajaan lima hari selepas tarikh berkenaan iaitu pada 26 Februari 2021.

    Ia mensasarkan golongan barisan hadapan (frontliners), warga emas dan berisiko tinggi, seterusnya golongan dewasa tanpa risiko.

    vaksin covid-19

    Program ini tidak termasuk kanak-kanak dan golongan remaja yang berumur 18 tahun ke bawah.

    Ini adalah kerana kajian klinikal masih giat dijalankan di universiti dan pusat kajian terkemuka dunia mengenai vaksin COVID dan kesannya ke atas golongan kanak-kanak dan remaja ini.

    Sehingga hari ini, tiada data keselamatan dan keberkesanan vaksin COVID-19 yang dilaporkan bagi kumpulan umur bawah 18.

    Vaksin atau imunisasi kanak-kanak tidak akan diberikan di negara kita sehingga kajian klinikal pembangunan vaksin kerajaan tempatan menunjukkan ia selamat dan berkesan terhadap kanak-kanak.

    Kajian vaksinasi dan implikasi ke atas kanak-kanak

    Bayangkan anak anda mengalami demam, batuk atau selesema. Di musim COVID-19 ini, perkara pertama yang merisaukan anda mestilah jangkitan COVID-19, bukan?

    Semestinya jika ada cara untuk melindungi anak anda daripada penyakit ini, andalah orang pertama yang berkejar mendapatkannya.

    vaksin covid kanak-kanak

    Laporan Statistik Kanak-Kanak Malaysia yang dikeluarkan pada November 2020 merekodkan sebanyak 28.3% daripada 32.7 juta penduduk Malaysia merupakan golongan kanak-kanak.

    Ternyata untuk menjadikan herd immunity sebagai satu kenyataan, imunisasi kanak-kanak juga sangat penting.

    Isu keselamatan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak

    Masih terdapat mereka yang ragu-ragu dengan keselamatan vaksin COVID-19 untuk dewasa walaupun semua kajian telah menunjukkan bahawa vaksin ini adalah selamat.

    Apatah lagi jika diberikan kepada kanak-kanak yang masih tidak ada laporan daripada mana-mana kajian menunjukkan ia adalah selamat untuk mereka di bawah umur 18 tahun.

    Perancangan untuk vaksinasi COVID-19 ini juga hendaklah merangkumi kumpulan  yang skeptikal, menolak atau meragui keberkesanan vaksin untuk sama-sama menjayakan imuniti kelompok ini.

    Artikel berkaitan:

    Walaupun begitu, melindungi golongan muda daripada risiko jangkitan COVID-19 adalah menjadi tanggungjawab kita bersama. Ia juga perlu dicapai untuk mengecapi kejayaan dalam mengawal penyebaran virus ini.

    Kita masih menunggu data dan laporan daripada penyelidikan yang dijalankan bagi vaksin untuk kanak-kanak di serata dunia agar boleh dikongsi bersama ibu bapa.

    Diharapkan ibu bapa mendapat keyakinan untuk memberi vaksin kepada anak mereka.

    Dikatakan terdapat 2 syarikat yang sedang membangunkan kajian vaksin  bagi golongan kanak-kanak dan remaja seawal umur 6 bulan hingga 12 tahun.

    Moderna dan Pfizer-BioNtech masing –masing giat menjalankan ujian klinikal di sekitar Eropah dan Amerika Syarikat.

    Baca juga:

    Vaksin kanak-kanak vs dewasa. Samakah?

    Secara amnya vaksin yang sama digunakan untuk orang dewasa juga sedang dikaji keselamatannya bagi golongan muda.

    Ia adalah vaksin messenger RNA (mRNA). Vaksin ini mengarahkan sel badan menghasilkan protein yang serupa dengan yang dijumpai pada permukaan virus COVID-19 tetapi tidak aktif mahupun berbahaya.

    Maka, jika jangkitan sebenar berlaku, badan sudah bersedia untuk mempertahankan diri.

    Bila agaknya vaksinasi untuk golongan muda ini ada?

    Dianggarkan dengan kajian sedia ada, kebarangkalian vaksin ini tersedia untuk digunakan adalah pada awal tahun 2022.

    Mereka juga sedang mengkaji kesan sampingan vaksin ini jika diberikan kepada kanak-kanak.

    Sudah tentu kita juga rindu ingin melihat kanak-kanak bermain di taman permainan dan memeriahkan aktiviti riadah di sekolah.

    Apapun, SOP dan norma baharu perlulah diikuti sepanjang masa. Kerjasama daripada semua dapat memastikan keselamatan anak-anak kita.

    Selagi tiada kata putus tentang vaksin untuk mereka, sehingga itulah kita menjadi perisai golongan kanak-kanak daripada jangkitan COVID-19.

    Buat ibu bapa, tidak perlulah membawa anak anda ke tempat awam lebih-lebih lagi jika di tempat yang sesak atau majlis-majlis keramaian.

    Sesungguhnya anda sedang merisikokan kesihatan anak anda dan pastinya ia tidak berbaloi langsung!

    [mc4wp_form id=”115319″]

    #HelloHealthGroup #HelloDoktor #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nur Es Naini · Disemak pada 19/08/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan