backup og meta

Hah, Takut Terjolok Lubang Hidung Sampai Pecah Salur Darah, Betul Ke Swab Test Tak Selamat?

Hah, Takut Terjolok Lubang Hidung Sampai Pecah Salur Darah, Betul Ke Swab Test Tak Selamat?

Walaupun COVID-19 kini telah menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat kita, namun masih ada yang perlu lakukan swab test untuk mengesan jangkitan. Apabila terlalu kerap buat swab test, timbul pulalah persoalan baharu – adakah ujian ini berbahaya untuk kesihatan? Mana satu yang lebih selamat, ujian air liur atau nasal?

Jangan bimbang… Kami ada jawapannya untuk anda dalam artikel di bawah, terutamanya untuk mereka yang terlalu kerap buat swab test di rumah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan COVID-19, anda boleh klik di sini.

Benarkah terlalu kerap buat swab test bahaya?

terlalu kerap buat swab test

Swab test merupakan satu prosedur biasa untuk mengesan COVID-19. Ia selamat dan tidak akan memudaratkan kesihatan.

Walau bagaimanapun, ujian ini mungkin akan mendatangkan ketidakselesaan kepada sesetengah orang.

Ketika melakukan swab test, badan kita akan memberi reaksi semula jadi sebagai refleks.

Sebagai contoh, ada yang akan bersin, termenangis atau alami gatal-gatal pada kawasan hidung.

Namun, jika dilakukan dengan betul, swab test merupakan prosedur selamat yang tidak akan memakan masa lebih dari 5 minit.

Walaupun hidung perlu ‘dijolok’ untuk mendapatkan sampel yang mencukupi, namun pakar bersetuju bahawa tidak ada sebarang kesan sampingan jangka panjang yang ditemui walaupun anda kerap buat swab test.

Bila saya perlu lakukan self-test untuk COVID-19?

  1. Lakukan self-test serta-merta sekiranya mempunyai simptom.
  2. Terdedah dengan COVID-19. Tunggu 5 hari untuk melakukan sebarang ujian supaya anda tidak mendapat keputusan yang salah.
  3. Sebelum balik kampung/berjumpa dengan individu yang mempunyai risiko tinggi.
  4. Jika anda bekerja dalam persekitaran yang mempunyai risiko COVID-19 yang tinggi.

Swab test boleh memecahkan saluran darah?

Bukan semua orang selesa apabila ada objek dimasukkan ke dalam hidung.

Walau bagaimanapun, buat masa ini tidak ada lagi cara lain untuk mendapatkan sampel untuk ujian PCR. Jadi, kita terpaksalah menggunakan apa sahaja kaedah yang ada.

Namun, kenyataan bahawa swab test boleh memecahkan saluran darah adalah tidak benar. Malah, adalah mustahil kapas pada ujian swab tersebut dapat memecahkan saluran darah.

Jadi, jika anda pernah terbaca atau menerima whatsapp yang mengatakan swab test boleh memecahkan saluran darah pada otak, ketahuilah bahawa info itu tidak betul.

Untuk memecahkan saluran darah, kapas daripada swab test perlu menembusi banyak lapisan tisu.

Hanya hentakan atau kecederaan yang besar sahaja dapat melukakan kawasan otak sehingga menyebabkan pendarahan.

Disebabkan materialnya yang lembut, mustahil untuk kapas tersebut menembusi sebarang tisu pada kawasan hidung dan otak.

Jadi, jangan risau jika anda perlu mengambil swab test. Walaupun anda terlalu kerap buat swab test, ia tidak akan mendatangkan sebarang bahaya.

Baca juga:

Terlalu kerap buat swab test sehingga kerap bersin?

terlalu kerap buat swab test

Sekiranya anda bersin, sakit hidung dan keluar air mata, mungkin ada beberapa kondisi lain yang menjadi punca. Antaranya ialah:

  1. Alahan (resdung).
  2. Alahan bukan rhinitis.
  3. Sinusitis.

Antara tanda-tanda lazim alahan ialah:

  • Kerap bersin
  • Hidung sering gatal-gatal
  • Hidung tersumbat
  • Mata berair
  • Lelangit rasa gatal
  • Kerap batuk

Selain itu, ada pelbagai lagi kondisi yang boleh menyebabkan anda sering bersin dan sakit hidung.

Jika anda mengalami simptom yang berpanjangan selepas melakukan swab test, jumpa doktor secepat mungkin untuk kenal pasti apakah penyebab anda mengalami semua simptom ini.

Mungkin terlalu kerap buat swab test bukanlah puncanya yang sebenar!

Yang mana lebih baik, ujian kendiri air liur atau nasal?

terlalu kerap buat swab test

Di pasaran, ada dua jenis ujian kendiri yang boleh anda dapatkan iaitu saliva (air liur) dan nasal (hidung).

Ujian nasal dikatakan lebih tepat berbanding ujian air liur.

Walau bagaimanapun, keberkesanan kedua-dua ujian ini telah disahkan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA).

Jadi, anda bebas memilih mana-mana test kit mengikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing.

Jika anda tidak suka hidung dijolok dengan kerap, apa kata bertukarlah kepada kaedah yang lebih mudah.

Lagipun, ujian air liur lebih senang untuk dilakukan. Anda hanya perlu ludah di dalam tiub dan ikut panduan yang disediakan di belakang pembungkus ujian kendiri anda.

Anda juga boleh lakukan ujian ini di rumah pada bila-bila masa.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Adverse effects of nasopharyngeal swabs: Three-dimensional printed versus commercial swabs. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7308627/. Accessed on December 12, 2023.
  2. Allergic rhinitis. https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/ears-nose-and-throat/allergic-rhinitis. Accessed on December 12, 2023.
  3. Frequency of routine testing for COVID-19 in high-risk healthcare environments to reduce outbreaks. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7273291/. Accessed on December 12, 2023.
  4. Is It Covid-19? Or Is It Just My Allergies? https://healthcare.utah.edu/healthfeed/postings/2020/03/coronavirus-allergies.php. Accessed on December 12, 2023.
  5. Nasal Swab. https://medlineplus.gov/lab-tests/nasal-swab/. Accessed on December 12, 2023.

Versi Terbaru

21/02/2023

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Jika Bayi Muntah Kuning & Ada Gejala Ini, Parents Bawa Anak Ke Klinik Segera!

Bukan Hanya Kerana COVID-19, Tapi Ini Sebab Lain Anda MESTI Sanitasi Rumah Setiap Minggu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 21/02/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan