backup og meta

Sudah Ada Kit Ujian COVID-19 Untuk Kanak-Kanak, Caranya Macam Hisap Lolipop!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 20/06/2022

    Sudah Ada Kit Ujian COVID-19 Untuk Kanak-Kanak, Caranya Macam Hisap Lolipop!

    Kit ujian COVID-19 digunakan secara meluas bagi mengenal pasti jangkitan dan tanda awal COVID 19. Namun, tidak semua jenis kit ujian COVID-19 ini sesuai untuk kegunaan kanak-kanak.

    Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana kini sudah ada sejenis kit ujian yang amat sesuai untuk penggunaan si kecil. 

    Kit ujian COVID-19 bersiul, praktikal untuk kanak-kanak

    Pada bulan Oktober 2021, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan atau MDA, Kementerian Kesihatan Malaysia telah meluluskan penggunaan tiga lagi kit ujian kendiri COVID-19.

    Salah satu kit ujian COVID-19 yang telah diluluskan ini boleh dikatakan agak unik kerana ia hanya menggunakan kaedah tiupan atau bersiul bagi tujuan pengesanan jangkitan.

    Ia juga boleh dikatakan sebagai antara kit ujian COVID-19 paling mudah yang terdapat di pasaran setakat ini.

    Antara kelebihan kit ujian jenis ini ialah rekaannya yang seakan-akan lolipop, yang hanya perlu dimasukkan ke dalam mulut dan ditiup.

    Ini menjadikan kit jenis ini sebagai ujian yang sangat sesuai untuk kegunaan kanak-kanak mahupun warga emas di rumah.

    Berdasarkan spesifikasi kit ujian COVID-19 jenis ini, ia mempunyai sensitiviti sebanyak 93.91% dan ketepatan setinggi 99.15%.

    Oleh itu, boleh dikatakan tahap keberkesanannya setanding dengan kit-kit ujian COVID-19 jenis lain walaupun hanya menggunakan kaedah siulan sahaja. 

    Baca juga:

    Guna kaedah bersiul untuk kesan tanda awal COVID 19

    tanda awal covid 19

    Bagi anda yang ingin mendapatkan gambaran yang lebih jelas bagaimana kit ini digunakan, ini langkah-langkahnya:

    1. Keluarkan kit daripada beg kerajang atau foil.
    2. Masukkan hujung penyerap kit tersebut ke dalam mulut.
    3. Swab atau sapu hujung penyerap kit tersebut dalam mulut dan juga lidah anda. Ini bertujuan untuk mengumpulkan air liur yang ada dalam mulut anda. 
    4. Keluarkan kit ini daripada mulut sejurus anda melihat warna ungu mula bergerak pada paparan hasil ujian yang terletak pada bahagian tengah kit.
    5. Tunggu selama 10 minit dan anda sudah boleh mendapatkan bacaan hasil ujian.

    Apabila anda mengambil sampel air liur, biarkan kit ini berada seketika di dalam mulut agar air liur dapat diserap secara automatik pada hujung penyerap kit.

    Selain itu, elakkan makan, minum, memberus gigi atau merokok sekurang-kurangnya 30 minit sebelum melakukan ujian.

    Anda sememangnya boleh melakukan ujian air liur ini pada bila-bila masa sahaja, namun cara terbaik adalah dengan mengambil sampel air liur pada waktu pagi sebelum mulut anda dicuci atau sebelum mula makan atau minum. 

    Tanda awal COVID 19: Ikut tip ini untuk mudahkan anda lakukan ujian saringan pada anak anda

    Bagi orang dewasa, ujian saringan bagi mengesan tanda awal COVID 19 boleh dilakukan sendiri tanpa melibatkan banyak pihak.

    Namun bagi kanak-kanak, pengesanan jangkitan atau tanda awal COVID 19 seperti batuk boleh menjadi sesuatu yang agak sukar walaupun dengan bantuan orang dewasa.

    Oleh itu, jika anda tidak mengetahui kaedah yang sesuai untuk melaksanakan ujian saringan kepada anak-anak anda, ikut sahaja tip di bawah ini.

    Sebelum ujian dilakukan

  • Baca arahan pada kit: Sebelum sebarang ujian saringan dilakukan, adalah amat penting untuk anda membaca segala arahan dan panduan yang telah disediakan pada kit ujian. Lebih-lebih lagi berkenaan langkah-langkah untuk melakukan ujian tersebut agar anda tidak mendapat hasil ujian yang salah atau tidak sah. Perlu diingat bahawa setiap pengeluar kit ujian mempunyai panduan dan arahan yang berbeza.
  • Berbual dengan anak anda: Berkomunikasi dengan baik bukanlah satu perkara yang mudah, apatah lagi dengan anak anda yang mungkin tidak begitu fokus dengan apa yang anda sampaikan. Oleh itu, jika anda mahu berbual dengan mereka, pastikan anda lakukannya dengan tenang dan yakin. Berbual dan beritahu kepada anak anda berkenaan langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk menjalankan ujian. Jika anda anda sudah agak besar, buka ruang untuk mereka bertanyakan soalan berkaitan ujian saringan tersebut. 
  • Semasa ujian dilakukan

    1. Minta anak anda kekal bertenang: Sentiasa ingatkan anak anda untuk bertenang atau duduk dengan baik semasa ujian dilakukan. Jika perlu, anda boleh melakukan beberapa cara untuk mengalihkan perhatiannya semasa ujian dilaksanakan. Antaranya adalah dengan membiarkan anak anda menonton televisyen. 
    2. Jangan memaksa anak: Jika anak anda menjadi panik dan mula menolak tangan anda, jangan memaksa anak untuk terus melakukan ujian. Biarkan si kecil tenang terlebih dahulu buat seketika. Paksaan hanya akan menjadikan keadaan menjadi lebih buruk.

    Selepas ujian dilakukan

    1. Lupuskan dengan kaedah yang disarankan: Selepas anda selesai melakukan ujian saringan kepada anak anda, pastikan anda memasukkan kesemua alat ujian ke dalam bekas plastik yang telah disediakan. Lupuskan dengan baik agar ia tidak terdedah kepada individu lain. Jangan lupa untuk lakukan sanitasi kawasan di mana anda lakukan ujian tadi.
    2. Berikan ganjaran: Tidak rugi jika anda memberikan pujian kepada anak anda setelah selesai melakukan ujian tersebut. Anda juga boleh memberikan mereka sedikit ganjaran yang sesuai selepas ujian tersebut agak mereka berasa seronok. 

    Kesimpulan

    tanda awal covid 19

    Ujian saringan amat penting untuk dilakukan terutamanya apabila anda melakukan perjalanan daripada satu kawasan ke kawasan yang lain.

    Selain tanda awal COVID 19, ujian saringan juga boleh membantu mengesan sebarang jangkitan dengan lebih pantas.

    Jika anda mengalami sebarang tanda awal COVID 19, segera lakukan ujian saringan pantas tidak kira sama ada ia menggunakan kaedah swab hidung dan tekak mahupun kaedah pengumpulan air liur. 

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 20/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan