Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Bukan semua individu positif jangkitan COVID-19 memerlukan rawatan hospital. Namun, jika anda ada mengalami tanda-tanda amaran tertentu, ini bermakna anda perlu segera ke hospital.
Jom kenal pasti apakah tanda amaran tersebut!
Berikut merupakan bilangan semasa kes positif COVID-19 di Malaysia:
[covid_19]
Siapa yang perlukan rawatan hospital?
Dalam satu perkongsian dibuat menerusi di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM) menyatakan, hanya kes-kes tertentu berkaitan jangkitan COVID-19 yang akan dirawat di hospital.
Kes-kes tersebut melibatkan:
- Warga emas
- Pesakit kronik berisiko
- Wanita hamil
Manakala kes-kes jangkitan tahap 1 dan 2, hanya dirawat di rumah dengan pemantauan Covid Assesment Centre (CAC).
Pun begitu bagi pesakit yang menerima rawatan rumah, anda perlu mengenal pasti tanda-tanda amaran tertentu yang menunjukkan keperluan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Pastinya ada di antara kita yang masih lagi keliru mengenai tanda-tanda jangkitan COVID-19 sama ada diklasifikasikan sebagai ringan, sederhana mahupun teruk, kan?
Menerusi perkongsian ini, Hello Doktor akan membantu anda untuk memahaminya.
Tanda jangkitan COVID-19 untuk rawatan hospital
Kes jangkitan COVID-19 ini secara umumnya boleh dikategorikan kepada 5 kumpulan:
- Tanpa simptom
- Ringan
- Sederhana
- Teruk
- Kritikal
# Tanpa simptom
Sebilangan individu yang mengalami jangkitan wabak ini tidak mempunyai simptom atau asymtomatic.
Ini bermakna mereka tidak mempunyai gejala COVID-19 yang diketahui atau simptom berkaitan, seperti bersin.
Individu tanpa simptom ini mungkin menyebarkan virus kepada pihak lain tanpa sedar.
Mereka yang mempunyai keputusan ujian saringan COVID positif tetapi tidak simptomatik masih perlu melakukan penjarakan sosial.
Bahkan, individu yang melakukan kontak rapat dengan mereka yang diuji positif, sama ada menunjukkan gejala atau tidak, juga perlu mengikuti peraturan ini.
Ini kerana masih wujud risiko untuk mereka turut dijangkiti COVID tanpa menyedarinya.
Baca juga:
-
Adakah Saya Dijangkiti COVID-19? Kenali Simptom Awal Jika Terkena Virus Korona
-
Alami Kesan Alergi Teruk Selepas Suntikan Vaksin COVID-19? Ini Yang Anda Perlu Tahu
# Ringan
Pesakit dengan jangkitan ringan akan mempunyai gejala seperti selesema. Ini mungkin termasuk batuk kering dan demam ringan. Tetapi biasanya keadaan demam yang dialami tidak mencapai suhu 37.8°C.
Adakalanya ia mungkin disertai dengan batuk.
Tanda lain yang turut akan dialami seperti:
- Kehilangan deria bau atau rasa
- Mengalami keletihan, sakit otot atau sakit kepala
- Ia simptom jarang berlaku, tetapi dalam sesetengah kes, anda mungkin berdepan masalah sakit tekak atau hidung berair
- Tidak mengalami sesak nafas
- Penjagaan diri, aspek pemakanan dan minuman tidak terjejas. Selera anda masih dalam keadaan baik
- Anda mungkin berasa sedih atau mudah menangis
Biasanya simptom ini akan berlarutan untuk tempoh 7 hingga 10 hari.
# Sederhana
Sekiranya gejala bertambah buruk berbanding apa yang dikategorikan di bawah keadaan ringan, bermakna anda berada dalam kategori jangkitan COVID-19 sederhana.
Pun begitu, anda masih tidak memerlukan rawatan hospital.
Dengan keadaan jangkitan sederhana:
- Anda mengalami batuk yang lebih teruk berbanding individu dengan gejala ringan, mungkin berterusan beberapa hari dengan batuk berkali-kali dalam tempoh sejam
- Suhu badan cenderung mencapai atau melebihi 37.8°C
- Termengah-mengah ketika bersenam, walaupun sekadar memanjat tangga, tetapi ia masih dalam keadaan terkawal
- Berasa sedikit sakit apabila batuk berterusan
- Tidur sedikit terganggu disebabkan batuk, namun tidak mengalami sesak nafas
- Cirit-birit
- Sakit kepala, terutamanya jika cuaca panas
- Menunjukkan tanda-tanda awal radang paru-paru – lebih kerap sesak nafas berbanding kes gejala ringan
- Mudah berasa letih tetapi masih dapat menguruskan diri
- Mulut kering, kerana kerap bernafas melalui mulut
- Air kencing masih berwarna kuning pucat – bermakna tidak mengalami dehidrasi
- Masih mampu duduk dan menonton televisyen (TV) mahupun membaca buku tanpa kerisauan untuk mengalami sesak nafas
- Ketika berbual dengan individu lain, anda tidak dianggap berada dalam keadaan keliru atau tidak masuk akal
- Kerap berasa sangat letih
Gejala jangkitan COVID-19 sederhana ini adalah keadaan biasa. Ia akan berlangsung sekitar 7 hingga 14 hari.
Artikel berkaitan:
Adakah Saya Dijangkiti COVID-19? Kenali Simptom Awal Jika Terkena Virus Korona