backup og meta

Makan Vitamin D Untuk Cegah Jangkitan COVID-19, Berkesan Ke?

Makan Vitamin D Untuk Cegah Jangkitan COVID-19, Berkesan Ke?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Ada yang mengatakan jika makan vitamin D akan dapat membantu tubuh melawan jangkitan COVID-19. Namun adakah ia benar-benar berkesan atau sebaliknya? Ikuti penjelasan dalam artikel ini.

Statistik di Malaysia adalah seperti berikut:

[covid_19]

Saranan pengambilan vitamin D

Apabila kita berdepan dengan penyakit yang kita tidak tahu rawatannya, setiap langkah yang menjanjikan keberkesanan akan kedengaran menarik untuk dicuba.

Itulah keadaannya dalam situasi pandemik COVID-19 ini.

Baru-baru ini terdapat beberapa penyelidik mencadangkan penggunaan supleman vitamin dalam melindungi individu awam daripada coronavirus SARS-CoV-2. 

Pengambilannya juga dikatakan memainkan peranan penting dalam melawan jangkitan COVID-19.

Umumnya, vitamin ini dihasilkan oleh kulit apabila terkena sinaran cahaya matahari dan ia penting untuk sistem pertahanan badan.

Apabila vitamin ini terhasil dalam badan, ia akan dibawa ke bahagian hati dan kemudian ke buah pinggang untuk diubah menjadi hormon aktif.

Hormon aktif tersebut akan membantu meningkatkan pengangkutan kalsium daripada makanan di usus dan memastikan ia mencukupi bagi menjaga tulang badan kuat dan bebas osteoporosis.

Artikel berkaitan:

Kajian yang menyokong jika makan vitamin D

Banyak kajian yang dibuat menyarankan agar pihak kerajaan dan perubatan menggalakkan penggunaan vitamin D bagi membantu melawan jangkitan COVID-19.

Dalam 1 kolaborasi kajian baru antara School of Medicine, and the Irish Longitudinal Study on Ageing (TILDA) bersama seorang profesor di University of Liverpool mendapati wujud kaitan antara tahap vitamin D dalam badan serta pencegahan kematian COVID-19.

Kajian yang diterbitkan dalam Irish Medical Journal, menganalisis kajian popular daripada Eropah yang mengukur tahap vitamin tersebut dan membandingkan kadarnya dengan kematian berpunca daripada virus korona.

Dalam kajian ini menunjukkan, secara intuitif, negara-negara yang berada di garis lintang yang lebih rendah dan kurang pencahayaan matahari seperti Sepanyol dan Itali Utara mempunyai kepekatan vitamin D rendah dan kekurangan vitamin ini pada kadar yang tinggi.

Malah, negara-negara ini juga mengalami kadar jangkitan dan kematian tertinggi di Eropah dalam kes pandemik COVID-19.

melawan jangkitan COVID-19

Melawan jangkitan COVID-19

Setiap penyelidikan yang menyokong penggunaan vitamin ini mencadangkan bahawa kekurangannya dalam badan boleh menyumbang kepada sindrom gangguan pernafasan akut – 1 keadaan serius yang boleh berlaku kepada pesakit positif coronavirus.

Kajian melibatkan vitamin ini banyak terarah kepada keupayaannya dalam melawan virus dan bakteria dalam pelbagai cara. 

Di samping itu, vitamin D yang boleh diperolehi secara semula jadi daripada sinar UV ini juga dipercayai dapat mengurangkan tindak balas imun berbahaya yang dialami beberapa pesakit.

Bukan itu sahaja, ada juga penyelidikan yang mengesyorkan penggunaan suplemen ini dalam melawan pelbagai jangkitan, secara khususnya virus COVID-19.

makan-vitamin-d-cegah-jangkitan-covid-19

Kajian tajaan

Mesti anda teruja mendengar perkhabaran bahawa pengambilan suplemen berasaskan vitamin ini dapat membantu melawan jangkitan COVID-19, bukan?

Walau bagaimanapun, malangnya, kebanyakan kajian dan penyelidikan yang diterbitkan disenaraikan sebagai predatory journal

Ia bermakna jurnal tersebut adalah tidak serius dan berkemungkinan menjurus kepada penipuan. Paling utama ia adalah kajian yang kurang dalam aspek penilaian kualiti.

Lebih menyedihkan, ada kajian yang dilakukan sebenarnya ditulis oleh penyelidik daripada syarikat yang mengeluarkan suplemen vitamin. 

Mereka ini menerima bayaran daripada kilang pengeluaran vitamin, menjualnya atau bekerja di bawah organisasi yang ditaja oleh kilang-kilang pengeluaran ini.

Baca juga:

  • Minum Air Suam Boleh Bunuh Virus COVID-19? Ini Jawapan Pakar!

  • Elak COVID-19, Perkuatkan Imun Tubuh Dengan 7 Cara Mudah Ini Saja – No 3 Paling SYOK!

Makan vitamin D untuk cegah jangkitan saluran pernafasan

Berdasarkan laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kekurangan vitamin ini sememangnya boleh mempengaruhi sistem kekebalan badan.

Ini kerana ia memainkan peranan imunomodulasi, memperbaiki imuniti bawaan dengan mengatur ekspresi dan rembesan peptida antimikroba – yang berfungsi meningkatkan pertahanan mukosa.

Manfaat suplemen ini dapat mencegah sindrom jangkitan saluran pernafasan khususnya bagi kanak-kanak yang berusia di bawah 16 tahun.

Namun, kesan perlindungan ini hanya wujud dengan pengambilan dos harian tunggal dan bukannya dalam jumlah yang banyak (bolus doses).

Jika seseorang itu mengambil suplemen vitamin dalam jumlah yang besar, ia meningkatkan risiko untuk masalah kesihatan kronik seperti radang paru-paru. 

Kesan lain yang boleh berlaku adalah tindak balas proliferatif yang ditindas dari monosit darah periferal, keradangan dan kewujudan masalah kahak yang serius.

makan-vitamin-d-cegah-jangkitan-covid-19

Ada kesan baik & buruk

Menurut seorang Profesor di MOHN Nutrition Research Lab dari University of Bergen, Jutta Dierkes yang mengkaji tentang vitamin ini menyatakan, beliau tidak bersetuju dengan penggunaan dos tinggi suplemen D.

Mengulas tentang kajian-kajian yang dijalankan, beliau mempercayai bahawa tidak terdapat kesimpulan yang bermanfaat antara vitamin itu dan juga virus COVID-19. 

Kebanyakan penyelidikan hanya menemukan bukti yang kecil untuk mengesahkan ia berfungsi dalam melawan jangkitan coronavirus.

Profesor Dierkes tidak menafikan suplemen ini mempunyai keberkesanan kepada sistem imun tetapi ia tidak berkaitan dengan COVID-19.

Malahan pengambilannya suplemen dalam jumlah yang tinggi boleh mengembangkan risiko kesan sampingan kepada kesihatan.

Jadi secara mudahnya, tidak ada bukti yang diambil menunjukkan peranan vitamin D sebagai penentu risiko dan keterukan mahupun pencegahan jangkitan COVID-19.

[mc4wp_form id=’115319″]

 

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.moh.gov.my/moh/resources/penerbitan/mymahtas/MaHTAS%20COVID-19%20Rapid%20Evidence/Clinical%20Management/Use_of_High_Dose_Vitamin_D_and_its_Association_with_COVID-19.pdf / Accessed on May 15, 2020

https://sciencenorway.no/epidemic-virus-vitamins/can-vitamin-d-protect-you-from-covid-19/1682602/ Accessed on May 15, 2020

https://www.who.int/elena/titles/commentary/vitamind_pneumonia_children/en/  / Accessed on May 15, 2020

https://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/apt.15752 / Accessed on May 15, 2020

 

Versi Terbaru

18/08/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Minum Air Suam Boleh Bunuh Virus COVID-19? Ini Jawapan Pakar!

7 Cara Mudah Dan Cepat Untuk Tingkatkan Imun Badan, No.3 Paling Tak Sabar Nak Buat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 18/08/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan