Penurunan Risiko Penyakit Kardiovaskular: Melihat Itu Lebih Sekadar Mempercayai

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Keupayaan untuk berkomunikasi dengan pesakit menggunakan bahasa mudah khususnya dalam penyampaian maklumat kritikal berkaitan dengan keadaan pesakit tersebut adalah satu seni komunikasi yang diterapkan dalam diri seorang doktor dan digunakkan dalam interaksi antara doktor dan pesakit. Tujuan penerapan teknik dalam komunikasi ini adalah untuk memastikan pesakit dapat memahami keadaan mereka sebaik mungkin, dengan harapan kecaknaan ini meningkatkan keberkesanan rawatan melalui kepatuhan pada ubat dan nasihat doktor.

Hal ini khususnya dalam penyakit-penyakit kronik tidak berjangkit seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis yang memerlukan motivasi yang berterusan untuk patuh pada rawatan demi mencegah komplikasi penyakit kardiovaskular seperti kegagalan jantung atau serangan jantung. Walau bagaimanapun, sikap tidak patuh pada rawatan masih menjadi isu dalam menguruskan keadaan-keadaan dan faktor-faktor risiko kardiovasukular seseorang.

Berkait rapat dengan permasalahan ini, pada tahun 2018, satu kajian rawak terkawal yang dicetak dalam jurnal perubatan Lancet, melibatkan lebih 3500 peserta di Sweden mendapati wujudnya kaitan antara tindakan menunjukkan imbasan dan maklumat imbasan Ultrasound aterosklerosis ‘senyap’ seorang pesakit, dengan pengurangan risiko kardiovaskular selepas setahun berbanding hanya memaklumkan pesakit tentang faktor-faktor risiko mereka. Kajian ini merupakan sebahagian daripada Program Pencegahan Penyakit Kardiovaskular Sweden dan setiap peserta tidak mempunyai penyakit kardiovaskular pada titik mula kajian namun semuanya mempunyai satu atau lebih faktor risiko untuk penyakit kardiovaskular.

Peserta dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan; kumpulan pertama (kumpula intervensi) menerima gambar imbasan Ultrasound Karotid mereka (dalam bentuk usia vaskular), dan kumpulan kedua (kumpulan kawalan) yang tidak memiliki sebarang maklumat imbasan diberikan. Kumpulan pertama juga mendapat maklumat penjelasan bagaimana aterosklerosis boleh diubahsuai melalui gaya hidup sihat dan rawatan ubat-ubatan disertakan dengan panggilan berkala daripada jururawat untuk menilai kefahaman mereka terhadap maklumat imbasan mereka.

Dalam penilaian purata Skor Risiko Framingham, kumpulan yang menerima intervensi (maklumat imbasan) didapati mengalami penurunan dalam purata skor risiko mereka sebanyak 0.58 daripada 12.2 manakala kumpulan kawalan sebaliknya mengalami peningkatan purata skor risiko mereka sebanyak 0.35 daripada 13.31. Kesan sama berlaku dalam lelaki dan wanita yang mengambil bahagian dalam kajian ini dan juga dalam kalangan mereka yang berpendidikan tinggi atau mereka yang menerima pendidikan asas. Menurut ketua penulis, Ulf Näslund, profesor dan pakar perubatan dalam kesihatan awam dan perubatan klinikal di Universiti Umeå, Sweden, “Kajian ini menunjukan kehebatan penggunaan imbasan aterosklerosis khusus individu sebagai alat untuk merangsang perubahan persepsi dan sikap sekaligus membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.”

Penulis lain turut menambah, “Ianya adalah rekaan keamatan rendah yang munasabah dalam amali klinikal.” Bagaimanapun, mereka mengakui bahawa kajian yang ditaja pertubuhan kajian bukan berasas keuntungan ini tidak menunjukkan sama ada pengurangan risiko penyakit kardiovaskular dalam kumpulan intervensi dicapai melalui perubahan gaya hidup atau rawatan ubatan. “Persoalan sama ada keputusan kajian ini akan kekal melebihi tempoh setahun bersama penurunan risiko penyakit kardiovaskular, memerlukan temu janji susulan jangka masa panjang,” Ujar penulis-penulis kajian. Mereka membuat konklusi bahawa dapatan ini menyokong kajian lanjutan dalam menerajui kaedah cegahan primer yang mudah untuk penyakit-penyakit kardiovaskular.

Hello Health Group tidak memberi sebarang nasihat perubatan, diagnosis mahupun rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sakit Jantung! Apa Langkah Awal Yang Perlu Anda Buat?

    Serangan jantung boleh membawa maut namun jika rawatan awal diberikan dengan serta-merta fungsi jantung optimum masih boleh dikekalkan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 23/02/2020 . 4 minit bacaan

    BELASUNGKAWA, Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Semasa Tidur

    Perkhabaran kematian pelakon tanah air, Ashraf Sinclair mengejutkan dan dikatakan berpunca akibat serangan jantung, benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Berita Tempatan 18/02/2020 . 3 minit bacaan

    Sukan Tinju BUKAN Hanya Untuk Melatih Otot, Ketahui 5 Manfaatnya Terhadap Kesihatan!

    Sukan tinju adalah aktiviti lasak yang sangat bagus untuk sistem kardiovaskular. Selain dapat melatih otot, terdapat banyak lagi manfaat sukan tinju!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 09/02/2020 . 3 minit bacaan

    Individu Yang Selalu Makan Pedas Kurang Kena Sakit Jantung – Fakta Atau Auta?

    Kajian mendapati makan cili boleh mengurangkan risiko masalah jantung. Kunci kepada fenomena biologi ini terletak pada bahan bioaktif, capsaicin.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 24/12/2019 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    floaters mata

    Ini Sebab Pandangan Sering Berbintik Jika Lihat Objek Cerah, Petanda Mata Tak Sihat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 01/07/2020 . 3 minit bacaan
    tanda serangan jantung

    Serangan Jantung Boleh Berlaku Tanpa Sakit Dada?! Ini 7 Cara Kesan Sakit Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 23/06/2020 . 3 minit bacaan
    jenis penyakit jantung

    Awasi Simptom Aritmia! Jantung Kadang Laju, Kadang Perlahan- Ini Mungkin Petanda Sakit Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 03/06/2020 . 3 minit bacaan
    mentega dan marjerin

    Nak Buat Kuih Raya Dengan Mentega Atau Marjerin? Mana Lebih Sihat? #StayAtHome

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/03/2020 . 3 minit bacaan