Apabila chickenpox yang dialami telah sembuh, virus tersebut sebenarnya masih lagi berada dalam tubuh badan kita.
Namun ia berada dalam keadaan “tidur” atau tidak aktif selama bertahun-tahun lamanya.
Walau bagaimanapun, apabila imun tubuh badan sudah mula menurun atau menjadi lemah, pada waktu inilah virus varicella-zoster akan kembali aktif.
Apabila virus ini sudah mula aktif semula, ia akan menyebabkan kesan penyakit kayap dan juga sindrom Ramsay Hunt ini.
Berapa lamakah tempoh yang diambil oleh penyakit-penyakit ini untuk sembuh?
Walaupun ketiga-tiga keadaan ini berpunca daripada jenis virus yang sama iaitu virus varicella zoster, masa yang diambil untuk kembali sembuh adalah berbeza-beza.
Bagi sindrom Ramsay Hunt, ia mungkin mengambil masa antara enam minggu hingga tiga bulan untuk pulih sepenuhnya dengan bantuan rawatan.
Untuk penyakit kayap pula, ia akan kembali sembuh dalam tempoh 10 hari hingga dua minggu setelah ruam kayap mula muncul.
Namun, walaupun ruam kayap telah mula sembuh, anda mungkin masih lagi mengalami simptom seperti penyakit flu untuk seketika waktu.
Malah, jika ruam kayap telah benar-benar hilang, anda mungkin masih lagi mengalami sakit saraf selama beberapa minggu atau tahun.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen