Apa yang perlu ibu ayah lakukan jika anak kena cacar air? Hello Doktor akan berkongsikan cara merawat cacar air supaya dapat mengurangkan ketidakselesaan yang dialami si kecil.
Apa yang perlu ibu ayah lakukan jika anak kena cacar air? Hello Doktor akan berkongsikan cara merawat cacar air supaya dapat mengurangkan ketidakselesaan yang dialami si kecil.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Cacar air atau chickenpox – jangkitan virus yang menyebabkan demam dan ruam gatal bersama bintik-bintik di seluruh tubuh.
Cacar air ini sangat berjangkit. Individu dengan jangkitan ini boleh menyebarkan virus melalui:
Ia boleh berjangkit kepada individu yang belum pernah mengalami cacar air atau divaksin bermula 2 hari sebelum ruam berkembang sehingga semua lepuh berkeruping.
Disebabkan penyakit ini mudah berjangkit, anak kena cacar air perlu duduk di rumah sehingga cara merawat cacar air dapat membuatkan ruam hilang dan lepuh mengering yang memakan masa sekitar seminggu.
Namun, dapatkan kepastian daripada doktor sebelum membenarkan anak kembali ke sekolah atau pusat asuhan.
Sebelum Hello Doktor kongsi cara merawat cacar air, ini simptom yang boleh dikenal pasti.
Jangkitan cacar air biasanya bermula dengan gejala demam, sakit kepala, ketidakselesaan tekak atau sakit perut sebelum ruam timbul.
Ruam kulit yang gatal dan merah biasanya akan mula berkembang pada bahagian perut atau belakang badan serta muka.
Ia kemudiannya akan merebak ke seluruh tubuh termasuklah kulit kepala, mulut, lengan, kaki dan alat kelamin.
Selalunya ruam yang muncul bermula sebagai bintik merah kecil dan gatal – seperti jerawat atau gigitan serangga.
Ia akan menjadi gelembung yang berubah kepada lepuh berisi cecair, kemudian pecah, kering dan menjadi keruping.
Ruam boleh merebak menjadi banyak atau lebih teruk pada kanak-kanak yang mempunyai sistem imun lemah atau penyakit kulit seperti ekzema.

Cacar air terjadi disebabkan oleh virus varicella-zoster (VZV).
Setelah seseorang individu menghidap cacar air, virus itu tidak aktif (berehat) dalam sistem saraf sepanjang hayat.
Ia dapat diaktifkan semula (bangun) sebagai ruam kulit yang menyakitkan – kayap (shingles).
Kanak-kanak yang menerima vaksin melawan cacar air kurang cenderung untuk mengalaminya ketika dewasa nanti.
Anak kena cacar air disebabkan virus, jadi antibiotik tidak dapat mengubatinya.
Pun begitu antibiotik tetap diperlukan jika bakteria menjangkiti luka – kerap terjadi jika anak menggaru atau mengutil lepuh.
Ubat antivirus mungkin akan dipreskripsi untuk individu yang terdedah dengan komplikasi. Ia bergantung kepada:
Doktor dapat bantu menentukan sama ada ubatan yang digunakan bersesuaian untuk anak atau tidak.
Untuk bantu melegakan kegatalan dan ketidakselesaan kesan anak kena cacar air, ibu boleh cuba:

Untuk mengelakkan menggaru:
Jika anak mempunyai lepuh dalam mulut:
Jangan berikan aspirin kepada anak dengan cacar air kerana ia boleh menyebabkan penyakit serius dikenali sebagai sindrom Reye.

Doktor akan mengesyorkan anak untuk mendapatkan vaksin cacar air sebagai:
Anak berusia 6 tahun ke atas serta individu lebih berusia yang tidak pernah mendapat jangkitan cacar air dan tidak diberikan suntikan vaksin boleh mendapatkan 2 dos vaksin.
Biasanya cacar air tidak memerlukan rawatan khas. Tetapi jika wujud simptom berikut semasa anak kena cacar air, lakukan pemeriksaan doktor.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
All been accessed on Aug 18, 2021
http://www.myhealth.gov.my/cacar-air/
https://kidshealth.org/en/parents/chicken-pox.html
https://www.nhs.uk/conditions/chickenpox/
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/chickenpox/symptoms-causes/syc-20351282
https://www.aad.org/public/parents-kids/childhood-conditions/chicken-pox
https://raisingchildren.net.au/guides/a-z-health-reference/chickenpox
https://patient.info/skin-conditions/viral-rashes/chickenpox-in-children
https://www.caringforkids.cps.ca/handouts/health-conditions-and-treatments/chickenpox
https://www.healthychildren.org/English/health-issues/vaccine-preventable-diseases/Pages/Varicella-ChickenPox.aspx
https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/chickenpox-in-children
Versi Terbaru
17/02/2025
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz