Warga emas ialah golongan yang mempunyai sistem imun yang rendah, maka tidak hairanlah mereka amat mudah untuk dijangkiti penyakit berjangkit. Berikut adalah contoh penyakit berjangkit dan kesan penyakit berjangkit terhadap warga emas.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Warga emas ialah golongan yang mempunyai sistem imun yang rendah, maka tidak hairanlah mereka amat mudah untuk dijangkiti penyakit berjangkit. Berikut adalah contoh penyakit berjangkit dan kesan penyakit berjangkit terhadap warga emas.
Penyakit berjangkit sememangnya boleh berlaku kepada semua golongan termasuklah warga emas.
Namun, warga emas lebih mudah untuk mendapat jangkitan berbanding individu dewasa yang masih belum berada dalam fasa penuaan.
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan warga emas mudah untuk mendapat sesuatu jangkitan.
Antaranya ialah tahap sistem imun yang semakin menurun, perubahan fungsi tubuh, komplikasi penyakit kronik, tekanan fizikal dan mental, faktor pemakanan dan lain-lain lagi.
Dalam pelbagai jangkitan yang boleh berlaku, ini adalah 5 jenis jangkitan yang paling kerap terjadi dalam kalangan warga emas.
Namun, bagi warga emas, ia boleh membawa maut apatah lagi jika mereka sedang menghidap penyakit kronik seperti pneumonia.
Warga emas amat mudah untuk dijangkiti dengan influenza apabila mereka berada dalam kawasan yang tertutup seperti di dalam rumah atau bilik.
Ini kerana, virus influenza boleh merebak hanya melalui bersin atau batuk dan mudah berjangkit dalam ruang tertutup.
Antara simptom utama bagi jangkitan influenza adalah berasa sejuk, batuk dan juga mengalami demam.
Namun, warga emas mungkin akan menunjukkan simptom yang berbeza atau simptom yang lebih teruk.
Bagi mengelakkan kesan penyakit berjangkit ini, warga emas amat disarankan untuk mengambil suntikan flu setiap tahun sebagai langkah perlindungan.
Di Amerika Syarikat, lebih daripada 60% warga emas dimasukkan ke hospital disebabkan penyakit ini.
Antara faktor yang menyebabkan warga emas mudah dijangkiti pneumonia adalah perubahan pada kapasiti paru-paru, pendedahan kepada penyakit berjangkit dan lebih mudah terkesan akibat komplikasi penyakit lain.
Simptom jangkitan pneumonia yang ditunjukkan oleh warga emas mungkin agak berbeza.
Mereka mungkin akan mengalami tanda-tanda seperti kekeliruan atau kecelaruan.
Bagi jangkitan pneumonia bakteria, rawatan yang biasa diberikan adalah melalui pemberian ubat antibiotik.
Antara kesan penyakit berjangkit UTI ini ialah ia menyebabkan perubahan tingkah laku dalam kalangan warga emas seperti kecelaruan atau keadaan demensia yang lebih teruk.
Bagi warga emas yang dikesan mempunyai jangkitan ini, doktor akan memberikan ubat antibiotik kerana jangkitan UTI berpunca daripada bakteria.
Selain itu, warga emas juga digalakkan untuk meminum lebih banyak air bagi mengelakkan jangkitan daripada terus berlaku.
Secara umumnya, terdapat pelbagai jenis jangkitan kulit yang boleh berlaku kepada warga emas.
Antara punca jangkitan kulit mudah berlaku adalah disebabkan faktor keupayaan tubuh untuk melawan jangkitan dan kemampuan untuk sembuh setelah mendapat jangkitan.
Antara jenis jangkitan kulit yang sering berlaku kepada warga emas adalah seperti jangkitan kulat pada kaki yang kerap berlaku dalam kalangan pesakit diabetes.
Selain itu, warga emas juga amat mudah untuk mengalami selulitis, kayap dan ulser disebabkan penurunan sistem imun tubuh.
Bagi jangkitan kulit yang disebabkan oleh kulat, rawatan boleh diberikan melalui ubat anti kulat.
Bagi penyakit kayap pula, ia boleh dielakkan melalui suntikan vaksin.
Apabila seseorang individu tersebut semakin berusia, akan berlaku perubahan pada sistem penghadaman dan gastrousus.
Ini menjadikan golongan warga emas lebih mudah untuk mendapat jangkitan pada gastrousus mereka.
Bakteria seperti Helicobacter pylori boleh menyebabkan penyakit gastritis, yang mengakibatkan kesan seperti demam dan loya dalam kalangan warga emas.
Selain itu, ada juga bakteria yang boleh menyebabkan penyakit cirit-birit dalam kalangan warga emas.
Jika ada datuk, nenek atau sesiapa sahaja yang telah berusia dalam keluarga anda, bawalah mereka untuk melakukan pemeriksaan berkala di hospital.
Apatah lagi jika mereka mula menunjukkan beberapa simptom jangkitan atau terdapat perubahan tingkah laku yang ketara.
Ini untuk memastikan agar mereka mendapat rawatan awal dan mengelakkan sebarang kesan penyakit berjangkit yang lebih teruk.
Sebagai langkah pencegahan, bawalah orang tua anda untuk mendapatkan suntikan vaksin yang boleh mengurangkan risiko mereka dijangkiti penyakit.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen