Kajian lain pula melihat kesan ekstrak tembikai terhadap aktiviti seksual tikus jantan dan mendapati berlakunya peningkatan aktiviti.
Pun begitu, lebih banyak penyelidikan berjangka panjang yang perlu dilakukan untuk memastikan keberkesanannya sebagai penawar mati pucuk dan keselamatan keseluruhan L-citrulline.
Suplemen berasaskan L-citrulline
Peringatan: Kalian hanya boleh mengambil suplemen L-citrulline dengan persetujuan doktor!
Walaupun ia tidak mendatangkan kesan sampingan yang teruk, namun wujud risiko interaksi ubat, terutamanya jika anda sudah mengambil ubat penawar mati pucuk seperti Viagra.
L-citrulline dari sumber lain
Untuk mendapatkan kandungan L-citrulline seperti di dalam suplemen, anda perlu makan kira-kira 3 1/2 cawan tembikai dadu setiap hari!
Manakala, tembikai berwarna oren dan kuning mungkin mempunyai tahap yang lebih tinggi, ini bermaksud kalian boleh memakannya dengan lebih sedikit untuk mendapatkan paras citrulline yang sama.
L-citrulline juga secara semula jadi turut terkandung di dalam beberapa jenis makanan lain, termasuklah bawang putih, ikan, dan kekacang.
Manfaat berbanding risiko makan tembikai
Lelaki dengan masalah mati pucuk di tahap ringan hingga sederhana mungkin akan dapat memanfaatkan penggambilan L-citrulline melalui tembikai atau suplemen.
Tambahan itu, tembikai bukan sahaja kaya dengan L-citrulline, ia juga merupakan sumber vitamin A dan C yang tinggi, berserta serat dan kalium.
Antioksidan dalam jumlah yang sederhana, cukup baik untuk kesihatan menyeluruh dan umur yang panjang.
Bahkan menurut National Center for Complementary and Integrative Health, tahap antioksidan yang tinggi sebenarnya boleh membahayakan kesihatan!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen