Ruam boleh jadi sesuatu yang memalukan dan menjengkelkan, lagi-lagi jika berlaku ruam ketiak!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Ruam boleh jadi sesuatu yang memalukan dan menjengkelkan, lagi-lagi jika berlaku ruam ketiak!
Walaupun tidak dapat dilihat oleh orang, ia masih boleh mengganggu rutin harian anda.
Ketiak, antara tempat yang cenderung berlakunya iritasi.
Anda mungkin tidak dapat melihat ruam yang terbentuk, tapi rasa gatal dan kerengsaan boleh menjadi tidak tertanggung dalam beberapa kes.
Ia biasanya mempunyai ciri-ciri benjolan, kemerahan atau bersisik dan banyak perkara boleh menyebabkannya.
Pun begitu, dalam kebanyakan kes, ruam adalah simptom sementara yang biasanya dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan dan rawatan di rumah.
Namun, ruam yang berlaku untuk jangka masa panjang, atau yang bertambah parah, mungkin merupakan tanda masalah kesihatan yang memerlukan perhatian dan rawatan perubatan.
Dalam artikel ini, penulis bakal mengkaji pelbagai jenis ruam ketiak dan menerangkan pilihan rawatan untuk setiap kondisi. Teruskan pembacaan!
Terdapat beberapa penyebab ruam di bahagian ini. Antara yang paling biasa berlaku telah penulis senaraikan di bawah, merangkumi:
Haba boleh bercampur dengan peluh pada kulit dan menyebabkan ruam ketiak yang merengsakan disebut sebagai ruam panas.
Dalam kebanyakan kes, ruam panas menyebabkan benjolan gatal yang:
Kebiasaannya, ramai orang mengalami ruam panas di bahagian ini pada bulan-bulan atau iklim yang lebih panas kerana ketiak mengandungi banyak kelenjar peluh.
Dermatitis kontak berlaku apabila kulit atau badan bersentuhan dengan alergen atau perengsa, lantas mencetuskan tindak balas imun.
Reaksi alahan ini biasanya timbul dalam tempoh beberapa jam setelah terdedah kepada alergen atau perengsa.
Ruam dermatitis kontak biasanya bercirikan:
Selain itu, terdapat banyak punca dermatitis kontak terjadi. Antaranya:
Ekzema adalah kondisi kronik yang bersifat tidak menular dicirikan oleh masalah keradangan kulit.
Tambahan itu, ia paling kerap berlaku di kawasan badan yang mempunyai lipatan kulit.
Untuk makluman, kira-kira 30% penduduk Amerika, merangkumi kanak-kanak dan remaja mempunyai ekzema!
Tompok ekzema biasanya dicirikan oleh:
Ruam ekzema juga cenderung untuk berlangsung lebih dari seminggu dan ruam ketiak boleh berlaku di samping tompokan yang sama di bahagian badan lain seperti siku, belakang lutut, dan leher.
Dermatitis seborrheic adalah sejenis ekzema yang terbentuk di sekitar kelenjar penghasil minyak.
Ia menyebabkan simptom yang berbeza dengan ekzema dan ruam dermatitis seborrheic biasanya:
Selain itu, kulit juga boleh membentuk serpihan berwarna putih atau kekuningan.
Sejenis kulat yang dikenali sebagai Candida sering menyebabkan jangkitan yis.
Candida biasanya mencetuskan ruam yang bercirikan:
Kurap juga adalah sejenis jangkitan kulat yang menyebabkan ruam ketiak berbentuk seperti cincin berwarna kemerahan atau perak.
Ruam kurap juga mungkin:
Tahukah anda, terdapat beberapa bahan di sekitar rumah yang boleh dijadikan sebagai rawatan?
Ya, betul! Antara bahan-bahan semula jadi yang boleh membantu:
Tambah lagi, sesetengah jenis minyak pati turut berupaya merawat ruam ketiak.
Minyak pati berasaskan lavender, kelapa, atau tea tree bantu mengatasi kegatalan, kerengsaan, dan jangkitan kulat.
Campurkan sedikit minyak lavender dan minyak kelapa lalu gunakan kapas untuk melumurkan campuran tersebut pada ruam bagi meredakan kegatalan.
Gunakan minyak tea tree yang dicampurkan dengan air pada kapas untuk membunuh kulat dan menghentikan rasa gatal yang berlebihan.
Krim hydrocortisone dan losen calamine adalah rawatan yang berkesan untuk ruam di bahagian ini yang menyebabkan iritasi dan meradang.
Namun, ruam candida atau ruam kulat yang lain memerlukan pendekatan berbeza.
Cuba rawatan anti kulat OTC yang mengandungi clotrimazole, nystatin, atau ketoconazole.
Mana-mana krim atau losen yang mempunyai ramuan ini dapat bantu merawat kulat ruam di situ.
Walau bagaimanapun, krim hydrocortisone (krim steroid) mampu memburukkan lagi ruam kulat.
Sekiranya ruam ketiak anda masih tidak mereda setelah mencuba jenis-jenis rawatan di atas, adalah disarankan untuk berkonsultasi dengan doktor bagi mendapatkan pilihan rawatan atau preskripsi yang lain.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen