backup og meta

Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/10/2020

    Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!

    Setiap manusia yang normal sudah pasti akan lahir dengan satu set alat sulit masing-masing bagi fungsi pembiakan dan perkumuhan.

    Bagi seorang lelaki, mereka akan lahir dengan zakar manakala untuk seorang wanita pula akan lahir dengan faraj dengan fungsi yang sama.

    Pun begitu, pernahkah kalian terfikir mengapa warna alat sulit kita berbeza dengan kulit badan?

    Jom sama-sama kita ikuti artikel untuk mengetahui jawapan kepada soalan ini dengan lebih lanjut!

    psa prostat, warna zakar

    Tentang alat sulit & warna kulit

    Sudah menjadi lumrah alam, manusia dijadikan secara pelbagai dan berpasang-pasangan – inilah sebab kenapa wujudnya jantina lelaki dan perempuan.

    Jantina

    Kedua-dua jantina ini adalah saling melengkapi antara satu sama lain dan tanpa salah satu daripadanya sudah pasti tiada sulur galur keturunan.

    Apa yang membezakan kedua-dua jantina ini adalah sistem reproduktif mereka termasuklah alat sulit.

    Lelaki akan menggunakan zakar dan testis untuk berfungsi sebagai organ perkumuhan dan pembiakan manakala wanita pula akan menggunakan faraj dan rahim.

    Bagi lelaki, sperma akan dihasilkan di dalam testis untuk disenyawakan di dalam rahim wanita.

    Untuk wanita pula, telur akan dihasilkan di dalam rahim untuk disenyawakan menjadi janin.

    Kaum

    Seperti mana lumrah kejadian alam juga, manusia akan dilahirkan dengan diversiti yang pelbagai menjadikan kita berbeza antara satu sama lain.

    Ada yang lahir dengan warna kulit yang cerah, sawo matang atau gelap bergantung kepada kaum genetik yang diwariskan oleh ibu dan bapa.

    Jika digabungkan dua aspek ini, mungkin anda akan berfikir bahawa warna zakar dan faraj kalian akan mengikut warna kulit bukan?

    Sebenarnya, ia tidak begitu kerana ketahuilah bahawa ia mungkin berbeza!

    Kenapa warna zakar & faraj lain daripada kulit?

    Ya, ia adalah salah satu daripada persoalan yang sering bermain dan berlegar di fikiran kita namun mungkin terlalu malu untuk dipersoalkan.

    Jika anda seorang yang berkulit cerah sekalipun, warna zakar atau faraj anda pasti lebih gelap daripada warna kulit.

    Bagi individu yang berkulit gelap pula, ia tidak bermakna warna alat sulit adalah sama dengan warna kulit anda.

    Ini kerana tidak kira walau apapun warna kulit anda, warna alat sulit anda pasti akan lebih gelap daripada warna kulit seumpama ada dua tona warna yang berbeza.

    Selain alat sulit, puting anda juga akan mempunyai warna yang berbeza dengan kulit. Kenapa? Ia ada kaitannya dengan hormon dalam tubuh badan kita!

    Ini penjelasan pakar mengenai perkara ini!

    Menurut Pakar Dermatologi dari New York iaitu Dr. Cameron Rokhsar dan Dr. Lindsey Bordone, ia ada kaitan dengan dua hormon seks manusia iaitu testosteron dan estrogen.

    Buat anda yang mungkin belum tahu, testosteron itu adalah hormon seks untuk lelaki manakala estrogen pula adalah hormon seks buat wanita.

    Kedua-dua hormon ini akan memainkan peranan yang sangat penting terhadap warna zakar dan faraj manusia.

    Hormon-hormon ini akan meningkatkan aktiviti sel melanocyte yang berfungsi merembeskan melanin – protein pigmen yang bertanggungjawab mengawal warna kulit kita.

    Disebabkan sel ini akan semakin giat berfungsi tatkala individu mencapai akil baligh, maka warna alat sulit kita akan berubah menjadi lebih gelap seiring perjalanan usia kita.

    alat sulit

    Lebih tua, lebih gelap warna zakar & faraj?

    Ya, warna alat sulit dan juga puting kita akan berubah menjadi semakin gelap seiring dengan perjalanan usia kita.

    “Semasa individu sedang berada pada usia muda, warna alat sulit dan puting mereka adalah lebih cerah dan akan berubah menjadi gelap apabila meningkat dewasa ekoran perubahan hormon dalam tubuh badan’, jelas pakar.

    Dalam pada itu, ini juga adalah sebab mengapa kanak-kanak mempunyai warna rambut atau kulit yang lebih cerah jika hendak dibandingkan ketika mereka dewasa kelak.

    Selain itu, ada satu lagi sebab mengapa warna zakar dan faraj menjadi lebih gelap berbanding warna kulit dan ia berkaitan dengan kondisi kesihatan kita.

    Untuk pengetahuan anda, perubahan warna pada kawasan sekitar alat sulit atau puting anda adalah petanda kalian mungkin menghidapi penyakit diabetes.

    Ini kerana kawasan kulit akan berubah menjadi sedikit gelap sekiranya kandungan gula dalam darah adalah sangat tinggi dan itu adalah petanda kencing manis.

    Ia adalah normal, jumpa doktor untuk diagnosis

    Konklusinya, warna zakar dan faraj yang lebih gelap berbanding warna kulit kita adalah satu perkara yang normal dan hanya berkaitan dengan hormon.

    Pun begitu, ia juga mungkin petanda bahawa kalian menghidapi kondisi kesihatan yang boleh jadi kronik jika dibiarkan iaitu kencing manis.

    Oleh itu, sila berjumpa doktor untuk diagnosis sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kebimbangan mengenai warna alat sulit anda.

    Jangan pula anda sapukan krim pencerah kulit padanya hanya kerana bimbang pasangan tidak boleh menerimanya okay?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/10/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan