backup og meta

Mengapa Saya Sering Dijangkiti UTI? Ketahui Punca & Faktor Risiko Penyakit Saluran Kencing

Mengapa Saya Sering Dijangkiti UTI? Ketahui Punca & Faktor Risiko Penyakit Saluran Kencing

Jangkitan saluran kencing merupakan satu kondisi yang berlaku apabila bakteria daripada kulit atau rektum bertindak memasuki uretra dan menyebabkan jangkitan. Ada pelbagai punca kencing kotor wanita yang boleh dikenal pasti dengan mudah. 

Ada dua jenis jangkitan yang kerap terjadi disebabkan UTI, salah satunya ialah jangkitan pundi kencing atau cystitis. Jangkitan buah pinggang (pyelonephritis) juga merupakan sejenis jangkitan saluran kencing. Walau bagaimanapun, pyelonephritis tidak berlaku sekerap cystitis.

Selain penyebab kenapa terjadi kencing kotor, anda juga perlu tahu faktor risiko untuk menghidap jangkitan saluran kencing. Jom baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Jangkitan Saluran kencing, sila dapatkannya di sini.

Punca kencing kotor atau jangkitan saluran urin

punca kencing kotor
Kalau sakit di sekitar pundi kencing, ia mungkin tanda jangkitan.

Punca kencing kotor lazimnya berlaku pada kawasan pundi kencing dan uretra. Berikut adalah punca kenapa terjadi kencing kotor:

1. Jangkitan pada kawasan pundi kencing (cystitis)

Cystitis merupakan sejenis inflamasi pada kawasan pundi kencing. UTI jenis ini berpunca daripada jangkitan bakteria Escherichia coli (E. coli) yang boleh ditemui di dalam saluran pencernaan (gastrointestinal tract) manusia.

Selain UTI, cystitis juga boleh berlaku akibat reaksi terhadap beberapa jenis ubat-ubatan, terapi radiasi atau pendedahan terhadap bahan yang boleh menyebabkan iritasi.

Sebagai contoh, pemakaian produk pembersih wanita atau kateter pada satu tempoh masa yang panjang boleh menyebabkan iritasi pada kawasan pundi kencing.

Bukan E. coli sahaja yang boleh menjadi punca kencing kotor atau UTI. Bakteria lain juga boleh menyebabkan anda terkena jangkitan saluran kencing. Walau bagaimanapun, bakteria ini bertanggungjawab terhadap kebanyakan jangkitan saluran kencing.

Penyebab kenapa kena kencing kotor #2. Jangkitan pada kawasan uretra (urethritis)

Uretra merupakan tiub yang membawa air kencing keluar dari badan. Selalunya, jangkitan yang berlaku pada saluran uretra akan menyebabkan rasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.

Sama seperti cystitis, urethritis boleh berlaku apabila bakteria daripada anus merebak ke bahagian uretra. Antara bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan pada kawasan uretra adalah:

  • Gonococcus. Bakteria ini merebak secara seksual dan menyebabkan gonorea
  • Chlamydia trachomatis. Bakteria ini juga merebak secara seksual dan menyebabkan klamidia
  • Bakteria yang terdapat di dalam dan di sekeliling tinja

Jangkitan seksual (STI) seperti gonorea dan klamidia selalunya akan merebak ke bahagian pundi kencing sahaja.

Walau bagaimanapun, jangkitan tersebut boleh mencecah organ reproduktif wanita dan menyebabkan penyakit (pelvic inflammatory disease –PID). 

Faktor risiko jangkitan saluran urin

Ada banyak faktor risiko yang boleh menyumbang kepada jangkitan atau sebab kencing kotor. Antaranya ialah: 

#1. Anatomi wanita punca kencing kotor

Wanita mempunyai uretra yang lebih pendek berbanding lelaki. Oleh sebab itu, bakteria yang menyebabkan UTI lebih mudah untuk memasuki pundi kencing wanita.

Di dalam kalangan wanita mengandung pula, perubahan dari segi fisiologi dan anatomi saluran kencing boleh menyebabkan jangkitan saluran urin.

Oleh sebab itu, ibu mengandung perlulah lebih berhati-hati kerana jangkitan pundi kencing dan buah pinggang boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan juga kandungan.

#2. Jangkitan aktiviti seksual antara sebab kenapa kena kencing kotor

simptom kencing kotor
Antara tanda kencing kotor.

Wanita yang aktif dari segi seksual lebih berisiko untuk menghidap UTI berbanding wanita yang jarang melakukan hubungan seks.

Selain itu, risiko UTI juga akan meningkat apabila wanita mengadakan hubungan seks bersama pasangan baharu.

#3. Pengambilan beberapa jenis ubat perancang kehamilan

Penggunaan alat kontraseptif seperti diafragma dan spermicides boleh mengubah persekitaran di sekitar uretra. Disebabkan perubahan ini, bakteria lebih mudah untuk menjangkiti saluran kencing.

#4. Menopaus antara punca kencing kotor perempuan

Setelah mencapai menopaus, hormon estrogen yang dihasilkan oleh wanita akan berkurang secara perlahan-lahan.

Menopaus akan menyebabkan persekitaran pada saluran kencing untuk mengalami perubahan.

Sama seperti wanita yang memakai diafragma dan spermicides, sebarang perubahan pada kawasan uretra akan membuatkan bakteria makin mudah untuk membiak.

#5. Kecacatan dari segi saluran kencing

Anda lebih berisiko untuk mendapat UTI jika mengalami sebarang abnormaliti pada saluran kencing.

Sebagai contoh, bayi yang lahir dengan sebarang abnormaliti akan alami masalah urin yang termasuk kembali ke dalam uretra selepas membuang air.

Masalah ini akan membuatkan mereka lebih berisiko untuk mengalami UTI.

#6. Halangan di dalam saluran urin punca kencing kotor

Kehadiran batu karang atau masalah prostat membengkak juga boleh menyebabkan urin tersangkut di dalam saluran kencing. Apabila saluran urin tersumbat, risiko UTI juga akan semakin bertambah.

#7. Sistem imun yang terganggu

Individu yang alami penyakit seperti diabetes dan penyakit lain yang boleh mengganggu sistem imun mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap UTI.

#8. Punca kencing kotor disebabkan penggunaan kateter

kateter
Kateter untuk buang air kecil.

Kateter merupakan sejenis tiub jernih yang dimasukkan ke dalam pundi kencing dengan tujuan untuk memudahkan pesakit yang tidak dapat membuang air kecil secara normal.  

Ini termasuklah individu yang lumpuh, pernah dihospitalkan atau alami masalah neurologikal yang membuatkan pesakit sukar untuk mengawal air kencing.

Penggunaan kateter akan meningkatkan risiko dan menjadi punca kencing kotor. Bakteria boleh masuk ke dalam tiub kateter lalu mengakibatkan jangkitan.

Kesimpulan

Kini anda telah mengetahui beberapa penyebab kenapa terjadi kencing kotor. Walau bagaimanapun, sekiranya keadaan anda berlarutan, segeralah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

What Is A Catheter. https://www.bladderandbowel.org/bladder/catheter/what-is-a-catheter/. Accessed December 22, 2020.

Urinary Tract Infection in Women. https://www.health.harvard.edu/womens-health/urinary-tract-infection-in-women-a-to-z. Accessed December 22, 2020.

Cystitis. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/cystitis/symptoms-causes/syc-20371306. Accessed December 22, 2020.

Urinary Tract Infection. https://www.cdc.gov/antibiotic-use/community/for-patients/common-illnesses/uti.html. Accessed December 22, 2020.

Anatomy of the Urinary System. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/anatomy-of-the-urinary-system. Accessed December 22, 2020.

What is a Urinary Tract Infection (UTI) in Adults. https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/u/urinary-tract-infections-in-adults. Accessed December 22, 2020.

Risk Factors for Urinary Tract Infection (UTI). https://www.winchesterhospital.org/health-library/article?id=20435. Accessed December 22, 2020.

Versi Terbaru

15/07/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Tak Sempat Buka Seluar Terus Nak Terkencing, Cari 25 Makanan Ini Untuk Kuatkan Pundi Kencing

6 Cara Terbaik Untuk Elak Kencing Kotor, No. 4 Orang Dah Kahwin Wajib Amalkan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 15/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan