backup og meta

Inginkan Prostat Sihat, Lelaki Kena Kurangkan Makan Daging & Alkohol?

Inginkan Prostat Sihat, Lelaki Kena Kurangkan Makan Daging & Alkohol?

Prostat adalah sejenis kelenjar yang mengawal fungsi perkumuhan dan pembiakan kaum lelaki. Disebabkan itu, adalah sangat penting untuk jaga kesihatan prostat.

Pelbagai cara telah diperkenalkan dalam usaha ini namun mungkin masih tidak ramai yang tahu bahawa lelaki juga kena amalkan pemakanan seimbang untuk prostat yang sihat.

Benarkah? Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih mendalam lagi!

Apa itu kelenjar prostat?

Untuk pengetahuan anda, prostat adalah sejenis kelenjar yang bersaiz agak kecil dan lembut (digambarkan seperti bola pingpong) serta terletak di bawah pundi kencing.

Anda sendiri mungkin boleh merasakan kewujudan kelenjar ini dengan cara memasukkan jari ke dalam kawasan rektum dan tekan ke arah hadapan untuk menemuinya.

Seperti mana yang telah kami nyatakan di awal artikel, ia berfungsi mengawal sistem perkumuhan dan pembiakan kaum lelaki. Berikut adalah fungsinya secara terperinci:

kesihatan prostat

  • Menutup uretra semasa air kencing/air mani keluar
  • Membantu menghasilkan air mani
  • Membantu menghasilkan hormon seks

Disebabkan itu, adalah sangat penting untuk jaga kesihatan prostat agar tidak timbul masalah.

Apa contoh masalah prostat?

Sekiranya berlaku sebarang gangguan atau penyakit berkaitan prostat, maka sudah tentu akan terjadi masalah pada kelenjar ini yang lantas menjejaskan segala fungsinya.

Antara masalah-masalah berkaitan prostat yang biasa berlaku kepada kaum lelaki termasuklah:

Radang prostat

Juga dikenali sebagai prostatitis, ia adalah masalah paling umum terjadi dalam kalangan lelaki di bawah usia 50 tahun namun boleh sembuh dengan antibiotik.

Kebiasaannya, ia adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria dan mungkin boleh berlangsung selama beberapa hari, minggu atau berbulan lamanya jika di tahap kronik.

Bengkak prostat

Prostat yang membesar dan membengkak atau hipertrofi prostat adalah sejenis kondisi yang mungkin tidak berbahaya dan biasa berlaku pada lelaki yang lebih berusia.

Apabila ia berlaku, kelenjar ini akan menekan dan menyempitkan tiub uretra lantas mengurangkan keupayaan untuk mengeluarkan air kencing atau air mani.

Kanser prostat

Paling berbahaya, lelaki juga mungkin akan mengalami kanser prostat di mana ia adalah jenis kanser yang paling biasa berlaku kepada kaum lelaki selepas kanser kulit.

Dari segi purata, setiap 1 daripada 9 orang lelaki akan mengalami kanser ini pada umur 66 tahun. Oleh itu, setiap lelaki perlu lebih peka akan kesihatan prostat.

kesihatan prostat

Aspek pemakanan mengundang bahaya!

Terdapat beberapa faktor risiko yang akan membawa kepada masalah berkaitan kesihatan prostat dan antara yang paling kurang diketahui adalah aspek pemakanan.

Menurut sebuah kajian pada tahun 2016 terhadap 50 lelaki dengan kanser prostat, dipercayai bahawa pengambilan makanan berasaskan haiwan adalah antara puncanya.

Makanan tersebut terdiri daripada daging merah, daging putih, organ, telur serta produk tenusu yang dihasilkan oleh haiwan. Jadi, sila kurangkan mengambil makanan ini.

Selain makanan-makanan ini, Prostate Cancer Prevention Trial turut menyatakan bahawa pengambilan alkohol secara berlebihan juga boleh meningkatkan risikonya.

Jika anda masih belum tahu, pengambilan alkohol yang dipercayai berlebihan adalah apabila anda minum alkohol lebih daripada 3 cawan sehari dan 20 gelas seminggu.

Apa anda kena buat untuk prostat sihat?

Pertama sekali, kaum lelaki mungkin perlu kurangkan mengambil makanan serta minuman yang dinyatakan di atas bagi menjamin kesihatan prostat agar lebih baik.

Selain itu, jangan sesekali malu atau takut untuk melakukan pemeriksaan prostat secara berkala!

Pemeriksaan rektal digital

Doktor akan menggunakan sarung tangan khas dan memasukkan jari ke dalam rektum anda untuk menyentuh dan mengesan sebarang keabnormalan pada kelenjar ini.

kesihatan prostat

Biopsi prostat

Doktor akan menyuntik jarum halus ke dalam prostat melalui rektum dan mengambil sampel kecil tisu prostat bagi menguji kewujudan sebarang masalah di makmal.

Ultrabunyi prostat

Doktor akan memasukkan sejenis alat ultrabunyi saiz kecil ke dalam rektum dan meletakkan berhampiran dengan prostat untuk mengesan sebarang petanda tidak normal.

MRI prostat

Kaedah ini mampu menunjukkan anatomi kelenjar prostat dengan lebih jelas, lengkap dan terperinci sekali gus mengenal pasti setiap kawasan yang disyaki bermasalah.

Antigen khusus prostat (PSA)

Bagi mengesan masalah kanser prostat, doktor mungkin akan melakukan ujian ini bagi menilai tahap PSA – semakin tinggi tahap PSA, semakin tinggi risiko kanser prostat.

Konklusinya, kesihatan prostat itu adalah sangat penting bagi kaum lelaki. Jadi, sila jaga pemakanan dan buat pemeriksaan secara berkala untuk prostat yang sihat!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. How common is prostate cancer?, https://www.cancer.org/cancer/prostate-cancer/about/key-statistics.html, Accessed September 7, 2021.
  2. Meat, Fish, Poultry, and Egg Intake at Diagnosis and Risk of Prostate Cancer Progression, https://cancerpreventionresearch.aacrjournals.org/content/9/12/933, Accessed September 7, 2021.
  3. Alcohol Intake and Risk of Lethal Prostate Cancer in the Health Professionals Follow-Up Study, https://ascopubs.org/doi/10.1200/JCO.18.02462, Accessed September 7, 2021.
  4. What foods should I eat or avoid if I have prostate cancer?, https://prostatecanceruk.org/prostate-information/living-with-prostate-cancer/your-diet-and-physical-activity/foods-to-eat-or-avoid, Accessed September 7, 2021.
  5. Diet may affect prostate cancer risk, https://www.hsph.harvard.edu/news/hsph-in-the-news/diet-prostate-cancer-risk/, Accessed September 7, 2021.

Versi Terbaru

22/04/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Ini 7 Mitos Makanan KONTROVERSI Untuk Pesakit Kanser Prostat, No. 3 Ramai Orang Percaya!

Khas Buat Lelaki, Ini 5 Cara Terbaik Untuk Jaga Kesihatan Prostat, No. 3 Kena Elakkan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/04/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan