Menurutnya, kebanyakan penyakit buah pinggang ini berasal dari kencing manis dan darah tinggi. Oleh itu, beliau menyeru kepada masyarakat supaya mempraktikkan gaya hidup sihat supaya kita boleh mengelakkan penyakit ini.
Tambahnya, telah diketahui bahawa mereka yang menghidap penyakit ini pada peringkat awal, jika mengamalkan pemakanan sesuai dan menerima rawatan bertepatan, boleh menangguhkan kemerosotan buah pinggang sebanyak 50 peratus.
Diet dan penyakit buah pinggang
Pelan pemakanan seseorang pesakit bergantung kepada tahap kerosakan buah pinggang. Tujuan diet adalah untuk menjaga keseimbangan tahap elektrolit, mineral, dan cecair dalam tubuh seseorang pesakit.
Sebagai contoh, mereka yang mempunyai kegagalan jantung peringkat awal mempunyai sekatan atau pelan diet yang berbeza dengan mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang atau ESRD.
Sekiranya anda mempunyai penyakit buah pinggang, penyedia penjagaan kesihatan anda akan menentukan diet terbaik untuk/mengikut keperluan diri anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen