home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Wanita Kerap Alami Keputihan? Ini Cara Nak Tahu Warna Cecair Miss V Normal Atau Tidak!

Wanita Kerap Alami Keputihan? Ini Cara Nak Tahu Warna Cecair Miss V Normal Atau Tidak!

Keputihan atau pelepasan faraj (vaginal discharge), adalah masalah yang sering dialami kebanyakan wanita. Ia adalah masalah yang paling kerap berlaku dan biasa berlaku. Malahan, boleh dikatakan kebanyakan wanita berdepan dengan masalah keputihan ini. Persoalannya, adakah setiap wanita kenal dan tahu membezakan warna keputihan normal atau warna keputihan tidak normal?

Jika ingin tahu cara membezakannya, teruskan membaca artikel ini.

warna keputihan normal

Apa itu keputihan?

Keputihan adalah cecair yang mengandungi campuran rembesan faraj dan lendir serviks. Kebiasaannya, keputihan ini adalah sesuatu yang normal.

Jumlah yang terhasil adalah berbeza-beza, begitu juga dengan bau dan warna keputihan normal – berkisar daripada warna jernih hingga putih – bergantung kepada masa dalam kitaran haid anda.

Contohnya, anda mungkin akan mengalami lebih banyak keputihan apabila berada dalam waktu subur atau ovulasi (ovulation), menyusukan atau sedang dalam keghairahan seksual.

Ia mungkin mengeluarkan bau yang berbeza semasa anda mengandung atau ketika anda tidak menjaga kebersihan bahagian peribadi anda. Namun, setiap perubahan yang dilalui mungkin tidak mendatangkan kebimbangan.

Walau bagaimanapun, jika keputihan yang dialami mempunyai warna, bau atau konsistensi yang berbeza daripada biasa, ditambah jika anda sering rasa gatal atau rengsa pada bahagian faraj, anda mungkin berdepan risiko jangkitan atau masalah kesihatan lain.

Kehamilan atau perubahan hormon juga boleh menjejaskan konsistensi dan jumlah pengeluaran cecair vagina.

Warna keputihan tidak normal mungkin berwarna kuning atau hijau, berketul dalam konsistensi atau mungkin mendatangkan bau busuk.

Yis atau jangkitan bakteria biasanya menjadi faktor yang menyebabkan warna keputihan tidak normal.

Jika anda melihat sebarang keputihan yang luar daripada kebiasaan atau berbau busuk yang tidak menyenangkan, disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

warna keputihan normal

Jenis warna keputihan

Terdapat beberapa jenis keputihan. Jenis vaginal discharge ini dikategorikan berdasarkan warna keputihan normal dan tidak normal serta tahap konsistensinya.

Beberapa jenis warna keputihan boleh dianggap keputihan yang normal.

Manakala, beberapa jenis warna keputihan lain mungkin menunjukkan bahawa ia adalah berkaitan masalah keputihan yang tidak boleh dipandang remeh dan memerlukan perhatian serta rawatan.

Warna keputihan normal

Warna keputihan normal biasanya jernih, mungkin likat atau cair dan lazimnya tidak berbau.

Namun, jumlah yang dihasilkan dan konsistensinya mungkin berubah apabila hampir dengan kitaran haid.

Ia dikaitkan dengan hormon estrogen iaitu apabila seseorang wanita hampir dengan tarikh kedatangan haidnya, lendir yang terhasil adalah lebih likat dan putih.

Ia berfungsi untuk memelihara bakteria baik di dalam vagina dengan mengekalkan pH dan nutrien yang ada.

Keputihan jenis ini tidak menyebabkan kegatalan ataupun kemerahan pada bahagian vagina serta mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Oleh sebab itu, perbuatan meruang ataupun memasukkan sesuatu untuk membersihkan faraj akan mengganggu fisiologi di dalam vagina. Bakteria baik akan mati dan ia boleh menyebabkan kemasukan bakteria yang jahat.

  1. Warna keputihan tidak normal

Ia disebabkan oleh jangkitan kuman. Sebarang perubahan terhadap keseimbangan bakteria baik dalam faraj boleh menjejaskan bau, warna, atau konsistensi keputihan.

Selalunya ia akan menghasilkan cecair putih yang lebih likat dan kadang-kadang ia boleh menghasilkan warna hijau yang selalunya berbau busuk.

Akibatnya, wanita akan mengalami kegatalan, iritasi dan keradangan pada kawasan faraj. Bagi jenis ini anda perlu segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

warna keputihan normal

Terdapat beberapa keadaan yang boleh mengganggu keseimbangan cecair faraj, antaranya adalah seperti:

  • Penggunaan antibiotik atau steroid
  • Vaginosis bakteria – Jangkitan bakteria yang cenderung berlaku kepada wanita hamil atau wanita yang mempunyai ramai pasangan seksual. Ia akan mengakibatkan keputihan yang semakin banyak dan mempunyai bau yang kuat, busuk dan ada masanya ia mengeluarkan bau hanyir. Namun, dalam sesetengah kes, terdapat juga individu yang tidak mengalami sebarang simptom
  • Pengambilan pil kawalan kehamilan
  • Kanser serviks
  • Jangkitan kelamin – Jangkitan seperti Chlamydia dan Gonorrhea adalah jangkitan seksual (STD) yang menghasilkan pelepasan faraj yang tidak normal. Ia kebiasaannya berwarna kuning, kehijauan atau berwarna seakan kelabu
  • Diabetes
  • Meruang (Douching), penggunaan sabun yang mengandungi wangian atau mandi buih
  • Jangkitan pada serviks selepas pembedahan
  • Penyakit radang pelvis (PID) – Jangkitan ini biasanya merebak disebabkan oleh perhubungan seksual. Ia terjadi apabila bakteria merebak ke faraj dan memasuki sistem pembiakan. Ia mungkin akan menghasilkan lendiran yang banyak dan berbau
  • Trichomoniasis – Merupakan sejenis jangkitan parasit yang menjangkiti apabila melakukan seks tanpa perlindungan. Ia disebabkan oleh protozoan, atau organisma bersel tunggal. Ia boleh merebak apabila melakukan hubungan seksual, tetapi dalam masa yang sama ia juga boleh menjangkiti apabila berkongsi tuala atau pakaian renang. Ia akan menyebabkan keputihan yang berwarna hijau atau kuning yang mengandungi bau tidak menyenangkan. Kesakitan, kerengsaan dan kegatalan turut menjadi antara simptom biasa, walaupun terdapat kemungkinan sesetengah individu tidak akan mengalami sebarang simptom
  • Atrofi faraj – Mengalami penipisan dan kekeringan pada dinding faraj semasa proses menopaus
  • Vaginitis – Kerengsaan pada bahagian dalam atau sekitar faraj
  • Jangkitan yis – Adalah jangkitan kulat yang menghasilkan vaginal discharge seakan keju putih dan akan menyebabkan timbul kegatalan dan rasa terbakar. Kewujudan yis dalam faraj adalah normal, tetapi peningkatannya boleh menyebabkan ia di luar kawalan. Berikut adalah beberapa keadaan yang berkemungkinan meningkatkan jangkitan yis, iaitu tekanan, diabetes, penggunaan alat kawalan kehamilan, kehamilan, penggunaan antibiotik terutama untuk pengambilan yang melebihi 10 hari

Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://familydoctor.org/condition/vaginal-discharge/ 

https://www.hhs.gov/opa/reproductive-health/fact-sheets/vaginal-discharge/index.html

https://www.cdc.gov/hpv/parents/cancer.html?CDC_AA_refVal=https%3A%2F%2Fwww.cdc.gov%2Fhpv%2Fparents%2Fscreening.html

https://www.mayoclinic.org/symptoms/vaginal-discharge/basics/definition/sym-20050825

https://www.sutterhealth.org/pamf/health/teens/female/vaginal-discharge

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 04/06/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung