Darah Dalam Air Kencing: Apakah Puncanya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Menyedari kewujudan darah dalam air kencing anda semestinya sesuatu yang merisaukan baik untuk lelaki, wanita, muda mahupun tua. Dalam pengkelasan perubatan, punca-punca kewujudan darah dalam air kencing dibahagikan kepada dua iaitu darah dalam air kencing yang dapat dilihat dengan jelas (Gross Hematuria) dan darah dalam air kencing yang hanya dikesan melalui ujian makmal (Microscopic Hematuria). Mana-mana pun puncanya, pemerhatian dan pemeriksaan rapi doktor adalah perlu. Kencing berdarah adalah apabila air kencing anda berwarna sama ada sedikit merah jambu atau perang seakan-akan warna air coca-cola. 

Dari Mana Datangnya Darah Tersebut?

Darah dalam air kencing anda boleh datang daripada beberapa struktur khususnya struktur-struktur yang membentuk sistem urinari, yang terdiri daripada buah pinggang, ureter, pundi kencing dan juga uretra. Namun yang demikian, darah tersebut juga boleh disebabkan oleh struktur berdekatan lain yang dekat dengan organ-organ sistem urinari dan boleh juga disebabkan keradangan menyeluruh sistem badan.

Punca darah dalam air kencing yang kurang serius

Senaman yang terlalu lasak

Senaman yang terlalu lasak berupaya untuk mengakibatkan berlakunya kencing berdarah dan ianya juga disebut sebagai runner’s bladder atau marathoner’s bladder. Senaman yang terlalu lasak, sama ada daripada sukan yang mempunyai perlagaan fizikal atau tidak, berupaya untuk menyebabkan kencing berdarah. Lazimnya, kewujudan darah dalam air kencing akan tidak lagi kelihatan selepas 72 jam daripada aktiviti tersebut atau selepas rehat yang mencukupi. Namun yang demikian, penting juga untuk diingati bahawa senaman yang terlalu lasak dalam seseorang yang sudah menghidapi penyakit buah pinggang atau penyakit berkaitan sistem urinari, mampu menyebabkan kecederaan tambahan kepada sistem tersebut.

Trauma

Trauma kepada alat kelamin dan bahagian badan yang membabitkan buah pinggang khususnya, boleh menyebabkan berlakunya kecederaan dan pendarahan yang akhirnya membawa kepada kewujudan darah dalam air kencing. Trauma boleh berlaku sama ada disebabkan oleh aktiviti seksual yang ganas, kecederaan ketika di ranjang, kemalangan, kecederaan atau impak daripada aktiviti sukan.

Punca darah dalam air kencing yang lebih serius

Jangkitan

Jangkitan ini boleh merujuk kepada jangkitan terhadap mana-mana struktur atau organ dalam sistem urinari seperti jangkitan buah pinggang (Pyelonephirits), jangkitan pundi kencing (Cystitis), dan jangkitan saluran urethra (Urethritis). Jangkitan kelamin juga boleh menyebabkan berlakunya kewujudan darah dalam air kencing.

Batu Karang

Batu karang boleh terbentuk atau beralih ke mana-mana struktur dalam sistem urinari sama ada di dalam buah pinggang, di dalam saluran ureter, dalam pundi kencing mahupun dalam saluran urethra. Lazimnya, simptom kencing berdarah dalam batu karang akan disertai oleh simptom sakit berdenyut-denyut pada bahagian yang terlibat.

Kanser

Selain daripada kanser yang membabitkan struktur sistem urinari seperti kanser buah pinggang dan pundi kencing, organ-organ sekeliling yang bertukar menjadi kanser turut berupaya untuk menyebabkan kencing berdarah, khususnya apabila ia sudah mencerobohi sistem urinari seperti kanser usus dan kanser prostat. Sebelum menjadi kanser, pembesaran prostat juga mampu menyebabkan kencing berdarah.

Penyakit-penyakit lain

Penyakit sel darah merah seperti Sickle Cell Anaemia membawa kepada penghancuran darah dalam badan yang disingirkan melalui air kencing. Penyakit seperti Haemolytic Uremic Syndrome juga berupaya untuk menyebabkan berlakunya kewujudan darah dalam air kencing. Selain itu, penyakit autoimun seperti Systemic Lupus Erythematosus (SLE) juga mampu menyebabkan kecederaan kepada buah pinggang yang menyebabkan air kencing mengandungi darah. Tambahan lagi, penyakit keturunan seperti Sindrom Alport dan juga penyakit buah pinggang Polycystic turut berupaya untuk menghasilkan simptom yang sama.

Apabila anda berjumpa dengan doktor anda, pemeriksaan dan ujian tertentu akan dilakukan oleh mereka demi mengenal pasti punca sebenar di sebalik keterjadian simptom kencing berdarah. Walaupun lazimnya darah dalam air kencing tidak membawa kepada masalah serius, terdapat juga punca-punca serius yang perlu diberi perhatian.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis mahupun rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bahaya Kalau Kuat Sangat Bersenam, Anda Boleh Terdedah Dengan Penyakit Ini!

    Bersenam sememangnya ada banyak manfaat kepada kesihatan, tetapi kajian baharu mendapati melakukan senaman melampau mampu menyebabkan penyakit sepsis.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Badan Sihat, Gaya Hidup Sihat 22/01/2021 . 4 minit bacaan

    Pesakit Hepatitis B, Ini Sebab Mengapa Anda Tak Boleh Derma Darah Walaupun Sudah Pulih

    Berita buruk bagi penghidap virus hepatitis B. Anda tidak boleh menderma darah! Ini sebabnya anda tidak boleh berbuat demikian meskipun setelah pulih.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Jangkitan Virus Lain, Penyakit Berjangkit 31/12/2020 . 3 minit bacaan

    Rasa Pedih Ketika Kencing Selepas Seks? Mungkin Anda Terkena Jangkitan Saluran Kencing

    Mengalami jangkitan saluran kencing (UTI) selepas seks adalah keadaan biasa yang berlaku pada wanita. Fahami mengapa masalah ini terjadi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 16/12/2020 . 3 minit bacaan

    Benarkah Menahan Kencing Boleh Jadi Punca Kanser Prostat? Ini Jawapannya

    Adakah perbuatan tahan kencing boleh menyebabkan kanser prostat? Atau adakah kanser prostat yang menyebabkan anda sukar tahan kencing?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser, Kanser Prostat 02/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jangkitan salur air kencing

    Kena Minum Banyak Air Kosong Nak Elak Jangkitan Saluran Kencing, Berkesan Ke Cara Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
    bahaya tahan kencing

    Sebenarnya Berapa Lama Boleh Tahan Kencing? Tahu Tak BAHAYA Jika Lebih Tempoh Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/02/2021 . 3 minit bacaan
    masalah kencing berdarah

    Terkejut Bila Keluar Darah Semasa Kencing? Ini Simptom, Punca & Rawatan Yang Boleh Dilakukan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/01/2021 . 5 minit bacaan
    glomerulonefritis adalah

    3 Jenis Penyakit Lain Berkaitan Saluran Kencing, Jangan Abaikan Simptom Yang Dialami

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 4 minit bacaan