Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Tak Tahu Macam Mana Nak Atasi Masalah Kerap Kencing? Jom Cuba 5 Senaman & Latihan Ini!
Siapa yang tidak segan jika terpaksa berulang-alik ke tandas berkali-kali setiap hari bukan? Kondisi ini bukan sahaja boleh mengganggu prestasi kerja, malah ia juga boleh membuatkan kita rasa malu dan rendah diri. Lebih teruk lagi, masalah pundi kencing aktif ini amat lazim dalam kalangan kaum Hawa. Namun, tahukah anda ada banyak senaman untuk wanita mengatasi masalah ini?
Sebenarnya, ada 5 latihan dan senaman untuk wanita yang ingin mengawal masalah pundi kencing aktif.
Senaman ini juga terbukti dapat mengurangkan simptom dan boleh membantu wanita untuk kekal selesa sepanjang hari.
Senaman ini juga boleh dilakukan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa! Namun, anda perlulah melakukannya dengan betul. Jika tidak pasti, ahli terapi fizikal atau pakar sakit puan dapat membantu anda.
Untuk melakukan senaman kegel, kemutkan otot lantai pelvis. Jika anda tidak pasti otot yang mana, cuba berhenti kencing ketika anda membuang air.
Otot yang anda gunakan untuk menghentikan pengaliran air kencing merupakan otot yang sama yang perlu anda kemut ketika melakukan senaman kegel.
Senaman kegel ini merupakan contoh senaman untuk wanita yang boleh dilakukan oleh semua orang.
2. Senaman lunges untuk memudahkan kencing
Senaman yang baik untuk pelvis.
Lunges merupakan salah satu senaman asas yang mudah untuk dilakukan. Mulakan senaman anda dengan sebelah kaki di hadapan. Kemudian, turunkan badan anda.
Naikkan badan anda menggunakan otot pada kawasan tumit kaki yang berada di belakang. Kemudian, tukar kaki. Senaman ini boleh diulang 10 kali untuk kesan yang terbaik.
Senaman lunges dapat menguatkan otot pelvis dan pundi kencing. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menguatkan otot pada kawasan perut dan juga paha.
Lunges bukan sahaja senaman untuk wanita yang ingin menyelesaikan masalah pundi kencing aktif, ia juga boleh dilakukan sebagai salah satu senaman dalam rutin anda setiap hari.
3. Kawal kencing dengan latihan pundi kencing
Latihan pundi kencing dapat membantu penghidap keadaan pundi kencing aktif untuk mengawal simptom dengan lebih baik.
Latihan ini bukan sahaja dapat mengurangkan simptom yang pesakit alami, ia juga membolehkan pundi kencing untuk menahan kencing dengan lebih lama.
Pertama sekali, kira berapa kali anda perlu ke tandas setiap hari. Selepas itu, latih pundi kencing anda untuk menahan kencing selama mungkin, walaupun anda tidak selesa.
Selepas berlatih selama beberapa minggu, anda sepatutnya dapat melihat perubahan yang positif dan boleh menahan air kencing dengan lebih lama.
4. Penggunaan stimulasi elektrik
Siapa sangka, stimulasi elektrik boleh membantu anda memperoleh semua kawalan pundi kencing.
Rawatan ini dilakukan menggunakan wayar atau elektrod yang dapat menghantar stimulasi elektrikal terus pada pundi kencing pesakit.
Signal ini membuatkan otot pundi kencing mengecut dan menguatkannya dalam jangka masa panjang.
5. Penggunaan kon vagina untuk kawal kencing
Kon vagina merupakan sejenis pemberat khas yang boleh digunakan untuk menguatkan otot pelvis. Sebagai permulaan, masukkan kon tersebut ke dalam vagina.
Kemudian, angkat kon menggunakan otot lantai pelvis.
Senaman untuk wanita ini dimulakan dengan kon vagina yang ringan. Lama-kelamaan, berat kon tersebut akan ditambah supaya otot pelvis boleh dilatih untuk mengangkat beban yang lebih berat.
Kesimpulan
Sebenarnya, ada banyak senaman untuk wanita dengan keadaan pundi kencing aktif. Walau bagaimanapun, sebelum melakukan sebarang senaman, pastikan anda berjumpa doktor terlebih dahulu untuk pemeriksaan.
Masalah pundi kencing aktif sememangnya satu kondisi yang boleh membuatkan anda rasa malu dan tidak selesa. Namun, ingat ya, ia mungkin berlaku disebabkan penyakit lain.
Oleh sebab itu, dapatkan pemeriksaan daripada doktor secepat mungkin.
Jika masalah anda dikesan awal, ia boleh dirawat dan anda juga boleh teruskan hidup dengan selesa tanpa sebarang masalah.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
AFP. n.d. Overactive bladder syndrome. Accessed July 28, 2021. https://www.racgp.org.au/afp/2012/november/overactive-bladder-syndrome/.
BRIGHAM AND WOMEN’S HOSPITAL. n.d. Overactive Bladder (OAB) with or without Urinary Incontinence (UI). Accessed July 28, 2021. https://www.brighamandwomens.org/obgyn/urogynecology/overactive-bladder.
Mayo Clinic. 2020. Kegel exercises: A how-to guide for women. September 15. Accessed July 28, 2021. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/womens-health/in-depth/kegel-exercises/art-20045283.
Mayo Clinic. 2020. Overactive bladder. March 20. Accessed July 28, 2021. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/overactive-bladder/symptoms-causes/syc-20355715.
Urology Care Foundation. n.d. What is Overactive Bladder (OAB)? Accessed July 28, 2021. https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/o/overactive-bladder-(oab).
Versi Terbaru
16/03/2025
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor