Akan tiba ketika di mana individu akan berusaha untuk cuba tahan kencing daripada keluar ekoran beberapa sebab tertentu. Oleh itu, anda tahu tak bahaya tahan kencing?
Ia mungkin kerana tiada tandas berhampiran, sedang di dalam mesyuarat atau sekadar malas untuk bergerak ke bilik air.
Namun tahukah anda bahawa tabiat tahan kencing ini sebenarnya tidak bagus? Ia juga mungkin mendatangkan bahaya terhadap kesihatan!
Ayuh sama-sama kita semua ikuti artikel bahaya tahan kencing ini dengan lebih mendalam lagi!
Baca lebih lanjut tentang Urologi di sini.
Berapa kerap manusia perlu kencing?
Sebelum menjawab persoalan pada tajuk artikel ini, haruslah kita semua tahu mengenai perkara penting ini terlebih dahulu.
Untuk pengetahuan anda, pakar menyarankan untuk individu membuang air kecil sekurang-kurangnya sekali setiap 3 jam.
Ini bertujuan supaya pundi kencing anda tidak terlampau penuh terlalu lama sekali gus memastikan ia mampu berfungsi dengan lebih baik.
Meskipun perbuatan menahan air kencing daripada keluar selama 1 atau 2 jam mungkin adalah normal bagi kita semua, namun ia masih lagi berisiko.
Oleh itu, kalian harus cuba untuk memastikan kekerapan ke tandas untuk membuang air sama ada kecil atau besar itu ideal okay!
Bahaya tahan kencing – Berapa lama boleh tahan?
Pundi kencing yang normal dan sihat boleh menampung sekitar ukuran 2 cawan air kencing sebelum ia dipertimbangkan sebagai ‘penuh’.
Tubuh badan anda akan memerlukan sekurang-kurangnya 9 ke 10 jam untuk menghasilkan 2 cawan air kencing pada pundi kencing.
Walaupun dalam beberapa kes tertentu organ ini boleh menampung lebih daripada 2 cawan air kencing, ia bukanlah sesuatu yang disarankan.
Dalam erti kata lebih mudah, tubuh badan anda mungkin boleh tahan kencing selama 9 ke 10 jam sebelum organ ini mengalami kerosakan.
Pun begitu, tempoh ini juga sebenarnya adalah terlalu lama dan anda tidak harus melakukannya hanya kerana tubuh badan anda mampu ya?
Ini bahaya tahan kencing!
Bahaya menahan air kecil daripada keluar mungkin tidak akan nampak dengan segera kerana ia lebih bersifat jangka masa panjang.
Ini terutamanya jika anda melakukannya secara berulang kali hanya kerana tidak muncul sebarang komplikasi buat kali pertama.
Berikut merupakan beberapa bahaya tahan kencing buat jangka masa panjang:
- Jika anda tidak mengosongkan pundi kencing sekerap mungkin, ia mungkin akan mengakibatkan jangkitan saluran air kencing (UTI)
- Jika anda sering melakukannya sebagai tabiat, pundi kencing boleh menjadi lemah lantas menyebabkan kondisi kencing tidak lawas
- Apabila anda tahan kencing selama 9 ke 10 jam atau lebih, pundi kencing akan mengalami retensi sekali gus menyebabkan air kecil keluar secara sendiri
- Dalam beberapa kes, perbuatan ini mungkin boleh menyebabkan pundi kencing pecah
Jadi, JANGAN sesekali anda cuba untuk menahan diri setiap kali rasa ingin terkucil walaupun dengan pelbagai alasan yang ada.
Tabiat yang boleh mendatangkan maut?
Sehingga kini, masih belum ada kes kematian yang direkodkan akibat tabiat menahan diri daripada terkencing walaupun dalam tempoh panjang.
Ini bermakna risiko manusia untuk maut akibat tabiat ini adalah sangat rendah bahkan para doktor mengatakan ia langsung tidak wujud.
Ini kerana pundi kencing berupaya untuk mengeluarkan air kecil tanpa kawalan anda sebelum ia mendatangkan sebarang kemudaratan.
Jangan jadikan ia sebagai satu kebiasaan!
Apa yang kita semua dapat simpulkan melalui artikel bahaya tahan kencing ini adalah manusia perlu membuang air kecil dengan kerap agar ia tidak rosak.
Secara kiraan purata yang normal, anda perlu kencing sekurang-kurangnya sekali dalam setiap 3 jam untuk mengosongkan pundi kencing.
Meskipun secara anatominya organ ini mampu menahan air kumbahan selama 9 ke 10 jam,tapi ia bukan angka yang boleh dijadikan indikator.
Ini kerana wujud risiko di mana anda boleh terkena kondisi jangkitan saluran kencing, kencing tidak lawas serta pundi kencing pecah.
Untuk mendapatkan lebih kepastian mengenai perkara ini, sila rujuk dengan doktor pakar berhampiran dengan anda.