backup og meta

7 Pantang Larang Yang WAJIB Dipatuhi Jika Terkena Jangkitan Saluran Kencing (UTI)!

7 Pantang Larang Yang WAJIB Dipatuhi Jika Terkena Jangkitan Saluran Kencing (UTI)!

Penyakit UTI adalah sejenis kondisi berkaitan sistem urinari yang sering terjadi kepada individu tanpa mengira jantina lelaki atau wanita. Sekiranya anda perasan tanda kencing kotor, terdapat petua kencing kotor yang boleh anda ikuti.

Persoalannya, apakah pantang larang yang wajib anda patuhi jika ada kencing kotor atau UTI? Jom teruskan baca artikel ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Jangkitan Saluran kencing, sila dapatkannya di sini.

Sebelum tahu petua kencing kotor, kenali puncanya dulu

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, punca kondisi ini berlaku adalah akibat jangkitan daripada bakteria pada organ-organ salur kencing.

Bakteria yang paling sering menjadi dalang utama infeksi salur kencing adalah Escherichia coli (E.coli) dan ia biasa ditemui di dalam usus kecil atau besar.

tanda kencing kotor
Tanda kencing kotor terjadi kepada anda.

Dalam pada itu juga, wujud beberapa faktor risiko UTI lain kondisi ini terjadi pada anda termasuk:

  • Jantina, wanita lebih berisiko berbanding lelaki
  • Kaum wanita yang putus haid
  • Aktiviti seksual yang tidak selamat
  • Salur kencing abnormal
  • Salur kencing tersumbat
  • Sistem imun tubuh badan lemah
  • Penggunaaan alat bantu kencing (catheter)

Sekiranya anda adalah salah seorang daripada mereka yang mungkin ada simptom dan faktor risiko UTI di atas, sila segera berjumpa doktor jika syak ada penyakit UTI.

Petua kencing kotor dan pantang larang yang anda kena ikut!

Sebenarnya, rawatan atau ubatan yang anda ambil untuk jangkitan saluran kencing adalah tidak cukup kerana ia mungkin boleh berlaku dan berulang lagi.

Berapa lama kencing kotor sembuh mungkin akan bergantung kepada beberapa petua kencing kotor berikut:

Petua kencing kotor #1. Minum air kosong

Petua kencing kotor paling penting adalah anda perlu minum air kosong dengan cukup, seperti disyorkan oleh pakar sekurang-kurangnya 8 gelas sehari bagi elak dehidrasi.

Ini kerana dehidrasi akan menyebabkan bakteria merebak dan membiak di dalam salur kencing selain mengakibatkan kekurangan air untuk ‘mencuci’ organ ini.

#2. Jangan tahan kencing terlalu lama

Lanjutan daripada itu, anda juga diingatkan untuk tidak tahan air kencing daripada keluar terutamanya dalam tempoh yang terlalu lama kecuali dalam situasi kecemasan.

Ini kerana ia boleh jadi punca bakteria penyebab infeksi salur kencing tidak dapat keluar melalui proses perkumuhan dan kekal di situ buat waktu yang lebih lama.

petua kencing kotor
Kerap tahan kencing punca UTI.

#3. Terus kencing lepas hubungan seks

Amalan membuang air kecil sejurus selepas melakukan hubungan seksual dengan pasangan dapat membantu mengurangkan risiko terkena jangkitan salur kencing.

Ini kerana ia dapat membuang segala jenis bakteria yang telah berpindah dari kemaluan pasangan kepada anda. Selain itu, jangan lupa untuk cuci alat sulit anda.

#4. Elak makanan & minuman tertentu

Buat anda yang mungkin belum tahu, cara tradisional merawat kencing kotor adalah ia akan melibatkan diet dan pemakanan anda.

Sebenarnya, wujud beberapa jenis makanan dan minuman tertentu yang boleh jadi punca simptom penyakit UTI menjadi lebih teruk.

Disebabkan itu, pesakit infeksi salur kencing perlu elak daripada mengambil senarai di bawah ini:

  • Minuman berkafein
  • Minuman bersoda
  • Minuman beralkohol
  • Makanan pedas
  • Tumbuhan asidik
  • Pemanis artifisial

Petua kencing kotor #5. Pilih seluar dalam sesuai

Sila elak daripada menggunakan seluar dalam yang terlalu ketat dan tidak menyerap peluh kerana lembapan pada alat sulit akan menggalakkan pertumbuhan bakteria.

Sebaiknya, anda boleh cuba pakai seluar dalam sesuai dan diperbuat daripada kapas yang bukan sahaja selesa malah dapat menyerap peluh dengan lebih baik.

Petua kencing kotor #6. Pakai tuala wanita sesuai

Bagi wanita, bukan seluar dalam sahaja yang penting malah tuala wanita juga perlu sesuai kerana ia mungkin berisiko menyebabkan pertumbuhan bakteria.

Sebagai alternatif yang baik, elak daripada guna pad atau tampon yang berbau wangi kerana ia mungkin mengandungi bahan kimia yang boleh mengundang bakteria.

petua kencing kotor
Air kencing yang kotor akibat jangkitan.

Dalam erti kata mudah, terdapat 7 pantang larang atau petua jika anda mengalami UTI:

  1. Minum air kosong.
  2. Jangan tahan kencing.
  3. Kencing setiap kali selepas seks.
  4. Elak makanan & minuman tertentu.
  5. Pilih seluar dalam sesuai.
  6. Pakai tuala wanita sesuai.
  7. Jumpa doktor segera.

#7. Rawat penyakit UTI dengan kadar segera

Akhir sekali, jangan pula anda dengan sengaja menangguh daripada merawat infeksi salur kencing yang dialami atas alasan ia tidak bahaya atau sudah pulih daripadanya.

Sebagai contoh, ramai orang yang cenderung tidak menghabiskan ubat antibiotik yang diberikan doktor kerana fikir sudah sembuh.

Jadi, anda jangan ulang silap yang sama dan amalkan cara hilangkan kencing kotor dengan cepat dan segera!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What to eat (and what to avoid) during a UTI, https://www.eehealth.org/blog/2019/05/what-to-eat-during-a-uti/, Accessed Nov 8 2021.
  2. Eight Ways to Prevent a Urinary Tract Infection, https://www.chla.org/blog/rn-remedies/eight-ways-prevent-urinary-tract-infection, Accessed Nov 8 2021.
  3. How to Prevent UTIs, https://universityurgent.care/blog/how-to-prevent-utis, Accessed Nov 8 2021.
  4. Urinary tract infection (UTI), https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/urinary-tract-infection/symptoms-causes/syc-20353447, Accessed Nov 8 2021.
  5. Urinary tract infection (UTI), https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/urinary-tract-infection/diagnosis-treatment/drc-20353453, Accessed Nov 8 2021.

Versi Terbaru

29/02/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Kena Minum Banyak Air Kosong Nak Elak Jangkitan Saluran Kencing, Berkesan Ke Cara Ini?

Mengapa Saya Sering Dijangkiti UTI? Ketahui Punca & Faktor Risiko Penyakit Saluran Kencing


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 29/02/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan