backup og meta

Suka Letak Banyak Garam Dalam Masakan? Ini Risiko Yang Boleh Terjadi Terutama Buah Pinggang Anda

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 09/08/2023

    Suka Letak Banyak Garam Dalam Masakan? Ini Risiko Yang Boleh Terjadi Terutama Buah Pinggang Anda

    Adakah bahaya jika garam dalam darah tinggi?

    Amnya makanan yang tinggi garam boleh menjadi sangat-sangat mengiurkan. Atas sebab inilah, cukup sukar bagi kita untuk menolak menu-menu makanan segera sepertiayam goreng, burger mahupun piza.

    Suka atau tidak, tidak dapat kita nafikan bahawa makanan bertambah sedap apabila ditambah garam padanya, membawa kepada inovasi seperti smoothie karamel bergaram, kulit ikan bergaram dan juga versi telur-masin pelbagai makanan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Berapa banyak garam diperlukan?

    Seorang individu dewasa perlu makan tidak lebih daripada 6g garam sehari, atau turut dikenali sebagai natrium – nama lain bagi garam, tetapi kebanyakan daripada kita makan lebih daripada ini.

    Kebanyakan garam yang kita makan setiap hari adalah “tersembunyi”.

    Kira-kira 80% daripada garam yang kita makan bersembunyi dalam makanan yang diproses seperti roti, biskut dan bijirin sarapan pagi, dan bungkusan bawa pulang (take away).

    Hanya 20% adalah datang daripada jumlah kita tambah semasa memasak atau di meja.

    garam dalam darah

    Tip cegah garam dalam darah tinggi

    • Jangan terlalu mengambil berat tentang jumlah sebenar yang anda makan. 6g sehari adalah jumlah maksimum yang anda perlu makan, lebih kurang adalah lebih baik.
    • Pendekatan terbaik adalah cuba untuk sentiasa makan makanan dengan tahap garam yang paling rendah.
    • Kurangkan makan makanan yang diproses dan dibungkus. Makanan yang dibungkus dan diproses adalah sebahagian besar daripada natrium dalam pemakanan kebanyakan individu ramai.
    • Pada mulanya, makanan tanpa garam boleh rasa hambar, tetapi anda perlu cuba. Ia hanya sama seperti mengurangkan gula dalam teh. Selepas beberapa minggu citarasa anda akan menyesuaikannya dan anda mampu untuk mula menikmati makanan yang kurang garam.
    • Di restoran-restoran, tanya mengenai garam yang ditambah ke dalam makanan. Kebanyakan tukang masak akan melangkau atau mengurangkannya jika anda tanya.

    Jika anda perlu menggunakannya semasa memasak, tambah pada akhirnya. Anda perlu menambah sedikit.

    Kesan garam dalam darah berlebihan

    Berikut kesan pengambilan garam yang berlebihan:

    Rasa kembung

    Apabila anda mengambil terlalu banyak natrium, tubuh anda mula mengekalkan cecair yang berlebihan.

    Sebaliknya, cecair yang berlebihan ini menyebabkan anda kelihatan dan berasa kembung kerana anda mempunyai lebih banyak cecair dalam badan anda daripada kebiasaan.

    Baca juga:

    Tekanan darah meningkat kesan garam dalam darah berlebihan

    Kajian 2011 daripada Jurnal Perubatan British melaporkan bahawa pelbagai kajian lain menunjukkan hubungan langsung yang konsisten antara pengambilan garam dan tekanan darah.

    Penulis kajian menyatakan bahawa pengurangan 4.6 gram dalam pengambilan makanan harian garam bersamaan dengan kira-kira 1,840 miligram natrium menurunkan tekanan darah individu.

    Dalam erti kata lain, semakin banyak natrium yang ada, semakin tinggi tekanan darah anda.

    Inginkan lebih banyak makanan masin

    Selera anda menyesuaikan diri kepada makananlebih masin yang bermaksud anda mula mengambilnya dengan lebih banyak lagi.

    Cuba makanan sihat yang memenuhi keinginan garam untuk mendapatkan pembaikan tanpa meningkatkan pengambilan natrium anda.

    Meningkatkan risiko strok

    Kajian Jurnal Perubatan British yang sama juga mendapati bahawa tekanan darah tinggi mungkin pula membawa kepada risiko strok yang lebih tinggi.

    garam dalam darah

    Menyukarkan fungsi buah pinggang

    Tekanan darah yang lebih tinggi juga boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang apabila berlaku peningkatan tekanan darah yang meletakkan tekanan tambahan pada arteri yang membawa kepada buah pinggang.

    Kajian 2013 dalam Journal of the American Society of Nephrology mendapati bahawa individu yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik akan mengalami fungsi buah pinggang yang lebih baik dengan mengurangkan pengambilannya.

    Ini mungkin kerana peningkatan pengambilan garam dalam darah yang membawa kepada masalah buah pinggang pada mulanya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 09/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan