backup og meta

5 Tanda Ada Batu Karang Dalam Pundi Kencing, Jangan Abaikan Sakit Perut Yang Teruk!

5 Tanda Ada Batu Karang Dalam Pundi Kencing, Jangan Abaikan Sakit Perut Yang Teruk!

Sebagai orang Asia, kita mempunyai 10-20% risiko untuk menghidap penyakit batu karang. Oleh sebab itu, kita haruslah lebih peka mengenai tanda batu karang dalam pundi kencing.

Batu karang sebenarnya bukanlah seketul batu; ia merupakan kristal halus yang terbentuk di dalam urin. Batu karang boleh bermula dengan saiz yang kecil.

Namun, lama-kelamaan ia akan jadi semakin besar dan menyebabkan pesakit mula mengalami simptom tertentu.

Walau bagaimanapun, bukan semua pesakit batu karang akan mendapat simptom. Contohnya, batu karang yang bersaiz halus boleh keluar dengan sendirinya dari saluran kencing.

Namun, jika ia tersangkut pada saluran kencing, batu karang ini boleh menghalang pengaliran air kencing keluar dari badan.

Salah satu tanda batu karang dalam pundi kencing ialah rasa sakit pada kawasan abdomen. Rasa sakit ini juga lebih kuat daripada biasa.

Apakah punca batu karang terbentuk?

tanda batu karang dalam pundi kencing

Ada sebabnya doktor menyuruh kita untuk minum air secukupnya. Untuk pengetahuan anda, orang yang kurang minum air amat berisiko untuk mengalami masalah batu karang.

Salah satu faktor risiko terbesar untuk pembentukan batu karang ialah jumlah urin yang sedikit.

Selalunya, urin yang sedikit berlaku disebabkan dehidrasi, senaman yang kuat, tinggal di kawasan yang panas dan tidak minum air dengan mencukupi.

Air kencing yang pekat selalunya berwarna gelap. Bukan itu sahaja, garam dan mineral yang terdapat di dalam urin juga sukar untuk larut. Bahan inilah yang akan bertukar menjadi kristal dan membentuk batu karang.

Namun, kurang minum air bukanlah satu-satunya punca penyakit batu karang. Ada juga beberapa kondisi atau penyakit yang boleh meningkatkan risiko batu karang.

Sebagai contoh, lelaki yang mempunyai masalah prostat membengkak atau benign prostate hyperplasia (BPH) lebih berisiko untuk mengalami batu karang.

Tetapi, batu karang dalam kalangan pesakit BPH terbentuk bukan disebabkan urin yang pekat, namun kerana pengaliran urin yang terhalang.

Sama jugalah dengan individu yang mempunyai saraf yang rosak atau tercedera.

Jika berlakunya sebarang masalah pada kawasan saraf disebabkan strok, kecederaan saraf tunjang atau masalah kesihatan lain, pundi kencing pesakit mungkin tidak mampu untuk dikosongkan sepenuhnya.

Tanda batu karang dalam pundi kencing

Antara tanda batu karang dalam pundi kencing yang lazim ialah rasa yang sakit dan menusuk pada belakang dan sisi abdomen.

Selain itu, rasa sakit ini juga datang secara berperingkat. Ia akan hilang sebentar sebelum menyerang kembali beberapa jam kemudian.

Selain itu, antara tanda batu karang dalam pundi kencing yang perlu diketahui ialah:

1. Sukar membuang air kecil

Jika anda mempunyai batu karang, rasa sakit perut yang dialami selalunya akan berlaku bersama kesukaran untuk membuang air kecil. Batu karang boleh menghalang saluran urin dan menyebabkan air kencing sukar untuk keluar.

Walau bagaimanapun, kesukaran untuk membuang air kecil juga boleh menjadi simptom kepada penyakit lain seperti jangkitan saluran kencing. 

Oleh sebab itu, dapatkan pemeriksaan secepat mungkin jika anda rasa kencing tak lawas atau sukar untuk membuang air.

2. Darah dalam air kencing disebabkan batu karang

tanda batu karang dalam pundi kencing

Batu karang boleh mencederakan saluran darah di sekitar saluran urin. Walau bagaimanapun, untuk kes batu karang, darah yang keluar mungkin terlalu sedikit untuk dikesan dengan mata kasar.

Oleh sebab itu, doktor mungkin perlu melakukan analisis urin untuk diagnosis lanjut.

3. Air kencing berbau busuk

Air kencing yang berbau busuk merupakan salah satu tanda batu karang dalam pundi kencing. Selain itu, ia juga boleh berlaku disebabkan jangkitan pada buah pinggang.

4. Demam tanda batu karang

Menurut laman sesawang Mayo Clinic, demam dan menggigil merupakan antara tanda jangkitan. Jika pesakit mempunyai batu karang, tidak mustahil ia boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing.

5. Loya dan muntah-muntah

Sakit yang berlaku disebabkan batu karang boleh menyebabkan pesakit rasa loya dan muntah-muntah. Bukan itu sahaja, simptom ini juga menandakan sesuatu yang buruk sedang berlaku kepada badan anda.

Selalunya, batu karang berlaku kepada lelaki yang berusia 50 tahun ke atas disebabkan masalah prostat membesar. Namun, lelaki dan wanita daripada setiap lapisan usia boleh mendapat batu karang.

Jarang sekali batu karang akan berlaku kepada kanak-kanak. Namun, kanak-kanak yang mengalami batu karang akan mendapat simptom seperti kencing tilam atau priapism, satu kondisi yang menyebabkan ereksi yang menyakitkan.

Jumpa doktor secepat mungkin

tanda batu karang dalam pundi kencing

Jika anda mengalami tanda batu karang dalam pundi kencing, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin.

Batu karang bukan sahaja boleh menyebabkan kesakitan yang melampau, ia juga boleh mendatangkan komplikasi seperti masalah pundi kencing dan UTI.

Batu karang boleh dirawat menggunakan ubat-ubatan dan rawatan tertentu. Walau bagaimanapun, penghidap batu karang berisiko untuk membentuk batu karang lagi pada masa hadapan walaupun selepas menjalankan rawatan.

Namun, dengan perubahan dari segi gaya hidup, pesakit lebih berisiko untuk mengalami batu karang pada masa hadapan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. FamilyDoctor.org. 2021. What are bladder stones? July 1. Accessed August 4, 2021. https://familydoctor.org/condition/bladder-stones/.
  2. Mayo Clinic. 2019. Bladder stones. August 16. Accessed August 4, 2021. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/bladder-stones/symptoms-causes/syc-20354339.
  3. NHS. 2018. Bladder stones. August 3. Accessed August 4, 2021.https://www.nhs.uk/conditions/bladder-stones/.
  4. PennMedicine. n.d. What are Bladder Stones? Accessed August 4, 2021. https://www.pennmedicine.org/for-patients-and-visitors/patient-information/conditions-treated-a-to-z/bladder-stones.
  5. Urology Care Foundation. n.d. What are Kidney Stones? Accessed August 4, 2021. https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/k/kidney-stones.

Versi Terbaru

19/09/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Bukan Setakat Rasa Sakit Semasa Kencing, Ini 8 Tanda Anda Ada Batu Karang!

Ada Beza Ke Tanda Batu Karang Pada Lelaki Dan Wanita? Jom Semak Simptom Di Sini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 19/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan