backup og meta

Tidur Tak Nyenyak Atau Sering Terjaga Waktu Malam? Ikut 6 Perkara Ini Agar Tiada Gangguan

Tidur Tak Nyenyak Atau Sering Terjaga Waktu Malam? Ikut 6 Perkara Ini Agar Tiada Gangguan

Manusia bukan mesin yang boleh terus berfungsi selagi mempunyai bateri kerana tubuh badan kita memerlukan rehat dengan cara tidur waktu malam.

Apa yang membimbangkan adalah ada individu yang tidak dapat tidur yang mencukupi kerana asyik terjaga sahaja!

Persoalannya, apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku dan bagaimana untuk mengelakkannya daripada berulang lagi?

Jom sama-sama kita ikuti artikel untuk tahu jawapannya dengan lebih mendalam lagi.

Manusia & tidur waktu malam

Angka 8 memang merupakan nombor yang agak menarik jika hendak dikaitkan dengan kesihatan tubuh badan kita.

Menurut ramai pakar, minum air kosong 8 gelas sehari adalah jumlah yang ideal untuk cecair dalam badan.

Menurut pakar lagi, tidur waktu malam 8 jam sehari adalah tempoh yang sesuai untuk badan kita berehat.

Untuk pengetahuan anda, waktu tidur yang anda perolehi akan mempengaruhi segalanya daripada berat badan, metabolisma sehingga fungsi dan mood diri anda.

Persoalannya, berapa jam sehari perlu tidur ya?

Berapa jam sehari perlu tidur?

Sebenarnya, saranan pakar untuk manusia tidur 8 jam sehari hanyalah sekadar panduan semata-mata dan tidak semestinya ia perlu begitu tepat.

Waktu tidur yang diperlukan oleh kita semua adalah berbeza serta bergantung kepada individu dan ia seringkali berpandukan kepada usia.

gangguan tidur

Menurut kajian yang dijalankan oleh American Academy of Pediatrics (AAOP) dan Centers for Disease Control and Prevention (CDC), ini adalah garis panduan tidur umum untuk kumpulan umur yang berbeza:

  • Bayi baru lahir hingga usia 3 bulan: 14 hingga 17 jam
  • 4 hingga 11 bulan: 12 hingga 16 jam
  • 1 hingga 2 tahun: 11 hingga 14 jam
  • 3 hingga 5 tahun: 10 hingga 13 jam
  • 6 hingga 12 tahun: 9 hingga 12 jam
  • 13 hingga 18 tahun: 8 hingga 10 jam
  • 18 hingga 64 tahun: 7 hingga 9 jam
  • 65 tahun ke atas: 7 hingga 8 jam

Secara puratanya, angka 8 dilihat sebagai satu nombor yang mudah untuk dijadikan sebagai satu panduan di mana ia tidak terlalu sekejap dan tidak terlalu lama.

Namun jika anda mempunyai sebarang persoalan lanjut mengenainya, sila dapatkan nasihat doktor ya?

Apa punca ia terganggu?

Kekurangan tidur waktu malam adalah perkara yang biasa bagi sesetengah orang terutamanya ketika tekanan pekerjaan dan kehidupan melanda.

Tidur yang terlalu sedikit dan tidak mencukupi boleh mempengaruhi banyak sistem dan fungsi pemulihan di dalam  tubuh badan kita.

Persoalannya, apa punca tidur terganggu? Berikut merupakan antara punca-punca yang boleh dikaitkan:

  • Insomnia
  • Apnea tidur
  • Penyakit kronik

Sekiranya ia berlaku kepada anda, akan wujud beberapa kesan tidak mendapat tidur yang cukup termasuklah:

  • Kondisi kulit terjejas
  • Selera makan meningkat
  • Mengantuk pada waktu siang
  • Lebih mudah marah atau murung
  • Hidup kurang produktif
  • Sukar untuk fokus

tidur tanpa pakaian

Tidur dan kesihatan mental adalah sangat berkait rapat kerana gangguan waktu tidur boleh menyumbang kepada masalah kemurungan dan kegelisahan.

Dalam erti kata yang lebih mudah, tidur adalah salah satu faktor yang sangat penting dalam kesihatan tubuh badan kita secara keseluruhan.

Tidur waktu malam tanpa sebarang gangguan

Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi, terjaga pada waktu malam mungkin disebabkan 3 perkara iaitu insomnia, apnea tidur atau penyakit kronik.

Apa yang mengejutkan adalah fenomena terjaga pada waktu malam ini adalah suatu yang biasa berlaku dalam kalangan kita semua.

Jika ia berlarutan, anda berkemungkinan akan mengalami stres, migrain serta tubuh badan tidak mampu berfungsi dengan baik.

Jadi bagaimana untuk menguruskan masalah ini? Ada beberapa tip yang kalian mungkin boleh cuba amalkan:

  • Elakkan tidur pada waktu pagi, tengah hari atau petang agar kalian lebih mudah berasa mengantuk pada waktu malam kelak
  • Hadkan pengambilan alkohol, kafein, dan nikotin pada waktu petang kerana bahan-bahan ini berpotensi untuk menjejaskan tidur atau menyukarkan tidur
  • Matikan alatan elektronik sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur kerana cahaya daripada alatan ini dapat merangsang otak anda untuk menjadi lebih segar
  • Jauhkan jam daripada pandangan mata anda kerana ia boleh mengakibatkan stres lantas membuat anda lebih sukar untuk tidur kembali selepas terjaga
  • Biasakan rutin yang santai sebelum tidur, seperti mandi air hangat atau mendengar muzik yang menenangkan
  • Matikan lampu sejurus sebelum tidur untuk membantu otak anda memahami bahawa sudah waktunya untuk tidur

Dalam beberapa kes, fenomena ini mungkin didasari oleh kondisi kesihatan lain dan perlu dirawat terlebih dahulu sebelum mampu untuk tidur waktu malam.

Oleh itu, berjumpalah dengan doktor dan berbincang dengan mereka tentang keadaan diri anda dan bersama temukan penyelesaiannya.

waktu tidur
waktu tidur

Ia penting, jangan abaikannya

Konklusinya, tidur waktu malam itu adalah sesuatu yang sangat penting dan tolong jangan sesekali abaikannya walaupun anda begitu sibuk dalam kehidupan seharian.

Tanpanya, maka tubuh badan anda sudah pasti tidak akan mendapat rehat secukupnya lantas membuat anda bangun dengan tubuh badan yang lemah dan lesu.

Jadi, tidurlah berdasarkan tempoh waktu yang sesuai buat anda ya!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/insomnia/expert-answers/insomnia/faq-20057824
  2. https://www.sleep.org/wake-less-frequently-night/
  3. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/12119-insomnia
  4. https://adaa.org/understanding-anxiety/related-illnesses/sleep-disorders
  5. https://wexnermedical.osu.edu/blog/why-do-i-wake-up-at-the-same-time-every-night

Versi Terbaru

19/10/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Bukan Orang Dewasa Sahaja, Si Kecil Anda Pun Berisiko Alami Gangguan Tidur Apnea!

Waktu Tidur Setiap Orang Berbeza, Kalau Nak Sihat Patuhi Jam Tidur Ini Ikut Peringkat Umur!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan