Ramai daripada kita yang gemar untuk tidur selepas sahur walaupun masa yang berbaki sebelum bersiap untuk bekerja tidaklah begitu lama. Apakah kesan tidur selepas sahur kepada kesihatan? Adakah terdapat sebarang bahaya tidur lepas sahur?
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan tidur, anda boleh klik di sini.
Tabiat tidur selepas sahur
Salah satu sunnah sewaktu menjalani ibadah puasa adalah makan sahur di sepertiga hujung malam.
Makan sahur bertujuan untuk membantu kekuatan fizikal anda untuk menjalani ibadah puasa tanpa makan dan minum sepanjang hari, iaitu lebih kurang 14 jam lamanya.
Pengambilan nutrien yang baik saat sahur amat diperlukan, agar kesihatan anda tetap terpelihara di bulan suci ini dan dapat meneruskan aktiviti harian seperti biasa sebagaimana pada bulan-bulan lain.
Waktu sahur yang berada di penghujung malam memberikan cabaran tersendiri. Rasa mengantuk dan penat kadangkala hadir.
Selalu juga setelah sahur, kebanyakan orang meneruskan tidur sebelum memulakan aktiviti.
Sedangkan tidur setelah makan menyebabkan beberapa kesan negatif terhadap kesihatan tubuh baik jangka pendek mahupun jangka panjang.
Bahkan beberapa keadaan boleh mengundang bahaya yang berisiko membawa maut.
Mengapa tidur selepas sahur berbahaya?
Setelah anda makan, perut akan mencerna makanan menjadi pecahan nutrien. Nutrien inilah yang akan diserap tubuh.
Makanan kaya karbohidrat dan lemak memerlukan waktu minima 2 jam untuk dicerna. Proses pencernaan ini memerlukan bekalan darah yang banyak, disebabkan itu setelah makan anda disarankan untuk tidak terus melakukan aktiviti lain yang memerlukan bekalan darah yang banyak, seperti bersukan.
Apabila anda tidur dalam masa 2 jam setelah makan, saluran pencernaan belum sempat mencerna makanan, yang akhirnya akan menyebabkan gangguan saluran pencernaan dan penyerapan nutrien tubuh.
Hasilnya, makanan yang dimakan tidak mampu menghasilkan tenaga yang diperlukan tubuh.
Kesan negatif tidur selepas sahur
1. Tidur lepas sahur boleh menambahkan lemak
Terdapat kajian yang mendapati bagi mereka yang mempunyai sejarah keturunan keluarga gemuk, kebiasaan tidur setelah makan sahur dapat meningkatkan risiko mengalami kegemukan sebanyak 2 kali ganda.
Lebih-lebih lagi dengan pengambilan makanan berlemak atau makan makanan yang digoreng.
Hal ini boleh memburukkan keadaan kesihatan terutamanya yang sedang diet dan ingin melangsingkan tubuh.
Ini disebabkan karena sewaktu tidur, tubuh anda secara automatik akan memerlukan hanya sedikit tenaga, kesannya makanan tidak akan dimanfaatkan sebaliknya bertimbun menjadi lemak.
Akhirnya risiko mengalami obesiti/kegemukan pun semakin meningkat.
Jeremy Barnes, professor dari Southeast Missouri State University pun menjelaskan pada saat tidur terdapat peningkatan kadar hormon grehlin, yang boleh membuatkan orang merasa lebih lapar ketika bangun.
Jadi, berpuasa tidak akan menurunkan berat badan jika anda tidak mengatur menu dan tabiat harian dengan sihat.
2. Tidur selepas sahur sebabkan peningkatan asid perut
Proses pencernaan yang melibatkan makanan meransang pengeluaran asid perut. Setiap kali makanan masuk ke dalam badan, asid perut pun akan meningkat.
Apabila makanan tidak tercerna dengan sempurna, asid perut boleh menyebabkan keradangan dinding perut.
Simptomnya sakit di sekitar hulu hati atau perut kiri bahagian atas, atau rasa panas pada dada. Oleh itu, berhati-hati bagi mereka yang memiliki penyakit gastritis.
3. Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) atau refluks asid perut
Refluks asid terjadi karena laluan antara perut dan kerongkong tidak tertutup secara sempurna. Hal ini biasanya disebabkan oleh pengaruh graviti iaitu perubahan posisi.
Posisi berbaring atau tidur lepas sahur boleh menyebabkan makanan yang belum sempurna dicerna mungkin berbalik daripada perut ke kerongkong.
Makanan ini membawa sekali asid perut, yang boleh menyebabkan keradangan, bahkan luka pada kerongkong.
Rasa panas di dada, sakit kerongkong, mual, sendawa dan mulut terasa pahit adalah simptom-simptom yang menunjukkan adanya refluks.
Hal ini sudah tentu menyebabkan rasa tidak selesa sewaktu berpuasa. GERD boleh dicegah dengan menunggu makanan tercerna sempurna dahulu sebelum memutuskan untuk tidur.
4. Gangguan saluran pencernaan
Kebiasaannya, pengosongan perut manusia berlangsung sekitar dua jam setelah makan. Namun posisi berbaring sewaktu tidur boleh mengganggu proses pengosongan perut tersebut.
Jika hal ini berterusan berlaku, maka gangguan pencernaan seperti cirit-birit ataupun sembelit boleh terjadi bergantung kepada bahan makanan yang masuk ke dalam perut anda.
Oleh itu, anda disarankan untuk mencegah makanan kaya lemak, kaya gula, dan kafein dalam menu sahur.
Perbanyakkan makan buah dan sayur agar proses pencernaan menjadi lancar.
5. Tidur selepas sahur boleh sebabkan strok
Strok merupakan penyakit berbahaya yang ditakuti ramai orang. Strok terbahagi kepada 2 iaitu strok penyumbatan (ischemic) dan strok perdarahan (hemorrhage).
Jenis strok yang terkait dengan kebiasaan tidur setelah makan adalah stroke penyumbatan. Alasannya cukup jelas, iaitu sewaktu tidur, aliran darah ke otak harus tetap berterusan mengikut keperluan.
Apabila perut juga sedang menjalankan aktiviti iaitu mencerna makanan, maka bekalan aliran darah menjadi terbahagi.
Dalam jangka panjang, bila kebiasaan ini diteruskan, otak mungkin kekurangan oksigen dan menyebabkan strok.
Oleh itu, hindari kebiasaan tidur setelah makan, terutama sewaktu makan sahur untuk puasa.
Bahaya tidur setelah makan sahur ini tidak boleh dipandang enteng. Jadi, jangan biasakan diri dengan tabiat yang merugikan kesihatan anda.
Lebih baik lakukan hal yang bermanfaat setelah sahur, seperti mengaji, membaca, dan berzikir. Jom berpuasa dengan lebih sihat.
[embed-health-tool-bmi]