Selalu Letih Masa Puasa? Nah, Ini 10 Makanan Penambah Tenaga Patut Dimakan Ketika Sahur

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 16/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Keletihan dan kelesuan antara perkara biasa untuk dialami kebanyakan individu. Tetapi ada makanan penambah tenaga yang boleh membekalkan tenaga yang diperlukan. Ingin tahu?

10 jenis makanan penambah tenaga

Kekurangan tenaga boleh mendatangkan kesan dalam kesibukan menjalani kehidupan seharian dan menjadikan anda kurang produktif.

Pemakanan memainkan peranan penting dalam mengekalkan kecergasan harian dan artikel ini akan membantu mengenal pasti antara makanan penambah tenaga yang boleh diambil dalam diet pemakanan anda.

#1. Pisang

Pisang mungkin merupakan antara makanan terbaik untuk membekalkan tenaga.

Merupakan makanan yang mudah dibawa, ia kaya dengan sumber karbohidrat, potasium, serat dan vitamin B6, yang berfungsi meningkatkan tenaga dalam tubuh dan menggalakkan fungsi otot secara berterusan.

#2. Oat

Sejenis makanan karbohidrat kompleks; penuh serat dan nutrien, kaya dengan vitamin dan mineral yang membantu proses pengeluaran tenaga.

Ia dicerna dengan perlahan dan membekalkan tenaga dengan perlahan-lahan. Mengandungi beta-glucan, sejenis serat larut yang membentuk gel tebal apabila bergabung dengan air.

#3. Ikan berlemak

Ikan berlemak seperti salmon atau tuna adalah sumber protein, asid lemak dan vitamin B yang baik, menjadikannya makanan hebat untuk dimasukkan ke dalam diet anda.

Kandungan asid lemak omega-3 dapat membantu mengurangkan kemurungan dan meningkatkan emosi.

Lemak sihat yang terdapat dalam salmon adalah baik untuk jantung; menurunkan tekanan darah dan menghindari kolesterol buruk.

#4. Telur

telur - membekalkan tenaga

Kandungan kalori sebiji telur hanyalah 70 kalori, tetapi hanya mempunyai 6 gram protein. Ia mempunyai lebih banyak nutrien bagi setiap kalori berbanding kebanyakan makanan lain, yang membantu mengatasi kelaparan.

#5. Ayam

Isi ayam tanpa kulit adalah sumber protein yang sangat sihat. Ia mengandungi kurang lemak tepu yang tidak sihat seperti daging lain; lembu dan kambing. Mengambil sekeping ayam panggang bersama sayuran kukus pada waktu makan tengah hari memberikan ada rasa kenyang sehingga waktu makan malam.

#6. Ubi keledek

Selain memiliki rasa yang enak, ubi keledek kaya dengan sumber tenaga berkhasiat. Kandungan serat dan karbohidrat kompleks yang menjadikannya ia sumber tenaga yang dicerna pada kadar yang perlahan.

Ia juga merupakan sumber tenaga yang membantu dalam fungsi pemecahan nutrien untuk menghasilkan tenaga.

#7. Kopi

Merupakan antara pilihan ramai individu sebagai punca tenaga kafein pagi. Kopi sangat berkesan dalam meningkatkan tenaga dan membuatkan anda lebih fokus.

Tetapi pastikan anda mengambilnya dalam kadar yang sederhana. Pengambilan kafein secara berlebihan boleh membuatkan kegelisahan dan mengganggu tidur.

#8. Air

Kekurangan air menyebabkan dehidrasi yang mengakibatkan kelesuan dan keletihan. Air amat penting dalam kehidupan. Ia mewakili 60% berat tubuh dan melibatkan terlibat dalam pelbagai fungsi dalam tubuh termasuk penghasilan tenaga.

Jika anda rajin bersenam, pastikan anda meminum air yang secukupnya untuk menjadikan anda kekal bertenaga.

#9. Coklat gelap

coklat-makanan-penambah-tenaga

Jika anda teringin untuk memakan sesuatu yang manis, coklat merupakan pilihan yang terbaik. Ia rendah kandungan gula berbanding gula-gula atau coklat susu. Ia terbukti dapat meningkatkan emosi dan fungsi otak.

Antioksidan dalam koko membantu melindungi sel, merendahkan tekanan darah dan memperbaiki tekanan darah. Ia dalam menjadikan anda lebih bertenaga dan sihat.

Coklat gelap mempunyai kandungan lemak, jadi semak label dan pastikan jumlah yang kandungannya adalah rendah.

#10. Mentega kacang

Walaupun ia merupakan makanan berkalori tinggi, ia sebenarnya membantu dalam memberikan rangsangan tenaga yang hebat. Lemak, protein, dan serat sihat membantu mencegah kelaparan dan mengekalkan tahap gula dalam darah.

Kesimpulannya

Di atas merupakan antara makanan yang dapat membantu mempertingkatkan tenaga anda. Sebenarnya terdapat pelbagai lagi jenis makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat, serat dan vitamin yang dapat menjana tenaga dan boleh diambil sebagai tambahan dalam diet pemakanan harian anda. 

Sentiasa semak dan nilai apa yang anda ambil dalam pemakanan anda untuk memastikan anda kekal bertenaga di samping memberikan pelbagai manfaat kesihatan yang lain.

Jika keliru, dapatkan rundingan daripada pakar pemakanan bertauliah, okay?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    10 Fakta Menarik Mengenai Sistem Pencernaan Manusia Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    Sistem pencernaan manusia mempunyai peranan penting dalam menguraikan makanan dan minuman yang diambil kepada khasiat nutrien.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 31/12/2020 . 4 minit bacaan

    Penghidap Batu Karang Buah Pinggang MESTI Kurangkan Makan Makanan Ini!

    Tahukah anda, ada beberapa jenis makanan tinggi oksalat yang boleh menyebabkan batu karang buah pinggang? Apakah jenis makanan tersebut?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Batu Karang, Urologi 17/12/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Amalkan Minum Air Sebelum Tidur! Jika Tak Kena Gayanya, Boleh Ganggu Tidur

    Air, seperti yang kita tahu, adalah sumber penghidratan yang penting buat tubuh manusia. Tetapi, apakah manfaat atau keburukan minum air sebelum tidur?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Tidur Berkualiti 17/12/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Ada Fibroid Tak Boleh Makan Makanan Bersoya: Fakta @ Auta?

    Apabila bercakap mengenai masalah fibroid rahim, pasti ada yang mengaitkannya dengan pemakanan, antaranya adalah makanan yang mengandungi soya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 16/12/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    makanan tidak berkhasiat

    Memori Otak Anda Akan Lebih ‘Power’ Kalau Kurang Ambil 5 Jenis Makanan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    makanan berkafein

    Bukan Kopi Saja, Tapi 9 Makanan Harian Ini Juga Ada Kafein! Patutlah Mata Selalu Cerah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    minum kopi

    Boleh Kurangkan Kafein Dalam Kopi Dengan Tambah Susu – Fakta Atau Auta?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    kopi panas

    Tabiat Minum Kopi Boleh Turunkan Risiko Kanser Kolorektal, Tapi Berapa Limit Sehari?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 13/01/2021 . 3 minit bacaan