backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Kanak-kanak Cerewet Bab Makan? Amalkan 5 Tips Ini Untuk Atasinya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17 jam lalu

    Kanak-kanak Cerewet Bab Makan? Amalkan 5 Tips Ini Untuk Atasinya!

    Anak anda seorang yang cerewet apabila tiba waktu makan? Masalah anak picky eater ini boleh berlaku kepada mana-mana ibu bapa, terutamanya apabila si manja sudah mula mengenali lebih banyak pilihan makanan. Isu ini mungkin dilihat sebagai perkara biasa, namun ia sebenarnya boleh memberi kesan kepada tumbesaran kanak-kanak. Apakah kaitan antara anak tak nak makan dengan tumbesarannya? 

    Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini? Ini penerangan lanjut berkenaan isu anak cerewet makan. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Mengapa anak tak nak makan?

    anak tak nak makan

    Masalah anak cerewet tentang makanan atau picky eater ini merupakan isu yang sering kali mengundang kebimbangan ibu bapa. 

    Keadaan ini berlaku apabila kanak-kanak enggan atau menolak untuk mencuba makan pelbagai jenis makanan, terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan. 

    Anda mungkin tidak begitu pasti apakah punca yang menyebabkan anak begitu memilih atau tidak mahu makan makanan yang diberi. 

    Berikut adalah antara punca biasa yang mungkin menyebabkan anak tak nak makan.

    #1. Anak tak nak makan kerana sakit

    Apabila anak anda jatuh sakit, mereka mungkin hilang selera makan 1

    Jika ini berlaku kepada anak anda, jagalah mereka sehingga sembuh seperti sediakala. 

    Selera makan akan datang kembali dengan sendirinya tanpa memerlukan sebarang rawatan.

    #2. Gangguan persekitaran

    Kanak-kanak selalu bersikap ingin tahu terhadap perkara yang berlaku di sekeliling mereka. 

    Ini menyebabkan perhatian mereka mudah terganggu hanya disebabkan oleh sesuatu yang menarik seperti televisyen atau alat permainan 2

    Gangguan seperti ini akan menyebabkan mereka alpa dan terleka sehingga tidak mahu makan.

    #3. Tidak gemar rasa makanan tertentu punca anak tak nak makan

    Antara sebab lain mengapa kanak-kanak sering kali enggan untuk makan adalah disebabkan oleh rasa makanan tersebut. 

    Kebanyakan kanak-kanak mempunyai kecenderungan untuk menolak makanan yang rasanya tidak menarik di lidah mereka, terutamanya sayur-sayuran.

    Ini mungkin disebabkan oleh rasa sayuran yang pahit atau kurang menyelerakan berbanding dengan makanan lain yang lebih digemari seperti makanan segera atau snek yang manis 3.

    Kurang pendedahan dalam mencuba pelbagai jenis rasa makanan sejak kecil, boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi cerewet dan sukar untuk menerima rasa baharu dan lebih semula jadi seperti rasa sayur-sayuran.

    Kesan negatif jika anak terus cerewet memilih makanan

    Isu anak tak nak makan atau memilih makanan ini tidak hanya mempengaruhi keperluan nutrisi harian mereka, tetapi juga boleh memberi impak negatif terhadap pertumbuhan kanak-kanak 4

    Ini termasuklah aspek ketinggian dan berat badan mereka. 

    Kanak-kanak yang cerewet makan cenderung untuk mengambil makanan yang kurang seimbang dari segi nutrisi 5

    Ia boleh menyebabkan mereka kekurangan nutrien penting seperti protein, zink, zat besi, vitamin D dan kalsium yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat 5

    Kekurangan nutrien ini kemudiannya boleh menyebabkan masalah pertumbuhan seperti bantut dan isu berat badan (kekurangan berat badan atau obesiti), bergantung kepada jenis makanan yang mereka pilih 6

    penyebab kanak-kanak bantut

    Dalam jangka masa panjang, tabiat anak tidak mahu makan ini boleh menyumbang kepada masalah kesihatan yang lebih serius seperti anemia, masalah perkembangan kognitif, dan masalah kesihatan kronik lain pada masa hadapan 7

    Oleh sebab itu, amat penting bagi ibu bapa dan penjaga mengenal pasti serta mengatasi masalah ini pada peringkat awal. 

    Ini untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan yang sihat bagi kanak-kanak.

    Apa perlu buat jika anak tak nak makan atau memilih makanan?

    Bagi anda yang mempunyai anak picky eater, anda boleh cuba kaedah-kaedah di bawah ini untuk menggalakkan si manja makan pelbagai jenis makanan berkhasiat yang dihidangkan. 

    Kaedah-kaedah ini juga boleh membantu mengelakkan sebarang masalah yang boleh mengganggu tumbesaran mereka:

    #1. Sediakan pilihan makanan

    Sediakan pelbagai jenis makanan berkhasiat dan biarkan anak memilih sendiri makanan yang mahu dimakan 8

    Ini merupakan idea yang baik kerana ia dapat memberikan akses kepada kanak-kanak untuk menerokai makanan baharu dengan sendiri. 

    Perlu diingat, anda tidak perlu memaksa mereka untuk mencuba makanan yang baharu.

    #2. Hidangkan makanan kegemaran jika anak tak nak makan

    Jika anda kerap menghidangkan makanan kegemaran anak, ia pasti akan menaikkan selera makan mereka. 

    Namun, pastikan hidangan itu mestilah seimbang dan berkhasiat. 

    Anda boleh membuat senarai makanan kegemaran anak dan dapatkan khidmat nasihat daripada pakar nutrisi untuk mempelbagaikan jenis masakan dan cara hidangannya. 

    #3. Jadikan makanan lebih menarik

    Kanak-kanak mudah tertarik dengan sesuatu yang mereka gemari atau menarik perhatian mereka. 

    Oleh itu, ibu bapa perlulah lebih kreatif dalam penyediaan makanan agar anak tertarik untuk mencuba dan makan makanan yang dihidangkan. 

    Sebagai contoh, anda boleh membuat bentuk tertentu seperti kartun atau bentuk haiwan pada potongan buah-buahan atau sayuran anak 9

    Selain itu, hidangkan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran dengan warna berlainan untuk menarik minat si manja makan. 

    #4. Anak tak nak makan nasi? Tarik perhatian dengan snek sihat

    Kanak-kanak biasanya tidak makan banyak seperti orang dewasa dalam satu-satu waktu makan. 

    Oleh itu, untuk memastikan mereka sentiasa kenyang dan mendapat keperluan nutrisi yang mencukupi, anda boleh memberikan snek yang berkhasiat dalam sela masa antara waktu makan. 

    Antara contoh snek sihat ialah seperti potongan buah, biskut bijirin penuh, buah-buahan kering, aiskrim jus buah, kepingan keju, smoothie, pau kukus, sandwic dan kekacang 10

    #5. Berikan susu yang kaya nutrisi

    anak tidak mahu makan

    Apabila anak tak nak makan dengan kerap, nutrisi harian yang diperlukan oleh tubuh badan semestinya tidak akan mencukupi. 

    Jika keperluan nutrisi harian tidak dicapai, maka ia boleh mengakibatkan masalah tumbesaran sehingga boleh menjejaskan ketinggian dan berat badan anak. 

    Salah satu cara untuk membantu memenuhi pengambilan nutrien harian anak anda ialah dengan formula mengejar pertumbuhan.

    Mengapa? Ini kerana formula mengejar pertumbuhan mengandungi nutrien-nutrien yang penting untuk menyokong peningkatan ketinggian dan berat badan anak.

    Oleh itu, ibu bapa perlulah memberi formula mengejar pertumbuhan untuk membantu anak anda mengejar pertumbuhan yang baik.

    Antara kandungan penting yang mesti ada dalam formula mengejar pertumbuhan anak adalah:

    • Tinggi protein: Susu tersebut mestilah tinggi protein kerana protein menyediakan asid amino penting yang membantu kanak-kanak membesar dan berkembang dengan baik 11
    • Tinggi kalori: Formula mengejar pertumbuhan yang tinggi kalori menyediakan sumber tenaga yang padat untuk aktiviti harian anak anda 12, 1kcal/ml tenaga dapat membantu kanak-kanak mengejar pertumbuhan yang baik
    • Tinggi zink dan zat besi: Zink penting dalam pertumbuhan fizikal kerana ia terlibat dalam sintesis DNA, selain memainkan peranan dalam pertumbuhan sel. Ia juga boleh membantu merangsang rasa lapar 13 14. Zat besi pula penting kerana ia membantu dalam pembentukan sel darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh badan 15. Proses ini penting untuk pembangunan otot dan sel, dan menyokong pertumbuhan fizikal yang sihat. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia yang menghambat pertumbuhan dan perkembangan normal kanak-kanak 16
    • 0% sukrosa: Apabila kanak-kanak terdedah kepada makanan yang mengandungi tahap kemanisan yang tinggi, mereka akan cenderung untuk memilih makanan/minuman manis. Oleh itu, berilah anak anda susu formula kurang manis ataupun 0% sukrosa untuk mengelakkan mereka cerewet makan

    Susu formula mengejar pertumbuhan seperti ASCENDA® adalah susu formula pemakanan lengkap dengan 38 nutrien penting untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan anak anda.

    Susu ini diformulasikan secara saintifik untuk menyokong pertambahan ketinggian dan berat badan kanak-kanak seawal dalam masa 3 minggu. 

    ASCENDA® mengandungi 20% lebih protein*, 28% lebih kalsium* dan memenuhi 100% keperluan harian zink dan zat besi dengan setiap 2 hidangan**. Selain itu, ia juga mengandungi 0% sukrosa.

    anak tidak mahu makan

    ASCENDA® juga mengandungi Sphigomyelin & DHA, yang berfungsi untuk membantu perkembangan kognitif anak anda.

    Pengambilan dua gelas susu ASCENDA® setiap hari boleh membantu memenuhi keperluan nutrisi harian dan menyokong pertumbuhan anak anda.

    Dapatkan sample PERCUMA formula tumbesaran sekarang!

    Kesimpulan

    Tabiat memilih makanan oleh anak boleh memberikan kesan terhadap perkembangan dan pertumbuhan mereka. 

    Oleh itu, ibu bapa perlu bertindak dengan cara yang tepat dan berkesan untuk memastikan kekurangan nutrisi ini tidak menjejaskan pertumbuhan anak yang sihat. Amalkan tip-tip yang dikongsi di atas untuk atasi masalah anak tak nak makan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17 jam lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan