backup og meta

Berpuasa Tapi Makan Banyak Masa Sahur & Iftar? Cuba 5 Tip Ini Agar Tak Naik Berat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu

    Berpuasa Tapi Makan Banyak Masa Sahur & Iftar? Cuba 5 Tip Ini Agar Tak Naik Berat!

    Ramadan bulan untuk berpuasa, namun mengapa ramai yang sukar untuk menurunkan berat badan. Adakah tips kurus di bulan puasa yang boleh diamalkan?

    Di samping menunaikan kewajiban agama untuk berpuasa di siang hari, individu juga boleh mengambil kesempatan ini sebagai peluang untuk menurunkan berat badan!

    Jadi, ini adalah masa yang tepat untuk anda ingin diet pada bulan puasa.

    Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mandalam lagi untuk mengetahui tips kurus di bulan puasa.

    Tips kurus di bulan puasa yang efektif!

    Hello Doktor akan membantu anda dengan menyediakan beberapa tips kurus di bulan puasa yang efektif. Jom baca ini:

    #1. Kira kalori makanan semasa iftar dan sahur

    Ramai yang kata puasa untuk kurus namun kurang peduli akan kalori.

    tips kurus di bulan puasa
    Kira kalori makanan anda.

    Buat anda yang masih kurang jelas, kalori adalah kiraan kandungan tenaga yang terdapat dalam masakan dalam unit kcal.

    Tubuh badan kita sangat memerlukan kalori ini untuk terus berfungsi dengan baik.

    Namun, orang kita kebiasaannya mengabaikan aspek ini sehingga mengakibatkan terkurang atau terlebih mengambilnya dari apa yang diperlukan terutamanya ketika ramadan.

    Tidak percaya? Lihat sahaja meja makan anda bila tiba waktu iftar dan sahur!

    Jadi, sebelum merancang untuk menyediakan hidangan, sila kira kalori makanan yang hendak diambil.

    #2. Minum air putih dengan secukupnya

    Tiba sahaja ramadan, sudah pasti kita akan mencari minuman yang jarang kita jumpa seperti air katira dan lain-lain. Ya, ia memang mengiurkan namun perlu dikawal ya!

    Ini kerana kebanyakan air yang dijual di bazar ramadan tinggi kandungan gula, lemak, bahan pewarna dan bahan perasa yang tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan terutamanya dalam aspek pengawalan berat badan.

    tips kurus di bulan puasa
    Lebihkan minum air kosong.

    Oleh itu, ikutilah nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mencadangkan untuk minum 8 gelas air kosong sehari mengikut waktu ini:

    • Selepas bangun sahur
    • Selepas bersahur
    • Selepas azan Maghrib
    • Selepas solat Maghrib
    • Selepas berbuka
    • Selepas solat Isyak
    • Selepas solat Tarawih
    • Sebelum masuk tidur

    Tips kurus di bulan puasa #3. Lauk berbuka dan sahur dimasak dengan cara rebus

    Ayam percik? Ayam golek? Memang terdapat banyak menu lauk lazat yang boleh diambil untuk berbuka dan bersahur. Pun begitu, jangan sampai tersalah pilih.

    Untuk anda yang ingin kurus di bulan puasa ini, sila elak dari mengambil lauk yang berlemak, bergoreng atau berminyak. Ini semua hanya akan meningkatkan risiko perut menjadi boroi.

    Sebaliknya, sila pilih lauk yang dimasak dengan cara rebus kerana ia tentunya lebih sihat untuk tubuh badan anda.

    #4. Ambil lebih banyak sayur dan buah

    Jika anda bukan peminat makanan dari jenis ini, ia adalah waktu untuk anda berubah.

    Tidak, kami tidak meminta anda menjadi seorang vegetarian. Sebaliknya, ambil lebih banyak sayur dan buah sepanjang ramadan.

    Ini kerana ia adalah menu yang boleh membekalkan serat dan vitamin pada tubuh badan.

    Dengan cara makan di bulan puasa ini, sistem penghadaman anda sudah tentu akan menjadi lebih lancar dan sihat.

    Antara sayur-sayuran dan buahan-buahan yang anda boleh ambil ketika bersahur dan berbuka adalah salad, tembikai, epal, strawberi dan lain-lain.

    kekurangan sayur dan buah
    Tanda badan kekurangan sayur dan buah.

    Gunakanlah kreativiti anda untuk mencampurkannya dalam masakan!

    Jadi, ada 5 perkara anda perlu tahu jika ingin kurus di bulan puasa iaitu:

    • Minum cukup air putih
    • Kalori makanan yang tepat
    • Cara masakan yang betul
    • Lebihkan sayur dan buah
    • Kekal cegas

    #5. Kekal cergas semasa Ramadan

    Akhir sekali, janganlah anda jadikan berpuasa sebagai alasan untuk tidur dan malas sepanjang hari.

    Walaupun tidak larat untuk bersenam, adalah wajar untuk anda kekal cergas dengan melakukan kerja rumah.

    Di samping usaha merebut pahala pula, lakukanlah solat Terawih sebagai antara tips kurus di bulan puasa.

    Ini kerana detox di bulan puasa dapat membakar banyak kalori dalam tubuh badan sehingga 200-300 kcal bergantung kepada durasi dan suhu persekitaran rumah ibadat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan