backup og meta

Sering Dengar Bunyi Bising & Bingit Ketika Tidur? BAHAYA! Anda Mungkin Ada Kondisi Ini

Sering Dengar Bunyi Bising & Bingit Ketika Tidur? BAHAYA! Anda Mungkin Ada Kondisi Ini

Sindrom kepala meledak, turut dikenali sebagai exploding head syndrome adalah gangguan tidur malam yang menyebabkan seseorang individu mendengar bunyi yang kuat ketika dalam transisi tidur nyenyak.

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai punca, gejala, dan rawatan bagi gangguan ketika tidur, sindrom kepala meledak ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan tidur, anda boleh klik di sini.

Apa itu exploding head syndrome?

Sindrom ini adalah parasomnia. Parasomnia mungkin merangkumi pergerakan tidak normal, tingkah laku, emosi, persepsi atau mimpi yang tidak normal.

Selain itu, exploding head syndrome terdiri daripada bunyi kuat yang anda terbayangkan secara tiba-tiba sebelum tidur.

Ia seakan satu letupan yang meletup di kepala anda dan ia juga boleh berlaku ketika anda bangun pada waktu malam.

Ini juga dapat dijelaskan dengan cara berikut:

  • Bunyi kuat yang tidak menyakitkan
  • Bunyi seakan instrumen muzik simbal
  • Sebiji bom yang meletup

Walaupun ia mungkin kelihatan seakan kurang membimbangkan, namun episod sebegini boleh menyebabkan tekanan dan ketakutan yang tinggi dalam diri seseorang.

Ramai individu yang mengalami masalah ini berpendapat bahawa mereka mengalami strok. Jumlah serangan ketika tidur ini juga berbeza-beza dan jarang berlaku.

Di samping itu, ia juga boleh berlaku berkali-kali dalam satu malam dan berpotensi mengganggu tidur anda.

Punca gangguan tidur malam, sindrom kepala meledak ini masih tidak diketahui dan mungkin berlaku dengan lebih kerap apabila anda terlalu letih atau mengalami tekanan.

Sindrom ini juga sering dikelirukan dengan sindrom sakit kepala yang lain. Tetapi gangguan ketika tidur ini biasanya tidak menyakitkan.

Apakah simptom-simptomnya?

gangguan tidur malam

Sekiranya anda mengalami exploding head syndrome ini, anda akan mendengar bunyi letupan yang kuat ketika anda tertidur atau ketika anda bangun pada waktu malam.

Ia dikategorikan sebagai 2 kategori, pertama adalah jenis halusinasi hipnogogik, dan yang kedua adalah jenis halusinasi hipnopompik.

Walaupun ia hanya sekadar halusinasi yang dibayangkan, namun suara dalam sindrom tersebut terasa sangat realistik pada masa kejadian.

Bunyi bising ini akan dapat membuat anda terjaga dan menyukarkan tidur. Ia mungkin berlaku sekali sahaja, atau anda mungkin mempunyai pengalaman yang berulang.

Beberapa individu juga melihat kilatan cahaya bersama dengan bunyi yang kuat. Gejala-gejala tambahan lain termasuk:

Punca-punca sindrom kepala meledak

Para penyelidik tidak dapat mengumpul maklumat banyak mengenai sindrom kepala meledak ini dan terdapat pendapat yang berbeza mengenai penyebabnya.

Sebilangan saintis berpendapat ia mungkin diakibatkan oleh:

Walau bagaimanapun, bunyi kuat yang anda dengar mungkin tidak berkaitan dengan sindrom tersebut. Ini mungkin disebabkan oleh perkara-perkara lain, seperti:

Diagnosis gangguan tidur malam

Bagi mendapatkan diagnosis yang tepat, anda mesti berjumpa dengan pakar sekiranya masalah gangguan ketika tidur ini menyebabkan anda berasa cemas atau mengganggu masa rehat anda.

Ini kerana doktor perlu mengetahui bila bunyi yang dibayangkan tersebut bermula, berapa kerap kejadian itu berlaku dan berapa lama ia berlangsung.

Selain itu, doktor perlu mengetahui sejarah perubatan lengkap anda. Pastikan anda memaklumkan tentang penggunaan ubat-ubatan dan perawatan kesihatan masa lalu atau sekarang.

Beritahu juga doktor anda jika anda pernah mengalami gangguan tidur malam yang lain dan ketahui sama ada anda mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah tidur yang sama.

Ujian biasanya tidak diperlukan untuk seseorang individu yang mengalami sindrom ini dan doktor mungkin meminta anda melakukan sleep study jika masalah ini sangat mengganggu tidur.

Ujian ini dipanggil polysomnogram, adalah ujian yang digunakan untuk mendiagnosis gangguan ketika tidur.

Ia akan merakam gelombang otak, degupan jantung, dan pernafasan anda semasa tidur. Ia juga berfungsi untuk merakam bagaimana tangan dan kaki anda bergerak.

Justeru, ujian ini akan membantu mendedahkan jika bunyi kuat yang dialami berkaitan dengan gangguan tidur yang lain.

Bagaimanakah gangguan tidur malam ini dirawat?

Tidak ada rawatan standard untuk mengubati sindrom kepala meledak ini kerana rawatan anda akan bergantung pada usia, gejala lain, dan sejauh mana gejala ini mempengaruhi kehidupan.

Bagi sesetengah individu, jenis ubat-ubatan tertentu dapat membantu. Ini termasuklah ubat-ubatan yang mempengaruhi aktiviti neurologi, seperti antikonvulsan dan antidepresan trisiklik.

Penyelesaian rawatan lain termasuk:

Selain itu, clomipramine dan antidepresan, adalah rawatan biasa diberikan kepada mereka yang mengalami masalah ini.

Di samping itu, anda boleh melakukan beberapa perkara yang lain.

Contohnya, jika anda cenderung mempunyai lebih banyak episod ketika anda mengalami tekanan, anda boleh mencari cara untuk mengurangkan masalah ini. Cuba:

gangguan tidur malam

Sekiranya anda masih lagi mengalami masalah gangguan tidur malam ini, segera berjumpa dengan doktor untuk diagnosis dan rawatan.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Exploding Head Syndrome. https://sleepeducation.org/sleep-disorders/exploding-head-syndrome/#what-is-exploding-head-syndrome. Accessed on May 4, 2021.

Exploding Head Syndrome. https://www.sleepassociation.org/sleep-disorders/more-sleep-disorders/exploding-head-syndrome/. Accessed on May 4, 2021.

Ali, A. S., Aftab, A., & Ajaz, A. (2017). Exploding Head Syndrome with Co-morbid Sleep Apnea. Oman medical journal, 32(2), 172–173. https://doi.org/10.5001/omj.2017.32 (Retraction published Oman Med J. 2020 Apr 23;35(2):e124). Accessed on May 4, 2021.

Bollu, P. C., Goyal, M. K., Thakkar, M. M., & Sahota, P. (2018). Sleep Medicine: Parasomnias. Missouri medicine115(2), 169–175. Accessed on May 4, 2021.

Ganguly, G., Mridha, B., Khan, A., & Rison, R. A. (2013). Exploding head syndrome: a case report. Case reports in neurology5(1), 14–17. https://doi.org/10.1159/000346595. Accessed on May 4, 2021.

Versi Terbaru

14/04/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Akupuntur Boleh Mengurangkan Kekejangan Otot

Sering Berjaga Setiap Malam? Ini KESAN Buruk Jika Tak Tidur Sehari Hingga Lebih 3 Hari, BAHAYA!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 14/04/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan