backup og meta

Kuat Berdengkur Masa Tidur? Buat 12 Cara Ini Untuk Kurangkan Bunyi Dengkuran Anda

Kuat Berdengkur Masa Tidur? Buat 12 Cara Ini Untuk Kurangkan Bunyi Dengkuran Anda

Jika anda tidur berdengkur, anda sendiri mungkin tidak menyedarinya. Namun, ia boleh mengganggu orang lain seperti pasangan dan ahli keluarga anda. Bagaimana berdengkur boleh terjadi dan apakah cara hilangkan dengkur yang berkesan? Lihat di bawah ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Tidur, anda juga boleh klik di sini.

Bagaimana dan mengapa dengkur berlaku?

Berdengkur merupakan satu isu yang kerap dihadapi oleh ramai individu, terutamanya dalam kalangan mereka yang berusia antara 30 hingga 40 tahun.

Fenomena ini bukan sahaja mengganggu tidur anda sendiri, tetapi juga individu lain yang tidur bersama anda.

Berdengkur berlaku apabila terdapat halangan dalam aliran udara melalui saluran pernafasan atas semasa sedang tidur.

Hal ini sering terjadi akibat daripada kelemahan otot leher, kegemukan, atau bentuk anatomi rahang dan tekak yang unik.

Pergerakan udara yang terhalang menyebabkan getaran pada tisu lembut di tekak, lalu menghasilkan bunyi berdengkur yang kita kenali.

5 cara hilangkan dengkur kuat

Dengkur boleh sebabkan bunyi kuat ketika tidur.
Dengkur boleh sebabkan bunyi kuat ketika tidur.

Bagi individu dewasa, bunyi dengkur yang dihasilkan biasanya lebih kuat berbanding kanak-kanak atau remaja.

Oleh itu, anda boleh lihat cara hilangkan dengkur seperti di bawah ini:

#1. Mengubah posisi tidur 

Tidur terlentang boleh menyebabkan lidah dan tisu lembut di tekak jatuh ke belakang dan menyekat saluran udara.

Mengubah posisi tidur seperti tidur secara mengiring boleh membantu mengurangkan halangan ini.

#2. Kurangkan berat badan

Berat badan berlebihan sebenarnya boleh menyebabkan lemak terkumpul di sekitar leher lalu menyempitkan saluran udara.

Menurunkan berat badan dapat membantu melebarkan saluran udara tersebut dan menghilangkan bunyi berdengkur ketika tidur.

#3. Elakkan pengambilan minuman beralkohol

Alkohol boleh mengendurkan otot-otot tekak, menyebabkan otot ini lebih mudah bergetar dan menghasilkan bunyi berdengkur.

Elakkan pengambilan alkohol dapat membantu mengurangkan intensiti kejadian berdengkur.

#4. Menguruskan alergi atau alahan

Alergi atau alahan yang tidak terkawal boleh menyebabkan kesesakan hidung dan kesukaran bernafas.

Menguruskan alergi dengan pengambilan ubat atau perubahan gaya hidup akan mengurangkan masalah berdengkur anda. 

#5. Guna alat bantu pernafasan 

Alat seperti CPAP (continuous positive airway pressure) boleh membantu menghantar aliran udara secara berterusan ke dalam saluran pernafasan anda.

Ia membantu memastikan agar saluran pernafasan ini tetap terbuka semasa tidur, seterusnya mengurangkan bunyi dengkuran. 

4 cara hilangkan dengkur secara tradisional

Contoh minuman yang boleh mengurangkan dengkur.
Contoh minuman yang boleh mengurangkan dengkur.

Terdapat juga beberapa kaedah atau kaedah hilangkan dengkur cara tradisional yang boleh dicuba untuk mengurangkan bunyi dengkuran.

Antaranya ialah:

#1.Madu dan halia antara kaedah hilangkan dengkur cara tradisional 

Campuran madu dan halia dikatakan mempunyai sifat antiradang dan dapat membantu mengurangkan pembengkakan dalam saluran pernafasan.

Bengkak dalam saluran pernafasan juga boleh menyebabkan dengkur.

#2. Minyak eucalyptus juga petua hilangkan dengkur

Minyak ini diketahui dapat membantu membuka saluran nafas yang tersumbat dan memudahkan pernafasan semasa anda sedang tidur.

#3. Senaman lidah dan rahang antara petua hilangkan dengkur

Senaman lidah dan rahang dilakukan bertujuan untuk menguatkan otot-otot di sekitar mulut dan tekak.

Kaedah ini juga dapat mengurangkan kecenderungan untuk berdengkur.

#4. Teh herba boleh jadi petua hilangkan dengkur

Teh herba seperti chamomile dikatakan boleh membantu mengendurkan otot dan mengurangkan kekejangan yang boleh menyebabkan kejadian berdengkur.

3 cara hilangkan dengkur kanak-kanak

Untuk golongan kanak-kanak, anda boleh cuba tiga cara di bawah ini untuk mengurangkan bunyi dengkuran mereka:

#1. Kurangkan pendedahan kepada alergen

Ibu bapa hendaklah memastikan bilik tidur anak anda bebas daripada debu dan alergen lain.

Ini boleh membantu mengurangkan kesesakan hidung dan dengkuran dalam kalangan kanak-kanak.

#2. Senaman pernafasan

Latihan pernafasan ini bertujuan untuk menguatkan otot pernafasan kanak-kanak, yang boleh membantu mengurangkan masalah berdengkur.

#3. Rujuk kepada pakar perubatan

Mendapatkan nasihat daripada pakar pediatrik adalah penting untuk memastikan bunyi dengkuran anak anda bukanlah disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius.

Kesimpulan

Dengan mengamalkan kaedah-kaedah yang dinyatakan di atas, kita boleh mengurangkan atau mengatasi masalah berdengkur yang berlaku.

Namun,anda juga perlu berjumpa doktor jika masalah ini berlanjutan atau memberi kesan buruk terhadap kualiti hidup anda. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How to Stop Snoring: 10 Ways to End Noisy Nights. https://www.sleepfoundation.org/snoring/how-to-stop-snoring. Diakses pada November 16, 2023. 

Snoring. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/snoring/diagnosis-treatment/drc-20377701. Diakses pada November 16, 2023.

How to Stop Snoring: Remedies, Devices, and Cures. https://www.helpguide.org/articles/sleep/snoring-tips-to-help-you-and-your-partner-sleep-better.htm. Diakses pada November 16, 2023.

How To Stop Snoring. https://health.clevelandclinic.org/how-to-stop-snoring/. Diakses pada November 16, 2023.

5 ways to stop snoring for good. https://www.piedmont.org/living-better/5-ways-to-stop-snoring-for-good. Diakses pada November 16, 2023.

Versi Terbaru

28/10/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ini Jumlah Tidur yang Diperlukan Mengikut Usia! Anda Kumpulan Yang Mana Satu?

Kenapa Susah Sangat Nak Tidur? Ini 10 Perkara Anda Mungkin Buat Tanpa Sedar!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan