backup og meta

Rambut Selalu Berbau Dan Bercabang, Ini Rupanya 5 Kesilapan Yang Selalu Anda Buat

Rambut Selalu Berbau Dan Bercabang, Ini Rupanya 5 Kesilapan Yang Selalu Anda Buat

Memandangkan anda menggunakan semua jenis produk pada rambut dengan kerap untuk menggayakannya, tidak hairanlah mengapa ia menjadi punca rambut rosak. 

Rambut anda boleh rosak, seperti bercabang atau berbau. Di samping itu, semakin tua, rambut anda kian menipis dan pudar.

Tetapi, anda masih boleh memperbaiki kerosakan tersebut. Apa yang anda perlu lakukan: Berhenti melakukan kesilapan-kesilapan asas, dan ikut kaedah pemulihan yang dicadangkan oleh penata rambut terkemuka untuk mengembalikan rambut sihat.

5 Punca rambut rosak 

Terlalu Banyak Membasuh Rambut

Asasnya, rambut hanya perlu dibasuh apabila diperlukan. Menurut kebanyakan penata rambut, yang “diperlukan” adalah setiap dua hingga tiga hari.

Jika lebih, anda menghadapi risiko kehilangan strukutr semula jadi rambut dan minyak pelindung yang mengekalkan kekilatan dan kesihatannya. Ini khususnya benar bagi mereka yang mewarnakan rambut mereka, basuh yang berlenihan boleh mengurangkan kecantikan warnanya.

Terdapat uga faktor-faktor yang lain. Jika anda banyak bersenam dan berpeluh pada waktu siang, pastinya susah untuk menunggu selama 3 hari. Dalam kes ini, cuba gunakan syampu kering dan perapi di hujung rambut sahaja.

Punca rambut rosak – Perapi Rambut Lebih Dari Yang Diperlukan

punca rambut rosak

Anda perlu menggunakan perapi pada hujung rambut hanya untuk mengelakkan rambut berminyak sahaja, bukan pada kulit kepala. Bermula dengan jumlah kira-kira saiz duit shiling 10 sen, dan cuba untuk menyapu sama rata di seluruh rambut. Jika perlu, tambahkan jumlah itu, tetapi jangan melebihi saiz suku.

Salah syampu 

Walaupun ia tidak menunjukkan apa-apa kesan kesihatan yang serius, bahan kimia ini telah dikenal pasti boleh mengeringkan rambut, kulit, dan kulit kepala, atau menghilangkan warna rambut.

Jika terdapat kekusutan, kerinting atau hujung rambut bercabang, cuba syampu tanpa sulfat. Ia boleh membersihkan rambut anda dengan lancar. Sila ingat ia tidak akan memberikan anda rambut selembut rambut yang asal.

Tidak Menggunakan Perapi Rambut 

punca rambut rosak

Ia mungkin kedengaran seperti satu pilihan, tetapi menggunakan yang perapi yang mendalam akan memberikan keajaiban terutamanya jika rambut anda kering, rosak, atau bercabang.

Sila jaga rambut anda, gunakan topeng rambut sekurang-kurangnya sekali seminggu. Biasakan diri untuk memanjakan rambut anda dan anda akan melihat hasilnya.

Syampu dan Perapi Rambut Yang Sama Sejak Sekolah 

Dengan senaman, badan anda terbiasa selepas beberapa ketika. Jadi anda perlu mencabar diri anda untuk melakukan set yang lebih berat. Begitu juga, rambut anda sudah terbiasa dengan syampu dan perapi anda dan tidak bertindak balas dengannya.

Jika anda kurang komited, simpan beberapa formula yang berbeza di bilik mandi untuk digunakan bergantung kepada rambut anda. Rasa kering? Gunakan perapi rambut yang mendalam. Jika rasa rambut rapuh, gunakan formula yang lebih ringan. Lebih kerinting daripada biasa? Gunakan pelembap.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hair-loss/diagnosis-treatment/drc-20372932

https://www.aad.org/public/diseases/hair-loss/insider/stop-damage

Hair, Formaldehyde, and Industrial Hygiene

https://medlineplus.gov/hairproblems.html

https://www.aad.org/public/diseases/hair-loss/hair-care/styling

Versi Terbaru

20/06/2023

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Daun Lidah Buaya Bukan Setakat Bagus Untuk Rambut & Kulit, Tapi Boleh Juga Rawat Luka!

Suka Pintal Rambut Guna Jari? Ini Mungkin Tanda Anda Alami Masalah Sakit Jiwa, OCD!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 20/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan