Mengapa Rambut Masih Berminyak Selepas Mencucinya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Adalah suatu yang sangat mengecewakan apabila mempunyai rambut yang berminyak walaupun sudah memcucinya. Selain tidak selesa dengan keadaan itu, rambut berminyak juga menyebabkan penampilan kelihatan tidak menarik, dah lebih teruk ia mengakibatkan kemunculan kelemumur dan juga jerawat pada wajah. Oleh itu, sebelum mencari produk perjagaan rambut, baca dahulu faktor-faktor ini.

Kekurangan vitamin B

Vitamin B berfungsi untuk melancarkan pengeluaran minyak, menjaga kelembapan serta menyihatkan rambut. Oleh itu, kekurangan vitamin B mengakibatkan pengeluaran minyak berkumpul pada kulit, termasuk kulit kepala. Untuk mencegah masalah ini, pastikan anda mengambil vitamin B secukupnya. Pengambilan vitamin B2 dan B6 boleh membantu mencegah rambut berminyak dan mengawal pengeluaran sebum.

Berlebihan pelembap

Kesilapan ini dilakukan dengan niat yang terbaik. Anda mungkin berfikir untuk menjaga rambut anda, jadi anda menggunakan pelembat secara berlebihan, tetapi sebenarnya tidak perlu melakukannya. Hujung rambut anda memerlukannya lebih daripada akarnya, dan apabila menggunakannya terlalu banyak pada akar ia menyebabkan rasa berminyak. Untuk merawatnya, anda hanya perlu meletakkan pelembap pada hujung rambut sahaja.

Terlalu kerap syampu

Ya, anda mencuci rambut untuk membersihkan minyak, tetapi malangnya, ia tidak membantu. Malah, syampu harian boleh melepaskan minyak semulajadi kulit. Jadi ia menghasilkan lebih banyak dalam usaha untuk menggantikannya. Cuba hadkan atau kurang mencuci rambut pada setiap hari atau sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu.

Guna terlalu banyak produk

Menggunakan terlalu banyak produk rambut seperti pelembap, serum, gel rambut, wax, dan sebagainya boleh menyebabkan ia membina kulit kepala dan menimbulkan kesan pada fungsi kelenjar sebum. Ini boleh menjadi masalah yang lebih besar jika produk ini berasaskan alkohol. Produk-produk ini, bercampur dengan sebum, boleh menyebabkan keguguran rambut dan kelihatan berminyak.

Berlebihan penggunaan haba

Menggunakan terlalu banyak haba pada rambut eperti melalui penggunaan mandian panas, pengeringan yang kerap, seterika pelurusan dan alatan perapi lambut lain. Ini menggalakkan kelenjar sebum berkerja dalam keadaan berlebihan dan menghasilkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan rambut anda berminya. Oleh itu, untuk menyelesaikannya bilas rambut anda menggunakan air sejuk.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tip Elak Rambut Berbuah

    Tabiat mengikat rambut ketika basah, atau memakai tudung dalam keadaan rambut masih belum kering menyebabkan rambut berbuah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 27/06/2018 . 2 minit bacaan

    Mengapa Rambut Botak lebih Kerap Berlaku dalam Kalangan Lelaki?

    Masalah rambut botak lebih sinonim dikaitkan dengan kaum lelaki. Terdapat beberapa faktor lain mengapa lelaki lebih kerap mengalami rambut botak.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 27/06/2018 . 3 minit bacaan

    Cara Menangani Kelemumur

    Kelemumur boleh dikawal dengan mengikut rutin penjagaan rambut yang sihat. Anda juga boleh mencuba beberapa rawatan sampingan yang mudah. Memang benar bahawa rawatan semulajadi mengambil masa untuk menunjukkan hasil ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 30/04/2018 . 2 minit bacaan

    Tip Penjagaan Rambut Berminyak

    Rambut berminyak kelihatan berat, tidak bermaya dan kotor jadi selalunya dianggap sebagai masalah dalam penampilan seseorang. Sebenarnya, rambut berminyak adalah hasil daripada pengeluaran minyak yang berlebihan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/04/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    rambut gugur

    Umur Muda Lagi Tapi Rambut Sudah Makin Menipis, Mengapa Agaknya Ya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 11/11/2019 . 3 minit bacaan
    punca rambut gugur

    12 Makanan Atasi Rambut Gugur Yang Boleh Dicuba & Tips Semulajadi Lebatkan Rambut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/08/2019 . 5 minit bacaan
    rambut berbuah

    5 Sebab Kenapa Rambut Berbuah Terjadi, Lebih-Lebih Lagi Buat Yang Bertudung!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 20/08/2019 . 8 minit bacaan

    Tip Penjagaan Rambut Berminyak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 13/09/2018 . 2 minit bacaan