5 Posisi Senggama Dalam Bilik Air Yang Suami Isteri MESTI Cuba Sekurang-Kurangnya Sekali!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Dalam kehidupan berumah tangga, seks boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Ini sangat penting untuk memastikan hubungan intim mempunyai unsur ‘surprise’ yang sangat diperlukan.

Antara trik yang boleh dilakukan adalah dengan mengajak pasangan berasmaradana di kamar mandi! Persoalannya, bagaimana seks dalam tandas boleh dibuat dengan jayanya?

Usah khuatir, ayuh kita sama-sama ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui jawapannya.

Adakah ia normal & selamat?

tandas

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, suami isteri perlu tahu mengenai perkara ini terlebih dahulu. Jawapannya, ya!

Seks dalam tandas adalah normal dan selamat untuk dilakukan dalam kehidupan seks suami isteri asalkan ia dilakukan dengan cara yang betul.

Walaupun ia dikatakan sebagai normal dan selamat, tapi masih ada risikonya. Antara perkara yang anda perlu ambil berat adalah risiko jangkitan kuman, kemungkinan untuk tergelincir atau terjatuh serta kemungkinan untuk privasi anda berdua diganggu.

Jadi, sila pastikan anda telah bersedia dengan langkah berjaga-jaga yang lebih rapi!

Posisi seks dalam tandas yang paling sesuai

seks

Dalam pada itu, antara perkara paling penting yang perlu dipraktikkan untuk suami isteri menjayakan seks dalam tandas adalah posisi bersenggama itu sendiri.

Sebenarnya, tiada masalah untuk melakukan sebarang posisi jika kalian mempunyai kesungguhan. Namun, ia masih boleh mendatangkan pelbagai risiko.

Untuk mengelakkan anda tergelincir atau terjatuh ketika beraksi di dalam bilik air, sila amalkan posisi seks berikut:

#1. Standing doggy style

Jika di kamar tidur, sudah pasti posisi doggy style yang tradisional biasa dilakukan bukan? Pun begitu, sila hati-hati semasa melakukan ini di bilik air ya!

Kalian perlu mengubahnya sedikit dengan cara berdiri semasa melakukannya. Ia bertujuan agar kalian berdua dapat berpijak lantai tandas untuk mengelak sebarang kemalangan.

Caranya, isteri perlu merehatkan tapak tangan di dinding sambil menonggeng dengan lutut dibengkokkan sedikit.

Kemudian, suami perlu memasukkan zakar dan mendayung mengikut rentak yang diingini sambil tangan meraba tubuh badan pasangan.

#2. Sit and ride

Buat anda yang tertanya-tanya, ia adalah posisi seks yang lebih kurang sama seakan woman on top, cuma ia dilakukan dengan cara pasangan duduk di lantai bilik air.

Caranya, minta suami duduk di lantai tandas atau di dalam tab, jakuzi dan di mana-mana sahaja kawasan yang boleh diduduki. Kemudian, isteri hanya perlu duduk di atas dan menghadap suami. Sambil berpelukan, jalankan aktiviti penetrasi kalian.

#3. Get a leg up

Posisi apakah ini? Secara mudahnya, ia adalah posisi seks yang memerlukan pasangan berdiri menghadap satu sama lain sambil satu kaki diangkat ketika penetrasi dijalankan.

Caranya, kalian hanya perlu berdiri menghadap masing-masing. Kemudian, suami boleh mula memasukkan zakar ke dalam faraj dengan keadaan satu kaki isteri diangkat ke atas.

Adalah lebih baik jika isteri berdiri sambil bersandar di dinding untuk mengelak kemalangan yang tidak diingini.

#4. Got my back

Untuk pengetahuan anda, posisi ini adalah serupa dengan posisi yang tadi. Perbezaannya, ia dilakukan dengan pasangan wanita perlu membelakangi lelaki.

Caranya, anda dan pasangan perlu berdiri sambil isteri membelakangi suami dengan keadaan satu kaki dinaikkan ke atas.

Untuk lebih selamat, disarankan agar isteri merehatkan kaki di atas dinding untuk elak kejadian tidak diingini. Kemudian, bercandalah dengan penuh nikmat.

#5. The chairperson

Tidak dapat bayangan yang jelas? Ia adalah posisi seks yang dilakukan ketika kedua-dua pasangan dalam keadaan yang duduk sambil zakar dimasukkan ke dalam faraj.

Caranya, ia memerlukan pasangan lelaki duduk di atas kerusi atau mangkuk tandas sambil pasangan wanita duduk di atas dan membelakanginya ketika penetrasi dijalankan. Untuk lebih keselamatan, suami digalakkan memeluk isteri agar tidak berlaku sebarang kemalangan tidak diingini.

Tip seks dalam tandas yang perlu diamalkan

seks

Selain posisi, terdapat beberapa tip yang anda dan pasangan perlu amalkan ketika melakukan seks dalam bilik mandi.

Berikut adalah tip-tip yang kalian berdua perlu amalkan:

  • Menggunakan kondom agar dapat melindungi diri dari jangkitan kuman serta mengelakkan kehamilan luar jangkaan
  • Dapatkan persetujuan pasangan terlebih dahulu dan jangan memaksa
  • Jauhkan dari tempat yang licin seperti dinding atau lantai bilik air
  • Jangan bersenggama terlalu lama kerana banyak kuman di dalam tandas
  • Jaga privasi dengan tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu bising ketika beraksi
  • Usai berintiman, jangan lupa untuk mandi dan membersihkan diri sebelum memulakan aktiviti yang lain

Konklusinya, seks dalam bilik air adalah bagus!

Kesimpulannya, tiada sebarang masalah untuk anda dan pasangan melakukan seks dalam tandas.

Cuma pastikan anda ikuti cadangan posisi seks serta tip yang kami berikan ini ya? Paling penting, utamakan keselesaan dan keselamatan kalian!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tak Tahu Sudah Lepas Waktu Subur Atau Belum? Kenal Pasti 5 Tanda Ovulasi TIDAK Berlaku

    Proses ovulasi adalah perkara normal berlaku pada badan secara automatik. Tetapi apakah tanda boleh dikenal pasti jika wujudnya masalah kesuburan wanita?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Keinginan Nafsu Seksual Turun Naik Masa Hamil? 5 Perkara Inilah PUNCANYA

    Kenapa keinginan seks atau libido wanita hamil ada naik turunnya semasa tempoh kehamilan? 5 perkara ini mungkin punca utamanya yang tidak anda ketahui.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 16/10/2020 . 3 minit bacaan

    Seks Semasa Haid Bukan Sahaja Kotor Tapi Juga Bahaya! Kalian Mungkin Terkena Penyakit Ini!

    Rasanya ramai yang tahu kita tidak digalakkan buat seks semasa haid tanpa tahu sebabnya bukan? Jom sama-sama ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

    Terangsang Apabila Pasangan Angkat Ketiak? Anda Mungkin Termasuk Dalam Golongan Ini!

    Semua orang lahir dengan fantasi seks yang tersendiri. Bagaimana dengan ketiak manusia? Adakah ia normal atau tidak? Jom klik untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 08/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    alat permainan seks

    Jangan Cuma Tahu Guna, Ketahui Dulu Manfaat & Mudarat ‘Sex Toy’ Dalam Bersenggama!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    suami isteri

    Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda ‘Kaki Kongkong’! Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit gonorea

    Nampak Macam Sama, Tapi Jangkitan Gonorea & Klamidia Ini Sangat Berlainan! Ini Bezanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit radang pelvik

    Malu Nak Jumpa Doktor, Penyakit Radang Pelvik Boleh Sembuh Sendiri Tanpa Rawatan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan