backup og meta

Nak Alis Mata Rapi Dan Cantik? Gunakan Teknik Benang Kening, Tapi Awas 5 Bahaya Ini!

Nak Alis Mata Rapi Dan Cantik? Gunakan Teknik Benang Kening, Tapi Awas 5 Bahaya Ini!

Kebanyakan wanita pasti mengimpikan untuk memiliki bulu kening yang rapi, kemas lagi cantik. Maka dengan itu, tidak kurang ramai yang telah cuba pelbagai jenis teknik rawatan dan salah satu daripadanya adalah benang kening atau threading. Apakah ia?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Apa itu teknik threading kening?

Untuk pengetahuan anda semua, threading adalah teknik untuk merapikan atau mencantikkan alis mata dengan cara menyingkirkan bulu halus di sekitar menggunakan benang.

Dengan cara ini, maka individu akan dapat membuang bulu yang tidak perlu dan membentuk alis mata yang lebih simetri tanpa perlu menconteng dengan menggunakan alat solekan.

Apa yang lebih menarik, dipercayai bahawa teknik ini akan membuatkan alis mata tampak lebih semula jadi serta mungkin akan tahan lebih lama kerana bulu itu dicabut satu persatu.

Pun begitu, anda mungkin tidak boleh melakukan prosedur threading ini seorang diri kerana ia bukan sahaja agak sulit untuk dipraktikkan, malahan wujud risiko dan bahaya tersembunyi terutama jika tangan, jari dan benang yang digunakan itu tidak disanitasi.

Bagaimana pula jika anda bercadang untuk cuba teknik threading bulu kening? Apakah langkah awal untuk melakukannya?

bulu kening

Bagaimana cara buat threading kening?

Apa yang akan diperlukan untuk anda buat teknik benang kening ini adalah sangat mudah dan murah iaitu hanya gulungan benang halus khas yang akan dijadikan lingkaran.

Kemudian, ia akan diputarkan beberapa kali sehingga mula berbentuk seperti jam pasir. Benang itu akan diletakkan di atas bulu kening yang ingin disingkirkan oleh anda.

Pergerakan ketika hendak membuang alis mata itu adalah hampir sama seperti menggunting kertas, dengan satu tangan membuka lingkaran dan satu lagi menutup lingkaran.

Dalam pada itu, ia juga perlu dilakukan dengan cepat lagi cermat agar anda tidak rasa sakit atau gatal apabila bulu halus ditarik dan dibuang keluar dengan teknik threading.

Prosedur ini juga sesuai buat anda yang mahu memperbaiki kening namun punya masalah kulit sensitif lalu tidak boleh menggunakan cara lain seperti tweezing, waxing atau microblading.

Ini adalah risiko dan bahaya yang bakal jadi jika melakukannya!

Ya, memang betul bahawa teknik threading bulu kening ini dipercayai mudah caranya dan murah kosnya. Tetapi, anda juga tidak boleh lupa bahawa semua perkara itu sudah pasti ada pro dan kontra.

Sebenarnya, wujud beberapa risiko dan bahaya akibat teknik benang kening ini seperti berikut:

#1. Kesakitan pada kulit

Ia adalah kesan sampingan yang paling umum kerana prosedur ini sudah tentu akan memberikan kesan rengsa kepada kulit sama ada semasa ataupun selepas anda tamat menjalaninya.

Cuma, jangan hanya berdiam diri tanpa berbuat apa-apa jika kesakitan yang anda rasai itu terlalu teruk dan panjang. Dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor anda.

bulu kening

#2. Kemerahan pada kulit

Seusai prosedur ini tamat, area di sekitar alis mata anda mungkin akan jadi merah akibat daripada reaksi tubuh badan yang akan meningkatkan aliran darah ke kawasan tersebut.

Efek ini hanya berlaku angkara reaksi tubuh badan anda yang ingin memulihkan ‘kerosakan’ akibat prosedur itu dan akan hilang sendiri kelak.

#3. Kebengkakan pada kulit

Bukan sahaja akan merah, kawasan kulit yang mengalami ‘kerosakan’ itu juga mungkin akan bengkak akibat peningkatan aliran darah ke sekitar alis mata yang menerima rawatan.

Kebengkakan ini biasa akan berlaku selama beberapa minit hingga jam dan mungkin akan pulih dengan lebih cepat lagi jika anda gunakan rawatan tuaman hangat atau dingin.

#4. Bulu tumbuh ke dalam

Bulu tumbuh ke dalam atau ingrown hair ini boleh terjadi apabila bulu kening terputus di bawah kulit ketika proses threading dijalankan dan mungkin lebih sering berlaku kepada individu dengan karakteristik alis mata yang sangat tebal.

bulu kening

Kesannya, maka bulu yang baru itu ada risiko untuk tumbuh ke dalam dan menjejaskan kulit anda.

Akibat threading bulu kening #5. Infeksi

Paling teruk dan bahaya, individu juga mungkin boleh terkena infeksi mikrobiom termasuk kulat, bakteria dan virus akibat penggunaan alat seperti benang yang tidak bersih.

Menurut kajian terbitan Indian Journal of Dermatology, sejumlah individu yang usai melakukan threading alis mata didiagnosis positif infeksi Molluscum Contagiosum.

Ia adalah sejenis infeksi akibat virus yang boleh menjadi punca munculnya bintik kecil pada kulit wajah.

Konklusinya, teknik merapikan dan mencantikkan alis mata ini mungkin mudah cara dan murah kosnya tetapi ada risiko serta bahaya di sebaliknya! Fikir banyak kali sebelum cuba buat ya?

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Eyebrow Threading, https://www.acne.org/forums/topic/313913-eyebrow-threading/, Accessed Apr 18 2022.
  2. Everything You Need to Know About Shaping Eyebrows: Threading, Waxing and Tweezing, https://www.estheticianedu.org/brow-shaping/, Accessed Apr 18 2022.
  3. 5 Ways to Get Overplucked Eyebrows to Grow Back, https://health.clevelandclinic.org/5-ways-to-get-overplucked-eyebrows-to-grow-back/, Accessed Apr 18 2022.
  4. Know the Risks of Eyebrow and Eyelash Enhancement, https://www.aao.org/eye-health/news/eyebrow-eyelash-coloring-could-harm-your-vision, Accessed Apr 18 2022.
  5. Permanent makeup, https://www.gundersenhealth.org/services/plastic-surgery/face/permanent-makeup/, Accessed Apr 18 2022.

Versi Terbaru

07/07/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Nak Buat 'Eyelash Lifting' Untuk Bulu Mata Lentik? Kena Tahu 6 Risiko Ini Dulu!

Aneka Petua Melebatkan Bulu Mata, Tapi Awas Dengan Produk Yang Ada Bahan Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan