backup og meta

Aneka Petua Melebatkan Bulu Mata, Tapi Awas Dengan Produk Yang Ada Bahan Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 29/07/2021

    Aneka Petua Melebatkan Bulu Mata, Tapi Awas Dengan Produk Yang Ada Bahan Ini!

    Jika ditanyakan pada kaum wanita yang menjaga penampilan, pasti mereka ada banyak petua melebatkan bulu mata tersendiri.

    Bagi yang secara semula jadi tidak mempunyai banyak bulu pada kawasan ini, alternatifnya adalah menggunakan gam bulu mata.

    Namun jika inginkan impak yang tampak lebih ‘natural’, mungkin kalian boleh cuba petua berikut. Pun begitu, awas produk dengan bahan ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkannya di sini.

    Petua melebatkan bulu mata cara natural!

    Bulu mata sebenarnya diciptakan untuk melindungi mata daripada anasir kecil dan jahat seperti debu, habuk, pasir dan lain-lain.

    Ia akan bertindak sebagai pengesan yang akan membawa refleks kelopak mata untuk berkelip jika berdepan anasir tidak baik.

    Namun ada individu yang hanya mempunyai bulu mata halus atau kurang akibat kondisi seperti hypotrichosis.

    ibu mengandung pakai alat solek

    Jika anda ingin melebatkan bulu pada kawasan ini, mungkin boleh cuba beberapa petua tradisional seperti berikut:

    #1. Minyak vitamin E

    Meskipun belum dapat dibuktikan secara saintifik, ramai individu yang percaya bahawa minyak ini mampu memberi kesan positif pada bulu mata.

    Ia mungkin didasari oleh faktor di mana vitamin jenis ini merupakan tonik semula jadi yang mampu melebatkan dan menguatkan rambut serta bulu.

    #2. Minyak zaitun

    Minyak zaitun secara semula jadinya memang kaya dengan asid lemak yang boleh bertindak sebagai emolien untuk bulu kulit yang sihat.

    Ia bukan sahaja bagus untuk rambut dan bulu, malahan juga adalah baik untuk disapukan pada kulit bagi melembapkan dan melicinkannya.

    #3. Minyak kelapa

    Selain minyak zaitun, minyak kelapa juga merupakan tonik semula jadi yang selalu digunakan untuk tujuan melebatkan bulu seperti rambut.

    Ada kajian yang mengatakan bahawa penggunaannya sebelum dan selepas mencuci rambut, mampu membuat rambut kuat dan sukar gugur.

    #4. Mentega shea

    Tidak pernah dengar tentangnya? Untuk pengetahuan anda, ia sangat kaya dengan antioksidan yang mampu meningkatkan kolagen kulit.

    Bukan itu sahaja, ia juga dikatakan boleh mengurangkan kerosakan radikal bebas dari persekitaran sekali gus menguatkan dan melebatkan bulu mata.

    gam bulu mata

    Petua melebatkan bulu mata #5. Serum

    Antara cara yang paling terbukti dek saintifik, sudah wujud pelbagai jenis serum yang bertindak sebagai tonik untuk melebatkan bulu.

    Bulu di kawasan muka seperti rambut, misai, janggut, jambang, kening serta bulu mata mungkin boleh mendapat manfaat melaluinya.

    Pun begitu, ada beberapa syarat yang kalian perlu tahu sebelum menggunakan produk serum ini!

    Awas produk dengan bahan ini!

    Petua-petua yang kami telah nyatakan di atas tadi hanyalah sekadar cara atau usaha yang boleh anda cuba tanpa menjamin tahap keberkesanannya.

    Ini kerana kebanyakan bahan-bahan itu masih belum dapat dibuktikan secara saintifik bahawa ia benar-benar mampu melebatkan bulu mata.

    Selain itu, ada juga risiko di mana bahan-bahan tersebut boleh membawa bahaya terhadap mata.

    Sebagai contoh, kebanyakan produk serum untuk melebatkan bulu di kawasan muka itu mengandungi sejenis bahan bernama jeli petroleum.

    Jeli petroleum ini boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan seperti berikut:

    Disebabkan kebanyakan produk ini akan digunakan pada muka, maka wujud risiko bahawa kawasan sekitar kulit mungkin terjejas.

    Begitu juga dengan kawasan di sekitar mata!

    Ini kerana sudah jelas kebanyakan produk akan menyarankan pengguna untuk elak daripada menyapu di kawasan sekitar mata.

    petua melebatkan bulu mata

    Gam bulu mata itu mungkin berbahaya?

    Bagi mengelakkan bahaya bahan ini terjadi kepada mata dan kulit anda, maka adalah lebih baik untuk mengelakkan daripada menggunakannya.

    Antara alternatif yang sebenarnya jauh lebih baik adalah dengan menggunakan teknik solekan untuk memanjangkan atau melebatkan bulu mata.

    Pun begitu, solekan seperti ini akan menggunakan gam bulu mata bagi tujuan menyambung atau melekat bulu mata palsu jika perlu.

    Apa yang bahayanya mengenai alat ini adalah ada risiko ia terlekat dengan kuat dan terlalu sukar untuk ditanggalkan.

    Akibatnya, bulu mata asli anda berisiko untuk tercabut serta mengakibatkan kerengsaan pada kawasan kelopak mata.

    Konklusinya, sila rujuk dengan doktor jika anda mahu mencuba sebarang petua melebatkan bulu mata ataupun sekadar cuma mahu menyolek kawasan tersebut.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 29/07/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan