backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Nak Buat 'Eyelash Lifting' Untuk Bulu Mata Lentik? Kena Tahu 6 Risiko Ini Dulu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 01/07/2021

Nak Buat 'Eyelash Lifting' Untuk Bulu Mata Lentik? Kena Tahu 6 Risiko Ini Dulu!

Kegilaan yang mula melanda dunia kecantikan dan solekan akhir-akhir ini adalah eyelash lifting atau turut dikenali sebagai prosedur melentikkan bulu mata.

Bulu mata yang lentik dan panjang menjadi idaman bukan sahaja para wanita, bahkan golongan Adam kerana tarikannya yang cukup memikat hati.

Namun sebelum anda membuat keputusan untuk melakukan prosedur ini, adalah dinasihatkan agar anda sedar akan risiko-risikonya terlebih dahulu.

Apa itu eyelash lifting?

Ia satu proses yang akan membuatkan bulu mata anda berada dalam keadaan yang melentik dan melengkung dengan memakai larutan dan alat-alatan yang spesifik.

Tetapi jangan risau kerana formula yang digunakan untuk merapikan rambut adalah berlainan dengan eyelash lifting, kerana rawatan untuk melentikkan bulu mata menggunakan formulasi yang lebih lembut.

Ia juga tidak sama dengan kaedah eyelash perming seperti yang sebelumnya, yang mana telah wujud selama bertahun-tahun lamanya.

Kaedah lama perming bulu mata merangkumi formula yang berbeza dan alat-alatan berlainan untuk menghasilkan bulu mata yang lentik.

Rawatan itu bahkan dilarang oleh beberapa negara pada tahun awal tahun 2000, malah amaran terhadap satu krim perapan pada akhir tahun 1980-an turut pernah dikeluarkan.

Kesan sampingan eyelash lifting

bulu mata lentik

Oleh sebab eyelash lift adalah prosedur yang agak baru, kajian terhadap kesan sampingan pemakaiannya masih terhad.

Kerengsaan kulit mungkin merupakan risiko terbesar bagi prosedur ini.

Walaupun krim pelindung diletakkan di sepanjang garis bulu mata untuk mengelakkan gam keratin masuk ke dalam kulit anda, namun kaedah ini tidak mampu untuk membendung kulit sepenuhnya.

Anda juga mungkin lebih mudah untuk terkesan oleh bahan kimia yang terkandung dalam larutan jika anda mempunyai sejarah masalah mata kering, alergi, atau kulit sensitif.

Kesan sampingan daripada prosedur ini termasuklah:

  • Ruam
  • Kulit kemerahan
  • Mata kering
  • Mata berair
  • Keradangan
  • Bulu mata lebih rapuh

Apa yang perlu diketahui mengenai prosedur melentikkan bulu mata?

Prosedur melentikkan bulu mata ini bakal memerlukan masa sekitar 45 minit untuk disiapkan dan anda juga harus memastikan bahawa kelopak mata dan bulu mata anda bersih daripada sebarang kotoran dan kesan solekan.

Walaupun prosedur lentik bulu mata ini diiklankan sebagai selamat, namun proses itu sendiri melibatkan beberapa bahan kimia, termasuk keratin buatan.

Ahli estetik sering menggunakan gam pada kelopak mata untuk meletakkan roller silikon, yang digunakan untuk membentuk bulu mata lentik.

Bahan kimia yang digunakan akan memecahkan ikatan disulfida pada helai bulu, memungkinkan untuk membentuk semula helaian bulu tersebut.

Kaedah bulu mata ini kadangkala digabungkan dengan proses pewarnaan, yang bermaksud lebih banyak bahan kimia digunakan pada kawasan mata anda.

Sekiranya anda mempunyai sejarah keadaan mata atau kulit tertentu, ramuan tersebut boleh menyebabkan berlakunya reaksi alahan. Antaranya ialah:

Apa lagi kaedah untuk mendapatkan kesan bulu mata lentik?

bulu mata lentik

Kaedah ini rata-rata bertahan sekitar 6 minggu, jadi anda perlu kembali dan melakukan prosedur ini lagi untuk mengekalkan hasilnya.

Semakin banyak anda melakukan prosedur ini, semakin besar kemungkinan anda akan mengalami kesan sampingan pada suatu ketika.

Sama ada anda sudah mengalami kesan sampingannya atau belum, anda masih berisiko tinggi untuk mendapatkannya lagi setiap kali prosedur dibuat.

Namun masih terdapat alternatif lain untuk mendapatkan hasil bulu mata yang lentik, ini termasuk:

  • Maskara curling: Seperti kaedah eyelash lifting, anda boleh menggunakan maskara bila-bila pun anda mahu. Cari maskara yang mempunyai wand serta warna yang paling sesuai dengan warna bulu mata semula jadi anda. Selain itu, formula yang kalis air juga akan memanjangkan masa pemakaian kerana ia tahan terhadap kelembapan
  • Pengepit bulu mata: Alat ini boleh digunakan setiap hari atau mengikut keperluan. Anda juga boleh menggunakannya untuk top-up maskara sepanjang hari dan kesannya akan hilang selepas anda mencucinya
  • Latisse: Ubat yang diluluskan oleh FDA, rawatan ini dirancang untuk individu yang menginginkan bulu mata yang lebih banyak, atau versi bulu mata yang lebih baik daripada apa yang mereka miliki. Dengan penggunaan harian di rumah, anda akan dapat melihat hasilnya sekitar 16 minggu. Walaupun ubat ini tidak menimbulkan risiko bagi mata anda, namun ia boleh menyebabkan bintik-bintik gelap di kulit sekitarnya

Kesimpulannya, jika anda masih ingin melakukan kaedah eyelash lifting ini namun takut andai menerima kesan sampingan, sila berjumpa dengan pakar bagi mendapatkan nasihat.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 01/07/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan