backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ada Masalah Kulit Jerawat Atau Berkedut? Berita Baik, Terapi Cahaya LED Boleh Membantu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan ¡ Perubatan dalaman atau am ¡ Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah ¡ Disemak pada 23/09/2021

    Ada Masalah Kulit Jerawat Atau Berkedut? Berita Baik, Terapi Cahaya LED Boleh Membantu!

    Pernah dengar tentang terapi cahaya LED? Ia adalah rawatan kulit tidak invasif yang popular bagi masalah jerawat, kerosakan akibat sinar matahari, luka, dan masalah kulit yang lain.

    Apa yang menariknya, terapi ini boleh dilakukan sama ada di klinik dermatologi ataupun hanya di rumah.

    Rawatan ini berfungsi dengan menggunakan gelombang cahaya panjang yang berbeza-beza untuk mencetuskan proses penyembuhan semula jadi bagi memperbaiki kulit.

    Kenali terapi cahaya LED

    Diod pemancar cahaya (LED) ini sudah diamalkan sejak tahun 1960-an, tetapi akhir-akhir ini ia mula digunakan sebagai rawatan kulit.

    Pihak NASA pada mulanya menghasilkan lampu LED untuk tujuan eksperimen terhadap perkembangan tumbuhan di angkasa.

    Namun, sejak itu, LED didapati menunjukkan hasil yang lebih menjanjikan dalam penyembuhan luka dan pertumbuhan tisu manusia.

    Gelombang cahaya panjang yang berbeza dalam lampu LED, termasuk biru dan merah, menembusi kulit pada kedalaman yang berbeza.

    Selain itu, penembusan ini boleh mencetuskan proses biologi yang membantu kulit kembali segar dan sembuh daripada sebarang masalah.

    • Cahaya biru

    Pakar percaya bahawa cahaya LED berwarna biru mengurangkan aktiviti pada kelenjar sebum, yang merupakan kelenjar penghasil minyak kecil di kulit.

    Pengurangan aktiviti ini menyebabkan kelenjar menghasilkan lebih sedikit minyak, yang membantu dalam menyembuhkan masalah kulit berjerawat.

    Cahaya biru juga dapat membunuh sejenis bakteria yang menyumbang kepada masalah jerawat dengan menyebabkan keradangan berlaku.

    Di samping itu, penyelidikan haiwan menunjukkan bahawa cahaya biru ini dapat meningkatkan penyembuhan luka terbakar darjah ketiga.

    • Cahaya merah

    Lampu LED berwarna merah ini dapat memperbaiki kesan parut dan tanda-tanda penuaan, seperti kedutan.

    Ini kerana ia boleh bertindak pada fibroblas, sel kulit yang bertanggungjawab untuk penghasilan kolagen, protein dalam kulit dan tisu penghubung.

    Tubuh kita tidak akan dapat menghasilkan jumlah kolagen yang sama akibat pertambahan usia, yang menyebabkan kulit mulai menunjukkan tanda-tanda penuaan.

    Cahaya merah juga berfungsi dalam penyembuhan dan masalah keradangan kulit.

    Antara kegunaan dan faedah terapi cahaya LED

    terapi cahaya masalah kulit

    Terapi cahaya LED dapat membantu merawat pelbagai masalah kulit, termasuk:

    • Jerawat
    • Dermatitis
    • Kulit kusam
    • Ekzema
    • Psoriasis
    • Rosacea
    • Kesan parut
    • Tanda-tanda penuaan, termasuk kedutan dan bintik-bintik gelap
    • Kerosakan matahari
    • Penyembuhan luka
    • Masalah keradangan kulit

    Salah satu faedah utama terapi ini adalah rekod keselamatannya kerana menurut penyelidikan, terapi ini mempunyai profil keselamatan yang sangat baik.

    Ia juga tidak mengandungi sinar UV, yang boleh membahayakan kulit. Tidak seperti pengelupasan kimia atau terapi laser, terapi ini tidak menyebabkan kesan luka bakar atau kemerahan.

    Di samping itu, rawatan ini juga selamat untuk semua jenis dan warna kulit.

    Adakah ia benar-benar berkesan?

    Penyelidikan menunjukkan bahawa terapi cahaya LED berkesan untuk penyembuhan luka dan jenis kerosakan kulit yang lain.

    Pada masa lalu, tentera laut menggunakan terapi ini untuk membantu dalam proses menyembuhkan luka.

    Apabila ia digunakan bagi prosedur kosmetik, beberapa kajian menunjukkan alat terapi cahaya LED ini dapat memperbaiki pelbagai masalah kulit, termasuk psoriasis dan jerawat.

    Menurut American Academy of Dermatology, individu dengan masalah jerawat dapat melihat peningkatan yang ketara apabila menggunakan terapi cahaya LED ini.

    Untuk mendapatkan hasil yang signifikan, anda bakal memerlukan beberapa sesi rawatan dan hasil terbaik dapat dilihat beberapa minggu selepas rawatan berakhir.

    Keselamatan dan kesan sampingan

    Secara umunya, terapi ini adalah selamat kerana prosedur ini bukan invasif dan tidak akan menyebabkan rasa terbakar atau sakit.

    Walau bagaimanapun, para pakar mengingatkan bahawa kesan jangka panjang peranti ini masih belum diketahui.

    Pun begitu, kesan sampingan jangka pendek jarang berlaku. Namun apabila ia berlaku, ia mungkin merangkumi masalah berikut:

    Namun, anda tidak boleh melakukan terapi ini jika mengambil ubatan tertentu, seperti isotretinoin (Accutane) atau menggunakan sebarang rawatan topikal yang menyebabkan kulit sensitif terhadap cahaya matahari.

    Bagi mereka yang sememangnya sudah mempunyai masalah kulit, lakukan konsultasi bersama pakar dermatologi terlebih dahulu sebelum melakukan terapi ini.

    Cara-cara penggunaan

    terapi cahaya LED

    Terapi cahaya LED boleh dilakukan di klinik yang profesional atau hanya di rumah.

    Semasa menjalani rawatan profesional, pakar dermatologi akan meminta para pelanggan untuk baring di bawah lampu LED.

    Setiap sesi akan berlangsung lebih kurang 20 minit, dan anda mungkin akan memerlukan 10 sesi.

    Manakala, menggunakan peranti LED di rumah mungkin lebih menyenangkan, namun, ia mungkin kurang berkesan jika dibandingkan dengan rawatan profesional.

    Peranti ini biasanya tersedia dalam bentuk topeng yang diletakkan pada wajah selama beberapa minit, ia juga sesuai digunakan pada mana-mana bahagian badan, termasuk tangan, leher, dan dada.

    Kesimpulan

    Terapi cahaya LED merupakan rawatan yang selamat untuk beberapa masalah kulit, termasuk jerawat, penuaan kulit, luka, dan lain-lain.

    Penyelidikan menunjukkan bahawa terapi ini mampu memberikan hasil yang menjanjikan, walaupun bukan bersifat kekal dan mungkin memerlukan rawatan susulan.

    Sekiranya anda berminat untuk mencuba terapi ini, dapatkan khidmat nasihat bersama pakar dermatologi anda terlebih dahulu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am ¡ Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah ¡ Disemak pada 23/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan