backup og meta

Cari Cara Untuk Putihkan Paha Gelap? Cuba 5 Petua Ini, Mana Tahu Berhasil Untuk Anda!

Cari Cara Untuk Putihkan Paha Gelap? Cuba 5 Petua Ini, Mana Tahu Berhasil Untuk Anda!

Ramai individu khususnya yang sudah berkahwin, amat prihatin tentang masalah kulit contohnya apabila kawasan celah paha mereka itu mula berubah gelap dan hitam! Persoalannya, kenapa dan bagaimana pula cara putihkan celah peha anda kembali?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Kenapa celah paha mudah gelap dan hitam?

Untuk pengetahuan anda semua, melanin akan mempengaruhi warna pada tubuh badan termasuk kulit, rambut dan mata. Tanpanya, bermakna individu itu mengalami kondisi bernama albino.

Penghasilan melanin yang tinggi di dalam tubuh badan bakal menyebabkan kulit individu itu lebih gelap. Hipotesisnya: lebih tinggi kadar melanin di dalam kulit, lebih gelap warna kulit individu.

Baca lagi artikel berkaitan:

Ini adalah faktor utama individu memiliki warna kulit yang lebih gelap sama ada pada seluruh atau sebahagian kulit sahaja terutama pada kawasan tersembunyi seperti celah paha masing-masing.

Dalam pada itu, wujud banyak lagi faktor yang mengakibatkan celah paha hitam iaitu hormon tidak seimbang, tekanan berat badan, geseran pada kulit, tabiat suka menggaru dan punca-punca lain.

cara putihkan celah peha

Sekiranya anda juga ada masalah hiperpigmentasi pada paha, kena tahu cara putihkan celah peha!

Bagaimana pula cara putihkan celah peha?

Mereka yang sudah berkahwin mungkin akan lebih sensitif dengan isu ini kerana khuatir pasangan mula hilang minat pada penampilan diri lantas memberi kesan kepada ajakan untuk bersama.

Tenang, kami ada beberapa cara untuk mencerahkan kembali kulit paha yang gelap seperti berikut:

#1. Gunakan serbuk tawas

Pertama, anda boleh cuba gunakan serbuk tawas. Buat anda yang belum tahu tentangnya, ia adalah sejenis garam berbentuk kristal yang banyak dijual di gedung produk dan herba tradisional.

Sudah digunakan sejak zaman dahulu lagi, ia begitu mudah digunakan. Jika anda cari cara nak putihkan celah peha, hanya perlu sapu pada kawasan kulit yang gelap untuk dicerahkan. Namun sila waspada dengan kesan sampingan sapuan ini.

Cara putihkan celah peha #2. Kunyit

Anda juga boleh gunakan ekstrak kunyit di dalam bentuk jus dengan cara sapukan pada celah paha dan biarkan ia kering sebelum dibilas hingga bersih. Memandangkan kunyit biasa dipakai sebagai masker kulit muka, maka ia mungkin ada impak yang positif.

cara putihkan celah peha

Cara putihkan celah peha #3. Timun

Biasa digunakan sebagai bahan dapur untuk menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata, timun juga mungkin berpotensi untuk memutihkan kawasan gelap pada celah paha. Caranya juga sama yakni disapu, dibiar dan dibilas untuk hasil yang lebih bagus.

#4. Sapukan ubat gigi, salah satu cara putihkan celah peha

Amat popular sebagai alternatif yang boleh disapukan pada kulit untuk memberi kelegaan akibat luka lecur atau kebakaran, bahkan ada juga individu yang menggunakan ia untuk memutihkan kulit.

Meskipun ramai yang kata begitu, anda perlu fikir banyak kali kerana ia tidak sesuai terutama bagi mereka dengan jenis kulit sensitif kerana kandungan ubat gigi yang mampu menghakis kulit.

#5. Skrub yogurt & oat

Dipercayai sesuai untuk mereka yang ada masalah kulit gelap dan kondisi lain seperti ekzema dan dermatitis, kandungan asid laktik di dalam yogurt dan oat mungkin bagus buat kulit anda.

Caranya, campurkan yogurt dengan oat dan kacaukan hingga ia sebati. Kemudian, sapukan sahaja kedua-duanya pada celah paha yang gelap, gosok, bilas dan ulangi rutin ini secara berkala.

Adakah bahan-bahan di atas benar membantu?

cara putihkan celah peha

Dalam pada itu, ada banyak lagi bahan yang dikatakan bagus sebagai cara nak putihkan celah peha termasuk madu, lemon, limau, kapur sirih dan lain-lain. Persoalannya, adakah ia benar?

Sebenarnya, bahan-bahan di atas itu hanya sekadar petua tradisional yang telah lama digunapakai. Tahap keberkesanannya masih belum dapat dibuktikan dan memerlukan kajian lanjut!

Menurut Pakar Ortodontik dan Usahawan Kosmetik, Dr Irma Shida, ada banyak bahan tradisional yang individu boleh cuba sebagai usaha untuk memutihkan kembali celah paha yang gelap.

“Antara bahan semula jadi yang paling efektif adalah gel lidah buaya kerana ia tinggi dengan kandungan aloin. Aloin ini dipercayai mampu memutihkan atau mencerahkan kulit dengan penggunaan secara konsisten.” – Dr Irma Shida

Konklusinya, bahan-bahan tradisional di atas itu tadi mungkin boleh membantu individu yang ada masalah kulit celah paha yang gelap namun ia boleh jadi tidak begitu efektif buat semua orang.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Pigmentation: Abnormal Pigmentation, https://my.clevelandclinic.org/health/articles/11014-pigmentation-abnormal-pigmentation, Accessed Aug 30 2022.
  2. Q&A: Can I Naturally Lighten Dark Inner Thighs?, https://blackdoctor.org/lighten-dark-inner-thighs/, Accessed Aug 30 2022.
  3. How to Whiten Your Skin Naturally, https://www.mhealthknowledge.org/skin-lightening.html, Accessed Aug 30 2022.
  4. Traditional Asian Herbs in Skin Whitening: The Current Development and Limitations, https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fphar.2020.00982/full, Accessed Aug 30 2022.
  5. The Dark Side of Skin Whitening, https://www.sapiens.org/biology/skin-whitening/, Accessed Aug 30 2022.

Versi Terbaru

12/06/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

10 Rawatan Dan Amalan Memutihkan Kulit Badan, Boleh Buat Di Rumah Sahaja!

9 Cara Memutihkan Ketiak Yang Hitam, Ini 9 Petua Moden Dan Tradisional!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan