backup og meta

10 Rawatan Dan Amalan Memutihkan Kulit Badan, Boleh Buat Di Rumah Sahaja!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/06/2023

    10 Rawatan Dan Amalan Memutihkan Kulit Badan, Boleh Buat Di Rumah Sahaja!

    Kebanyakan orang pasti mahu kulit badan yang serba mulus lagi cerah bukan? Maka, tidak hairan jika ramai individu yang gemar mencari produk dan cara memutihkan kulit badan mereka!

    Sebenarnya, ada beberapa jenis rawatan dan amalan memutihkan kulit badan yang amat berkesan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Sebelum anda cuba, fahami perkara ini!

    Untuk pengetahuan anda semua, warna kulit individu itu ditentukan oleh banyak faktor dan yang paling utama adalah genetik. Gen ini bakal mempengaruhi kadar melanin pada kulit badan.

    Melanin adalah sejenis zat semula jadi yang dihasilkan oleh sel di dalam kulit dan akan jadi aspek utama kulit individu jadi gelap. Hipotesisnya, semakin banyak melanin, semakin gelap kulit.

    Selain daripada genetik, kadar melanin juga boleh dipengaruhi oleh pendedahan cahaya matahari dan bahan kimia tertentu. Ini adalah alasan individu yang suka berjemur lebih gelap kulitnya.

    cara memutihkan kulit

    Dalam erti kata lebih mudah, warna kulit anda itu mungkin kekal dan tidak boleh diubah. Lagipun, siapa yang kata jika kulit gelap tidak cantik? Ia cuma satu stigma masyarakat yang tidak bagus!

    Pun begitu, adalah tidak salah juga jika anda masih ingin mencari dan mengamal cara memutihkan kulit badan asalkan ia efektif serta tidak pula memudaratkan. Teruskan baca di bawah ini.

    Rawatan memutihkan kulit badan klinikal

    Agar lebih selamat, anda mungkin perlu cuba cara memutihkan kulit badan klinikal yang berikut:

    Produk memutihkan kulit badan

    Pertama, anda boleh cuba dapatkan produk seperti krim topikal dengan preskripsi doktor kulit. Ia mungkin mampu untuk mengurangkan kadar melanin dan meratakan tona kulit tidak sekata.

    Elakkan guna produk tular di pasaran tanpa usul periksa, ia mungkin ada bahan kimia berbahaya seperti merkuri, hidrokuinon, kortikosteroid dan lain-lain yang boleh merosakkan kulit badan.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Dalam pada itu, ada banyak lagi rawatan klinikal yang anda boleh cuba tapi ia memakan kos dan masa.

  • Prosedur chemical peelingRawatan menyingkirkan sel kulit mati menggunakan bahan kimia yang membantu mencerahkan kulit selain memulihkan jerawat, kedutan, kerut serta cela
  • Prosedur laser resurfacingRawatan membuang sel kulit mati menggunakan terapi laser yang membantu mencerahkan kulit dengan cara menurunkan kadar melanin pada kulit
  • Microdermabrasion – Rawatan mengikis lapisan luaran kulit untuk menghasilkan yang baru dan lebih putih menggunakan alat berupa kristal bersaiz kecil
  • CryosurgeryRawatan menghapuskan sel melanin dengan total menggunakan gas nitrogen. Kesannya, tompok gelap akan hilang dan kulit badan keseluruhan boleh jadi lebih putih
  • Amalan memutihkan kulit badan di rumah

    Dalam masa sama, anda juga mungkin boleh cuba cara memutihkan kulit badan di rumah sahaja:

    #1. Ambil lebih banyak vitamin

    cara memutihkan kulit

    Sebenarnya, ada banyak jenis vitamin yang amat bagus untuk kulit khususnya vitamin B, C dan E. Selain meningkatkan penghasilan kolagen, vitamin-vitamin ini juga dapat melambatkan penuaan, mengelakkan kerosakan serta mengurangkan kedutan dan kerutan.

    #2. Hidrasi juga kunci utama

    Selalu dengar ayat ini bukan? Ia memang benar kerana kulit badan anda amat memerlukan cecair yang cukup agar kelembapan dan keanjalan serta kolagen dalam kulit terpelihara. Hasilnya, kulit anda akan nampak lebih cerah, mulus dan lembut apabila disentuh.

    Cara memutihkan kulit badan #3. Cukupkan tidur

    Ramai yang mungkin tidak mampu dapatkan tidur yang cukup atas faktor kerja, belajar atau lain-lain. Hakikatnya, tidur yang cukup itu akan mampu membuatkan kulit individu lebih putih serta sihat.

    Ini hasil daripada tubuh anda mampu menghasilkan kolagen dan melancarkan darah dalam kulit!

    Cara memutihkan kulit badan #4. Cergaskan badan

    Badan yang cergas akan buat jantung lebih kuat. Kesannya, ia mampu mengepam darah, oksigen dan nutrien agar ia dapat mengalir lebih banyak ke seluruh tubuh badan termasuk pada kulit.

    Lupakan sukan lasak, aktiviti ringan seperti berjoging, berenang atau berbasikal sudah memadai!

    #5. Lindungi kulit daripada cahaya matahari

    cara memutihkan kulit

    Perkara paling penting dalam usaha untuk mendapatkan kulit lebih cerah dan mulus adalah sila elak daripada terkena atau terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama – ia antara faktor utama kulit gelap.

    Apa yang anda boleh buat? Ia tidak sukar, anda hanya perlu guna krim sapuan atau jenis pakaian pelindung matahari. Dalam masa yang sama juga, elakkan daripada berjemur tengah panas.

    Konklusinya, ada banyak produk dan cara memutihkan kulit badan yang anda boleh cuba namun anda perlu tahu, ia mungkin usaha yang efektif bagi sesetengah orang namun tidak pula bagi diri anda. Dapatkan informasi dan nasihat daripada pakar dermatologi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan