backup og meta

Mahukan Bibir 'Pink' Yang Nampak Sihat Dan Cantik? Ini 5 Cara Natural Merahkan Bibir

Mahukan Bibir 'Pink' Yang Nampak Sihat Dan Cantik? Ini 5 Cara Natural Merahkan Bibir

“Kenapa ya bibir saya tidak seperti orang lain? Ada ke cara memerahkan bibir hitam secara semula jadi? Rasa down sangat bila tengok muka sendiri dekat cermin…”

Bagi mereka yang mempunyai masalah ini, jangan risau! Bibir yang berwarna sedikit gelap merupakan satu perkara yang normal.

Sebenarnya, ada cara merahkan secara alami. Cara ini juga mudah, murah dan cepat!

Namun, sebelum itu, pasti ada antara kita yang tertanya-tanya – mengapa bibir kita gelap?

Ada banyak faktor yang menyebabkan bibir menjadi gelap. Antaranya ialah kurang minum air, pendedahan kepada cahaya matahari dan juga reaksi alahan.

Individu yang suka mengemam bibir atau merokok juga mempunyai masalah yang sama.

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai cara memerahkan bibir secara alami, menggunakan bahan-bahan semula jadi dan boleh ditemui di dapur!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

5 cara memerahkan bibir hitam secara semula jadi

Bibir yang lembut, nampak penuh dan berwarna merah jambu merupakan impian ramai orang.

Walau bagaimanapun, bukan semua orang mampu memiliki bibir yang cantik seperti apa yang kita lihat pada kaca televisyen.

Sebenarnya, sama seperti penjagaan wajah, bibir juga perlulah dijaga dengan sempurna. Jangan fokus 100% pada kulit wajah semata-mata. Bibir kita juga penting ya!

Antara cara memerahkan bibir yang boleh anda lakukan sendiri di rumah ialah:

1. Minum air dengan mencukupi

Pastikan anda minum air dengan mencukupi sebelum mencuba sebarang tip yang bakal kami kongsikan di bawah.

Salah satu punca utama bibir menjadi kering dan merekah ialah kurangnya hidrasi.

Oleh sebab itu, pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ia bukan sahaja baik untuk bibir, kulit anda juga pasti akan merasai kesannya.

Selain itu, anda juga boleh memakai pelembap bibir yang mengandungi SPF untuk perlindungan daripada selaran matahari.

2. Cara memerahkan bibir mengunakan skrub gula

cara memerahkan bibir

Skrub gula merupakan antara cara paling mudah untuk memastikan bibir sentiasa lembut dan berwarna merah jambu.

Jangan beli produk yang mahal-mahal. Sebenarnya, anda boleh DIY sendiri skrub gula di rumah. Campurkan 2 sudu teh gula dan 1 sudu teh madu. Skrub bibir secara perlahan-lahan.

Sebelum tidur, skrub dahulu bibir dengan gula. Kemudian, pakai pelembap bibir. Pada keesokan pagi, gunakan berus gigi anda untuk tanggalkan sel-sel kulit mati pada bibir.

Amalan ini bukan sahaja akan membuatkan bibir anda nampak lebih sihat, ia juga dapat meningkatkan peredaran darah pada kawasan bibir supaya ia nampak segar dan berwarna merah jambu.

Baca juga:

3. Gunakan aloe vera dan madu

Campurkan 1 sudu aloe vera dan 1 sudu madu. Sapukan pada bibir. Biarkan selama 15 minit dan bilas denga air biasa.

Aloe vera dan madu merupakan bahan yang dapat menyegarkan dan melembapkan bibir.

Ia dapat membuatkan bibir nampak lembut dan sihat sekiranya digunakan dalam satu tempoh masa yang panjang.

4. Pakai minyak vitamin E sebagai cara memerahkan bibir

cara memerahkan bibir

Vitamin E merupakan pelembap yang sangat baik untuk bibir. Penggunaannya sangat ideal untuk mengurangkan masalah bibir kering dan merekah.

Di pasaran, ada banyak produk yang mengandungi vitamin E. Produk ini dapat membantu memastikan bibir lebih sihat dan berwarna merah jambu.

Selain itu, ia juga dapat mengurangkan garis-garis halus yang terbentuk pada permukaan bibir.

5. Jangan lupa pakai sunscreen

Menurut kajian, hanya 37% pengguna pelindung matahari akan menyapukannya pada kawasan bibir.

Pendedahan terhadap cahaya matahari boleh menyebabkan bibir menjadi kering dan mengalami hiperpigmentasi.

Untuk mengurangkan masalah ini, anda boleh gunakan pelindung matahari sedia ada pada kawasan bibir atau beli pelembap yang mengandungi SPF.

Sebelum cuba, ingat beberapa perkara:

cara memerahkan bibir

  1. Jangan jilat skrub gula walaupun rasanya manis. Air liur boleh menyebabkan bibir menjadi lebih kering.
  2. Penggunaan pelembap boleh menyebabkan bibir menjadi kusam. Oleh sebab itu, pilih produk yang tidak mempunyai terlalu banyak bahan. Anda juga boleh pakai lip balm yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi.
  3. Elakkan menjilat bibir dengan kerap.
  4. Pakai pelindung matahari. Ia bukan sahaja dapat melindungi kulit wajah daripada sinaran UV, bibir anda juga sama!
  5. Jika bibir anda gelap disebabkan genetik, cara semula jadi mungkin tidak berkesan.
  6. Kurangkan kopi dan berhenti merokok.
  7. Jangan gunakan produk yang sudah tamat tempoh.

Selamat mencuba!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 5 Tips for Taking Care of Your Lips. https://www.skincancer.org/blog/5-tips-for-your-lips/. Accessed on January 26, 2023.
  2. All About Sunscreen. https://www.skincancer.org/skin-cancer-prevention/sun-protection/sunscreen/. Accessed on January 26, 2023.
  3. Sunscreen: How to Help Protect Your Skin from the Sun. https://www.fda.gov/drugs/understanding-over-counter-medicines/sunscreen-how-help-protect-your-skin-sun. Accessed on January 26, 2023.
  4. Vitamin E. https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/vitamin-e/. Accessed on January 26, 2023.
  5. Vitamin E. https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements-vitamin-e/art-20364144. Accessed on January 26, 2023.
  6. 7 Dermatologists’ Tips For Healing Dry, Chapped Lips. https://www.aad.org/public/everyday-care/skin-care-basics/dry/heal-dry-chapped-lips. Accessed on January 31, 2023.

Versi Terbaru

23/05/2023

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Bibir Terlalu Kering Dan Menggelupas, Ini 5 Tip Yang Boleh Mengatasi Masalah Itu

Awww! Sakitnya Bila Tergigit Bibir Dan Lidah, Ikut 4 Langkah Ini Untuk Rawat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 23/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan