backup og meta

Nak Kulit Tubuh Bawah Cantik? Cuba 5 Cara Hilangkan Selulit Di Punggung!

Nak Kulit Tubuh Bawah Cantik? Cuba 5 Cara Hilangkan Selulit Di Punggung!

Selulit adalah masalah kulit yang mungkin biasa terjadi di mana-mana bahagian tubuh badan termasuk pada dubur. Persoalannya, bagaimana cara hilangkan selulit di punggung?

Jika pada masa dahulu, masalah kulit yang biasa berlaku pada kawasan tubuh badan dan penuh dengan gumpalan lemak ini memang sangat sukar untuk dicegah atau dirawat.

Namun dengan berkat kemajuan teknologi perubatan dan pembedahan pada masa kini, kondisi kulit yang membimbangkan dan menjejaskan penampilan ini mampu diatasi.

Tentang kondisi selulit yang anda perlu tahu!

Untuk pengetahuan anda semua, selulit adalah kondisi kulit yang berpermukaan tidak rata, bergaris, bergelombang serta biasa wujud pada kawasan kulit penuh dengan lemak.

Antara kawasan kulit yang biasa terjadinya masalah ini adalah pada punggung, paha, perut, pinggang, lengan dan lain-lain bahagian kulit dengan gumpal lemak yang berlebihan.

Tidak kurang ramai yang keliru di antara kondisi selulit dengan tanda regangan sehingga membuat mereka mencari kata kunci cara hilangkan stretch mark di punggung di carian Google.

cara hilangkan selulit di punggung

Walaupun hampir sama, kedua-dua kondisi kulit ini sama sekali berbeza kerana selulit tidak akan menyebabkan perubahan warna kulit manakala stretch mark pula sebaliknya.

Berbalik kepada persoalan utama dalam artikel ini, bagaimana cara hilangkan selulit di punggung?

Bagaimana cara hilangkan selulit di punggung?

Sebenarnya, anda mungkin tidak boleh guna cara hilangkan stretch mark di punggung dalam usaha menghapuskan selulit di tempat sama kerana kedua-duanya ini adalah kondisi lain.

Berikut adalah beberapa cara untuk anda cuba dan amalkan dalam usaha untuk menghilangkannya:

#1. Terapi laser

Cara paling utama, efektif dan sering dipraktikkan oleh individu adalah terapi laser (Cellulaze). Ia akan menggunakan cahaya sinar laser yang diarahkan ke dalam kulit yang terjejas.

Cahaya ini kemudian akan memecahkan jaringan ikatan di bawah kulit yang menyebabkan selulit selain membantu menebalkan kulit untuk mengelakkan adanya tanda regangan ini pada masa akan datang.

Terapi ini juga terbukti mampu untuk mengurangkan selulit dan hasilnya mungkin dapat bertahan sehingga satu tahun atau lebih. Walau bagaimanapun, sila dapatkan info dan nasihat daripada doktor anda.

cara hilangkan selulit di punggung

#2. Terapi suhu dingin

Sebagai alternatif efektif yang lain, wujud juga sejenis terapi yang menggunakan suhu dingin untuk memecahkan sel lemak penyebab selulit iaitu terapi suhu dingin (Cryolipolysis).

Apabila sel-sel lemak penyebab selulit ini beku dan pecah, maka struktur lain pada kulit juga mungkin akan terhindar daripada kecederaan lantas meratakan permukaan kulit anda.

Pun begitu, kesannya mungkin akan hanya boleh dilihat setelah 4 ke 6 bulan terapi ini dijalankan. Meskipun tidak akan hilang 100%, namun hasil daripada terapi ini juga masih bagus.

#3. Terapi gelombang akustik

Selain daripada terapi tersebut, ada satu lagi jenis terapi yang dipercayai mampu untuk mengurangkan selulit yang menggunakan gelombang akustik yakni Acoustic Wave Therapy.

Prosedur ini akan melibatkan ahli terapi menyapukan gel khas pada kulit selulit dan menggunakan alat bernama transduser untuk menyalurkan gelombang akustik ke dalam kulit.

Ia berfungsi untuk memecahkan jaringan ikatan selulit di bawah kulit namun mungkin masih perlu untuk dilakukan beberapa kali dalam beberapa sesi untuk lihat kesan sebenarnya.

Cara hilangkan selulit di punggung #4. Krim kulit

Menurut American Academy of Dermatology, penggunaan minyak, gel, losen atau krim yang mengandungi kafein mungkin dapat mengurangkan atau menghilangkan selulit.

cara hilangkan selulit di punggung

Ini kerana, produk tinggi kafein dipercayai akan dapat mengeringkan sel lemak penyebab selulit. Selain daripada kafein, produk dengan 0.3% retinol juga memiliki kesan sama.

Disebabkan itu, sila pilih dan beli produk kulit untuk masalah kulit yang tinggi dengan kedua-dua bahan ini. Namun, pastikan anda juga tidak ada masalah alergi terhadapnya.

Cara hilangkan selulit di punggung #5. Gaya hidup

Akhir sekali, usaha untuk mengusir selulit daripada kulit anda turut harus berlatarbelakangkan gaya hidup yang sihat terutamanya dari aspek makanan dan senaman.

Anda digalakkan untuk mengambil makanan penuh nutrisi namun kurang lemak bagi memastikan tiada sel lemak berlebihan yang berkumpul dan bergumpal di bawah kulit anda.

Anda juga disarankan untuk membuat senaman sekurang-kurangnya 2 ke 3 kali dalam masa seminggu bagi memastikan lemak kekal di tahap rendah sekali gus tubuh badan langsing.

Konklusinya, masalah ini boleh diatasi dengan mudah hanya dengan mempraktikkan gaya hidup sihat, krim kulit sesuai serta pelbagai jenis terapi yang efektif. Jangan pula biar ia melarat!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Cellulite Treatments: What Really Works?, https://www.aad.org/public/cosmetic/fat-removal/cellulite-treatments-what-really-works, Accessed Feb 3 2022.
  2. Cellulite Treatments, https://www.americanboardcosmeticsurgery.org/procedure-learning-center/non-surgical-procedures/cellulite-treatments/, Accessed Feb 3 2022.
  3. Cellulite, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/cellulite/diagnosis-treatment/drc-20354949, Accessed Feb 3 2022.
  4. Cellulite, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17694-cellulite, Accessed Feb 3 2022.
  5. Cellulite, https://dermnetnz.org/topics/cellulite, Accessed Feb 3 2022.

Versi Terbaru

15/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Sakit Hati Tengok Selulit Dekat Badan Sendiri? Ada 11 Cara Hilangkannya Seperti Ini!

Rawat Selulit Guna Essential Oil? Usah Bazirkan Duit Untuk Produk Yang Belum Tentu Berkesan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan