Selulit & Stretch Marks Berbeza, Ya! Ini 3 Cara Untuk Mencegahnya, Mudah Sahaja!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Bila tengok keadaan kulit, jadi keliru, ini masalah selulit atau tanda regangan? Hmmm, macam mana nak bezakan antara kedua-duanya? 

Masalah selulit & tanda regangan

Keadaan kulit melibatkan selulit dan tanda regangan atau lebih dikenali dengan panggilan stretch marks ini menjejaskan individu lelaki mahupun wanita di seluruh dunia.

Kewujudan kedua-duanya akan menyebabkan timbulnya isu berkaitan badan dan nilai diri.

Dikatakan lebih 90% wanita mempunyai selulit dan terdapat 80% wanita dengan tanda regangan. 

Walaupun kehadiran masalah berkaitan kulit ini menimbulkan isu keyakinan diri individu, namun secara perubatan, kedua-duanya adalah keadaan kulit yang berbeza.

Eh, betul ke? Tapi kenapa nampak macam lebih kurang sama? Ikuti penjelasan lanjut mengenai masalah selulit dan tanda regangan ini.

Memahami perbezaan masalah selulit & tanda regangan

Selulit berkembang pada lapisan lemak yang ada di antara kulit dan otot.

Di bawah kulit terdapat sebuah lapisan tisu penghubung yang bertanggungjawab memautkan kulit kepada otot di bawahnya. 

Dalam kalangan individu lelaki, tisu penghubung disusun dalam bentuk bersilang atau pepenjuru, dalam susunan yang berterusan. Tisu penghubung bagi individu wanita pula dalam bentuk menegak (vertikal dengan kulit).

Jaringan penghubung ini (dipanggil septae) menambat kulit kepada tisu di bawah pada tempat-tempat tertentu.

Ia mewujudkan ‘kamar lemak’ yang menolak pada kulit, sementara jaringan tersebut menarik kulit ke bawah.

Keadaan tersebut menghasilkan bahagian kulit yang kelihatan seperti tidak rata atau berlekuk, selalu terjadi pada bahagian paha atas, punggung, pinggang dan perut.

Perbezaan dalam susunan tisu penghubung (ditambah pula dengan fakta bahawa kulit lelaki biasanya lebih tebal berbanding wanita) menjelaskan mengapa sangat sedikit lelaki mempunyai selulit berbanding wanita.

Masalah selulit boleh terjadi disebabkan:

keadaan kulit

Manakala tanda regangan pula berlaku apabila keadaan kulit cuba menyesuaikan diri dengan perubahan badan. Dalam istilah perubahan, ia disebut striae.

Apabila berlaku perubahan badan secara mendadak, kulit anda mungkin tidak dapat berkembang pantas, sekali gus menyebabkan ia meregang.

Ini menyebabkan kolagen hancur dan mendedahkan saluran darah yang rosak, mengakibatkan munculnya parut lekukan. 

Punca stretch marks yang biasa adalah disebabkan kenaikan berat badan, kehamilan dan aktiviti bina badan di mana badan berkembang dengan cepat. 

Regangan mungkin berlaku kerana pengeluaran hormon badan tertentu secara berlebihan. Selalu muncul pada bahagian paha, ketiak, perut, payudara, punggung atau belakang badan.

Umumnya, warna tanda regangan bermula dengan merah jambu, merah atau keunguan. Kemudian pudar menjadi putih dan tampak seperti parut.

Jadi anda sudah faham kelainan antara masalah selulit dan parut regangan?

Masalah selulit atau tanda regangan mudah dihilangkan?

Sejujurnya, kedua-dua keadaan kulit ini sukar untuk dihilangkan. 

Selalunya untuk menghilangkan selulit, penurunan berat badan bersama penggunaan krim dan rawatan vitamin E mungkin dapat mengurangkan kesannya dan menjadikan kulit lebih sekata.

Terdapat juga penggunaan rawatan laser yang menunjukkan hasil memuaskan. Cuma ia memerlukan kos yang lebih tinggi dan mahal.

Begitu juga dengan rawatan untuk menghilangkan stretch marks. Mengamalkan gaya hidup seimbang adalah cara terbaik merangsang keanjalan semula jadi kulit anda dan mengelakkan kesan regangan. 

Penggunaan krim dan minyak dengan vitamin E dan asid lemak boleh membantu tetapi bagi mendapatkan hasil terbaik, sudah tentu anda disarankan untuk melakukan rawatan laser atau pembedahan.

Malangnya, setakat ini tidak ada rawatan berkesan untuk menghapuskan sepenuhnya masalah selulit atau tanda regangan. 

Dalam erti kata lain, sama ada selulit atau parut regangan, kedua-duanya mempunyai tahap kesukaran yang hampir sama untuk dihilangkan. 

Langkah pencegahan 

Keadaan kulit seperti selulit atau parut regangan boleh dicegah dengan mengamalkan beberapa petua berikut:

1. Mengawal berat badan

Elakkan kenaikan berat secara mendadak. 

Sekiranya tanda regangan berlaku disebabkan pertambahan berat kerana masalah berkaitan kesihatan dan perubatan, ia mungkin di luar kawalan anda. 

Namun, dalam kebanyakan kes, mengekalkan berat badan dan nilai BMI seimbang bukanlah 1 perkara yang sukar untuk dilakukan melalui perubahan diet pemakanan harian. 

Diet sihat dan seimbang perlu mengandungi lemak tak tepu, minyak sihat, asid lemak omega-3, vitamin dan mineral yang turut dapat membantu mengekalkan keadaan kulit agar sihat.

tanda regangan stretch marks

2. Kekal terhidrat

Pastinya anda sudah biasa mendengar tentang kepentingan mengambil jumlah air mengikut keperluan harian, kan? Biasanya antara 8 hingga 10 gelas setiap hari.

Tetapi kenapa?

Ini kerana air akan membantu dalam proses peredaran darah, menjadikan kulit sentiasa terhidrat dan anjal. 

Di samping itu, pengambilan air yang mencukupi dapat membantu menyingkirkan toksin daripada badan. 

3. Aktiviti fizikal

Cara paling mudah untuk mencegah masalah selulit atau parut regangan adalah dengan melakukan senaman secara berkala.

Ia dapat membantu menjaga peredaran darah ke kulit serta memastikan berat anda sentiasa terkawal serta seimbang.

Penjagaan diri

Cara terbaik untuk mengelakkan masalah selulit atau tanda regangan adalah dengan melakukan pencegahan. 

Memastikan kulit tetap terhidrat dapat membantu memelihara keanjalan kulit.

Walau apa pun, anda perlu mengetahui bahawa anda tidak sendirian dalam berdepan keadaan kulit seperti itu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Nutrien Penting Untuk Anak 1-3 Tahun, Ini Apa Yang Si Manja Perlukan

Dalam tumbesaran kanak-kanak, nutrien makanan adalah penting. Pengambilan jenis diet yang betul akan dapat membantu perkembangan anak secara keseluruhan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kanak-Kanak, Keibubapaan, Pemakanan Kanak-Kanak 24/12/2020 . 3 minit bacaan

MENGEJUTKAN! Ada Diet Khas Yang Boleh Mencegah Sawan, Tapi Berkesankah?

Makanan seimbang daripada pelbagai kumpulan membantu tubuh dan otak berfungsi. Ia juga mengurangkan risiko sawan bagi sesetengah individu dengan epilepsi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gangguan Sawan, Sistem Saraf & Otak 24/12/2020 . 3 minit bacaan

Sering Sakit Perut Selepas Makan Pencuci Mulut? Jaga-Jaga! Anda Mungkin Ada Alahan Ini

Adakah anda pernah mengalami sakit perut setelah makan makanan manis? Ini mungkin petanda bahawa anda sebenarnya mempunyai alergi gula.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Alahan, Alahan Makanan 17/11/2020 . 3 minit bacaan

Penghidap Radang Usus IBD, Ini 13 Masalah Kulit Yang Mungkin Akan Anda Alami

Penyakit radang usus sebenarnya turut beri kesan kepada kulit. Jom ketahui 13 masalah kulit yang boleh berlaku bagi pesakit radang usus ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Radang Usus, Sistem Penghadaman 28/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

cara menghilangkan ulser

Anda BERISIKO Alami Ulser Lidah Jika Berdepan Masalah Penghadaman Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/02/2021 . 3 minit bacaan
mengecilkan payudara

Segan Payudara BESAR? Jom Cuba 5 Tip Semula Jadi Ini, Confirm Boleh Kecil!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 08/02/2021 . 3 minit bacaan
makanan tidak berkhasiat

Memori Otak Anda Akan Lebih ‘Power’ Kalau Kurang Ambil 5 Jenis Makanan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
kondisi kulit yang sihat

Apakah Maksud Kulit Cantik & Sihat? Ini Rahsia Mendapatkannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 30/12/2020 . 5 minit bacaan