backup og meta

Rawat Selulit Guna Essential Oil? Usah Bazirkan Duit Untuk Produk Yang Belum Tentu Berkesan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 28/06/2021

    Rawat Selulit Guna Essential Oil? Usah Bazirkan Duit Untuk Produk Yang Belum Tentu Berkesan!

    “Selulit! Argh, Mimpi ngeri! Sudahlah kesannya nampak ketara, nak menghilangkan parut selulit pula susah dan makan masa. Apalah agaknya penyebab selulit dan kenapa dalam ramai-ramai orang, aku yang terkena?”

    Pasti ramai yang terfikir perkara yang sama bukan? Semata-mata hendak hilangkan selulit, ada yang sanggup berhabis duit untuk membeli minyak pati yang dikatakan berkesan.

    Namun, sejauh mana keberkesanan produk yang mengandungi essential oil ini?

    Apakah selulit atau stretch mark?

    Selulit ataupun stretch mark merupakan sesuatu yang biasa berlaku kepada lelaki dan juga perempuan.

    Walaupun perkara ini tidak selalu diperkatakan di khalayak umum, sebenarnya ramai individu yang mempunyai stretch mark.

    Stretch mark bukanlah sesuatu yang memalukan. Jika anda mempunyai tanda ini pada punggung, peha ataupun payudara anda, percayalah anda bukannya berseorangan.

    Walaupun ramai yang anggap penyebab utama selulit ialah kesan sampingan daripada melahirkan anak, anda harus betulkan tanggapan tersebut.

    Selulit juga boleh terjadi kepada anak dara yang baru lepas mengalami akil baligh.

    Masalah ini bukan terhad kepada wanita, tetapi berlaku kepada lelaki juga. Oleh itu, jangan anggap kaum adam tidak ada masalah selulit ya!

    Selain itu, penyebab lain selulit termasuklah penurunan atau peningkatan berat badan secara mendadak. Ahli bina badan juga berisiko untuk alami selulit.

    Pada awalnya, selulit akan berwarna ungu kemerah merahan. Tetapi, lama-kelamaan ia akan bertukar menjadi warna putih ataupun menjadi pudar.

    Guna minyak pati untuk menghilangkan selulit

    menghilangkan selulit

    Ramai orang yang mengalami selulit akan rasa rendah diri ketika melihat pantulan diri sendiri pada permukaan cermin.

    Lebih-lebih lagi, pada zaman media sosial kini, kewujudan selulit ini dianggap tidak normal.

    Sama seperti parut yang lain, selulit merupakan parut kekal yang tidak dapat dihilangkan.

    Disebabkan stretch mark sukar untuk dihilangkan, ramai yang mula mencuba pelbagai jenis krim, minyak dan juga rawatan di klinik kulit dengan harapan dapat mengurangkan kesan selulit pada badan.

    Tapi, adakah penggunaan essential oil ataupun minyak pati berkesan untuk menghilangkan selulit?

    Jawapannya ialah – mungkin.

    Banyak produk yang mendakwa dapat hilangkan parut selulit. Namun, dakwaan ini ternyata tidak benar kerana produk-produk ini tidak berkesan malah dijual dengan harga yang mahal di pasaran.

    Malah, ada juga produk yang boleh menimbulkan kesan sampingan kepada kulit anda. Kadangkala, kulit anda boleh menjadi gatal-gatal ataupun menimbulkan reaksi negatif lain akibat penggunaan minyak pati.

    Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak sebelum membazirkan ratusan ringgit untuk membeli produk yang tidak berkesan.

    Selulit merupakan sesuatu yang normal dan tidak mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Cara yang terbaik adalah dengan menerima ‘belang harimau’ tersebut sebagai sebahagian daripada diri anda.

    Anda mungkin juga berminat:

    Jadi, tak boleh ke kalau tetap nak pakai essential oil?

    Boleh jika anda masih ingin menggunakan essential oil dan sapu pada bahagian kulit anda yang berselulit.  Namun, ia mungkin tidak akan memberikan apa-apa kesan terhadap badan anda.

    Namun, anda boleh amalkan krim dan juga essential oil untuk melembapkan kulit anda. Selulit dapat dielakkan jika anda sering melembapkan kulit SEBELUM anda mengalami stretch mark.

    Namun, kenyataan di atas juga mungkin bukan 100% benar bagi semua orang.

    Penyebab utama selulit ialah masalah genetik. Oleh itu, jika ibu atau bapa anda mempunyai selulit, kemungkinan besar anda akan turut alami benda yang sama.

    Sebagai alternatif, anda boleh cuba bersenam dan makan secara sihat. Walaupun kedua-dua cara ini juga tidak dapat menghilangkan selulit, ia dapat mengurangkan kesan parut pada badan anda.

    Sebagai contoh, senaman boleh buatkan kulit anda lebih tegang dan otot terbentuk dengan lebih cantik. Ia akan buatkan selulit anda jadi kurang ketara dan sedikit pudar.

    Jika anda masih mahukan rawatan untuk selulit, anda boleh berjumpa dengan doktor kulit berdekatan anda untuk dapatkan nasihat yang lebih lanjut.

    Sukar untuk menghilangkan selulit

    penyebab selulit

    Selulit boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira usia, jantina, umur ataupun bentuk tubuh badan. Ia juga berlaku kepada model, dan selebriti dalam dan luar negara.

    Setakat ini, tidak ada lagi ubat ataupun krim mahupun minyak pati yang benar-benar boleh merawat selulit.

    Walaupun anda memilih untuk melakukan rawatan kosmetik yang memerlukan pembedahan untuk membuang selulit, ia masih lagi bukan 100% berkesan dan mampu menghilangkan kesan selulit secara total.

    Jangan rasa rendah diri ya jika anda alami selulit!

    Tetapi, apa yang paling penting ialah jangan pernah tertipu dengan produk yang mendakwa berkesan hilangkan selulit. Jadilah pengguna yang bijak dan lakukan kajian dahulu sebelum beli.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 28/06/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan