Menurut kajian terbitan American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2007, sekumpulan saintis British menyatakan makanan untuk kulit kering itu memang sangat penting.
Kajian mendapati bahawa mereka yang makan lemak buruk dan gula mempunyai masalah dengan kulit mereka.
Sementara mereka yang makan diet kaya dengan vitamin dan beberapa mineral lain kurang menghadapi masalah.
Semenjak itu, terdapat banyak kajian lain yang menyokong teori ini!
Berikut adalah antara diet yang boleh membantu anda membaiki kulit anda, terutamanya jika ada masalah kulit kering.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
#1. Buah beri dan kiwi
Buah-buahan ini mempunyai vitamin C anti-penuaan dan vitamin E antioksida.
Vitamin-vitamin ini melawan radikal bebas, yang merosakkan sel-sel dan memecahkan kolagen, menyebabkan garis halus pada wajah.
Buah kiwi boleh menggandakan pembentukan kolagen dalam kulit dan merangsang pertumbuhan fibroblas, yang membantu membina kulit yang lebih kukuh.
Buah beri pula dapat membantu melindungi wajah daripada kerosakan UV.
Saintis mengesyorkan pengambilan 2 cawan buah-buahan dan 2 cawan sayur-sayuran setiap hari kerana ia adalah antara makanan untuk kulit glowing!
Makanan untuk kulit kering #2. Teh hijau
Teh hijau sangat popular di China dan Jepun dan digunakan berabad lamanya sebagai rawatan kesihatan.
Pada masa kini, teh hijau dianggap sebagai salah satu rawatan yang paling berguna untuk membaiki kulit anda sama ada untuk mencegah tanda-tanda penuaan hinggalah untuk merawat jerawat.
Ini adalah kerana teh hijau mengandungi jumlah antioksidan yang tinggi serta tanin, enzim, asid amino dan vitamin B.
Teh hijau melambatkan perkembangan tanda-tanda penuaan, meneutralkan radikal berbahaya yang mempercepatkan proses penuaan dan mengurangkan kedutan.
#3. Salmon, ikan kembung, ikan hering & Trout
Ikan adalah sumber utama Omega-3, sejenis asid lemak dan lemak sihat yang menurunkan kolesterol yang berfungsi sebagai pencegah penyakit jantung.
Lemak sihat dalam ikan adalah sumber utama minyak ikan yang meningkatkan kualiti kulit.
Ia juga membantu mengelakkan kemerahan dan kulit kedut.
Goreng, bakar atau panggang masih merupakan cara terbaik untuk mendapatkan kuasa Omega-3 dalam ikan segar.
#4. Makanan untuk kulit kering yang berwarna oren
Warna oren dalam makanan terjadi disebabkan bahan dipanggil beta karotena yang ditukarkan oleh badan manusia menjadi vitamin A.
Ini adalah sejenis antioksidan yang membantu perkembangan sel dan mengurangkan keradangan.
Beta karotena dan vitamin A juga membantu melindungi vitamin dan protein dan mengekalkan kelembapan pada kulit yang akan melambatkan proses penuaan.
Makanan untuk kulit kering ini sangat cepat dan mudah untuk disediakan.
Untuk meningkatkan dan menyerap kesan positif penuh makanan-makanan ini, campurkan dengan makanan berlemak, seperti ikan dan keju.
Makanan kulit kering#5. Bawang merah dan putih
Bawang merah dan bawang putih kaya dengan sulfur, yang terkenal dengan kesan antioksidannya.
Bahan ini akan membantu mencegah kerosakan sel, yang menyebabkan kulit kedut dan kendur.
Bawang putih dan bawang merah mengandungi kesan anti-bakteria dan anti-kulat yang membantu mengurangkan liang-liang tersumbat dan jerawat.
Selain itu, ia turut mempunyai ciri-ciri anti-radang yang membantu melegakan rasa sakit dan kerengsaan disebabkan oleh jerawat.
Parut jerawat pada kulit boleh dipulihkan dengan teh hijau.
Teh hijau juga membaiki peredaran darah yang membolehkan tisu kulit menerima mineral penting dan vitamin yang mencukupi untuk kulit yang sihat.
Sebaik sahaja anda mengubah diet anda, jangan mengharapkan keajaiban dalam sekelip mata.
Ia mengambil masa selama enam minggu untuk kulit baru muncul ke permukaan, maka kesan yang jelas daripada perubahan diet akan mengambil masa.
Bagi masalah kulit yang berterusan, bincang dengan doktor anda atau bertemu dermatologis agar dapat tahu makanan untuk kulit kering.