Nak Elak Kulit Kering Sebab Selalu Cuci Tangan? Ada 7 Tip Anda Boleh Buat!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/02/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Akibat kerap mencuci tangan akan menyebabkan kulit tangan kering. Jangan risau, Hello Doktor ada 7 cara yang boleh dicuba bagi mengatasi masalah tersebut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Kerap mencuci tangan

Ketika penularan wabak COVID-19, pakar kesihatan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyarankan setiap individu untuk kerap mencuci tangan.

Tabiat tersebut sebenarnya perlu diamalkan bukan sahaja bagi mengekang penularan wabak coronavirus, tetapi ia harus menjadi tabiat yang dilakukan dalam penjagaan kebersihan diri harian.

Apatah lagi jika anda adalah seorang yang gemar menyentuh muka pada setiap masa.

Ia boleh menyebabkan anda lebih terdedah kepada jangkitan virus dan kuman. 

Walau bagaimanapun, kekerapan mencuci tangan boleh menimbulkan masalah lain, seperti kulit tangan kering.

Sudah tentu keadaan seperti itu akan menimbulkan ketidakselesaan.

Jadi adakah terdapat cara bagi mengatasi masalah kulit tangan nipis?

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

293,698

Disahkan

9,196

Sembuh

1,100

Kes Kematian
Peta sebaran

7 tip elak kulit tangan nipis

Berikut dikongsikan cara-cara yang boleh anda cuba bagi mengatasi atau mengurangkan kecenderungan mengalami masalah kulit tangan kering.

#1. Basuh dengan air suam

Menurut Pengarah Dermatologi Pediatrik di Massachusetts General Hospital, Dr. Daniela Kroshinsky, tempoh mencuci tangan terbaik yang disarankan adalah paling kurang 20 saat dengan menggunakan air dan sabun. 

“Nyanyilah lagu ‘Happy Birthday’ sebanyak 2x. Anda pasti dapat mencuci bahagian telapak tangan, belakang jari, jari, celahan cari, pergelangan tangan serta kuku,” ujar Dr Daniela.

Penggunaan air suam adalah pilihan terbaik berbanding air panas. Ini kerana air panas cenderung menyebabkan kulit kering.

#2. Gunakan sabun pelembap

Kebanyakan sabun yang digunakan boleh menghilangkan kelembapan pada kulit, ia sekali gus menjadikan kulit kering, merekah dan mengelupas. 

Pakar Kulit dan Pengasas London Premier Laser and Skin Clinics, Lucy Xu, “Penggunaan sabun yang mengandungi pelembap adalah pilihan terbaik.

Elakkan sabun bar dan pilihanlah sabun dengan kandungan gliserin dan lanolin.”

Lucy juga menjelaskan tidak kira apa sabun yang digunakan, sebaiknya cuba untuk tidak terlalu agresif ketika mencuci tangan. Apatah lagi jika anda mengejar masa.

#3. Gunakan pelembap tangan

kulit-tangan-kering-7-cara-atasinya

Apabila lembapan tidak dapat dikekalkan pada kulit selepas mencuci, ia pastinya akan menjadikan kulit tangan kering. 

Ketika mencuci tangan, air akan bertindak seperti magnet dan akan menarik keluar air daripada lapisan kulit paling dalam.

Hasilnya kulit tangan nipis akan menjadi lebih kering. 

Bagi mengatasinya, anda disarankan untuk menggunakan losyen pelembap selepas mencuci tangan. Penggunaan losyen secara nipis sudah memadai.

Jadi selalulah menggunakan losyen setiap kali selepas mencuci, sebelum tidur dan pada bila-bila masa anda berasa kering.

#4. Penggunaan sarung tangan

Pemakaian sarung tangan dan topeng muka dapat membendung individu yang tidak sihat daripada menyebarkan jangkitan.

Dalam masa yang sama sarung tangan juga membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit, bagaimana?

Anda boleh mencuba merendam tangan dengan air selama 5 minit, kemudian sapukan losyen pelembap dan pakailah sarung tangan kapas untuk 1 hingga 2 jam.

Ia dapat memastikan permukaan tangan akan memperolehi kelembapan yang diperlukan.

#5. Balsam kulit

Jika anda mempunyai masalah kulit seperti ekzema atau psoriasis dan mendapati kulit tangan kering akibat kerap mencuci tangan, anda disarankan untuk mengunakan balsam kulit seperti Vaseline dan menyapunya terus kepada bahagian bermasalah.

Penggunaan balsam kulit dipercayai dapat memberikan ketenangan kepada bahagian bermasalah dan melindunginya daripada menjadi lebih teruk.

#6. Gel pembersih tangan

kerap mencuci tangan

Sekiranya keadaan tangan anda terlalu sakit untuk dibasuh, anda boleh menggunakan gel pembersih tangan sebagai ganti.

Penggunaan gel pembersih tangan adalah pilihan untuk mengehadkan anda daripada kerap mencuci tangan sehingga keadaan kulit pada tangan kembali pulih.

Tetapi anda tidak boleh menggunakan gel pembersih dan perlu mencuci tangan untuk melakukan perkara seperti:

  • Sebelum dan selepas makan
  • Selepas ke bilik air
  • Ketika terdapat kotoran yang kelihatan pada tangan seperti tanah

#7. Tisu kertas

Jika ingin mengelap, pilihan terbaik adalah untuk menggunakan tisu kertas pakai buang. Ia dapat mengelakkan pindah silang mikro kepada kulit.

Tetapi jika ingin menggunakan kain pengelap, pastikan setiap isi rumah mempunyai kain pengelap sendiri dan perlu diganti setiap 3 hari sekali.

Pastikan tangan dilap dan dikeringkan sebaiknya, ini kerana kuman lebih mudah berpindah pada tangan yang basah.

Menjaga kebersihan tangan & diri

Bagi membendung penularan wabak COVID-19, penjagaan kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan, mengelakkan sentuhan pada muka, pemakaian topeng muka serta penggunaan sarung tangan ketika melakukan sesuatu adalah amat digalakkan. 

Namun dalam masa yang sama penjagaan kelembapan tangan juga perlu bagi mengelakkan kulit tangan kering akibat kekerapan membersihkan tangan sama ada dengan mencuci atau menggunakan gel pembersihan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bukan Semua Pesakit COVID-19 Perlu Masuk Hospital, KECUALI Yang Ada 11 GEJALA Ini

Bukan semua individu positif jangkitan COVID-19 perlukan rawatan hospital. Namun, jika alami tanda-tanda amaran tertentu, anda perlu segera jumpa pakar.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
COVID-19 10/02/2021 . 4 minit bacaan

Masih Lagi Berkisar Vaksin COVID-19, Mana Satu Keluaran Yang Lebih Baik; Moderna Atau Pfizer?

Bukan dua sahaja, lebih daripada 10 vaksin virus korona baharu (COVID-19) keluaran syarikat terkemuka di seluruh dunia telah dihasilkan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 02/02/2021 . 3 minit bacaan

Alami Kesan Alergi Teruk Selepas Suntikan Vaksin COVID-19? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Baru-baru ini, isu berkenaan dengan vaksin virus korona baharu hangat diperbincangkan di laman media sosial. Benarkah ada kesan sampingan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
COVID-19, Penyakit Berjangkit 05/01/2021 . 3 minit bacaan

Jika PRK Batu Sapi Terpaksa Dilaksanakan, Patuhi 10 SOP Ini Elak Jangkitan COVID-19

Pilihan raya semasa musim coronavirus COVID-19 yang pernah dijalankan di Sabah mengajar kita akan kepentingan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP).

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
COVID-19, Penyakit Berjangkit 19/11/2020 . 4 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kes bunuh

Lelaki Berisiko 3 Kali Ganda Bunuh Diri Sepanjang Wabak COVID-19, Ini Tip Nak Cegah!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
asma

AWAS Wanita Penghidap Asma Berisiko Alami Komplikasi Teruk COVID-19! Ambil Langkah Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan
suntikan vaksin

Betul Ke Vaksin COVID-19 Boleh Sebabkan Kesan Sampingan Kekal? 

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan
tahun baru cina

SOP Tahun Baru Cina Telah Diluluskan, Sejauh Mana Ia Bersesuaian Dengan Situasi Wabak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan