Jeragat yang muncul pada kulit muka dan badan sudah tentu akan buat individu tidak keruan. Ia bukan sahaja bakal jejaskan kecantikan malah menjatuhkan keyakinan! Jadi, bagaimana cara hilangkan jeragat degil cara tradisional?
Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui cara hilangkan jeragat di muka dengan cepat!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Apa maksud sebenar di sebalik masalah jeragat?
Sebelum kita mengetahui beberapa cara hilangkan jeragat di muka dengan cepat, adalah lebih baik untuk kita memahami masalah jeragat dan punca ia berlaku terlebih dahulu.
Untuk pengetahuan anda semua, jeragat adalah antara masalah kulit yang paling membimbangkan di mana kulit anda mula muncul tompok-tompok kecil terutama di wajah termasuk dahi, pipi dan hidung.
Ramai orang mungkin keliru dengan masalah jerawat atau jeragat. Sebenarnya, jerawat adalah masalah kulit berkaitan dengan liang pori manakala jeragat adalah masalah kulit berkaitan dengan pigmentasi.
Berbeza dengan jerawat, jeragat bukan disebabkan oleh minyak tetapi diakibatkan oleh faktor risiko berikut:
- Genetik
- Hormon
- Produk kosmetik
- Cahaya matahari
- Penuaan
Ciri utama masalah jeragat ini adalah ia boleh mengakibatkan wujud tompok-tompok kecil dengan tona warna berbeza berbanding kulit asal sekali gus menyebabkan masalah warna atau tona kulit tidak sekata!
Jom cuba hilangkan jeragat degil cara tradisional!
Kadangkala, anda mungkin tidak perlu gunakan ubatan atau rawatan klinikal kerana cara tradisional juga bagus. Ada beberapa cara hilangkan jeragat guna bahan dapur yang anda boleh amalkan seperti berikut:
#1. Gel lidah buaya atau aloe vera
Buat anda yang belum tahu, kaedah penggunaan dan penyapuan gel lidah buaya di atas kulit telah lama terkenal!
Ia memang baik untuk kulit terutama masalah jeragat. Gel hasil pengekstrakan tumbuhan ini mengandungi komponen aloesin yang memiliki ciri unik dan mampu mengurangkan atau menghilangkan pigmentasi pada kulit.
Hilangkan jeragat degil cara tradisional #2. Jus lemon
Sarat kandungan asid hidroksi alfa, jus lemon boleh membantu membuat sel kulit mati mengelupas secara semula jadi selain akan mempercepatkan penumbuhan sel kulit baru yang terjejas gara-gara jeragat.
Caranya juga sangat mudah iaitu cuma perah buah lemon sehingga menjadi jus sebelum ia disapukan pada kulit muka yang bermasalah. Kemudian, biarkan dan bersihkan lalu ulang beberapa kali dalam seminggu.
Hilangkan jeragat degil cara tradisional #3. Cuka epal
Ya, cuka epal bukanlah buah epal. Namun, anda boleh mendapatkan cuka epal daripada buah ini cuma prosesnya agak rumit jika dibuat sendiri di rumah. Jadi, untuk lebih mudah anda boleh dapatkan cuka epal di pasar raya.
Mempunyai sifat astrigen, cuka epal mampu menyingkirkan minyak yang berlebihan dari dalam kulit. Kesannya, organ kulit akan lebih dilindungi dari jangkitan ekoran ia tinggi sifat antibakteria dan antiseptik.
Caranya juga tidak sukar iaitu campurkan 1 per 3 cuka epal dengan tepung sebelum sapukan bahan tadi pada kulit yang berjeragat. Sama seperti kaedah di atas, ia mesti diulang beberapa kali agar lebih berkesan.
#4. Sapu serbuk soda penaik pada kulit yang berjeragat
Jangan terkejut jika kami kata petua hilangkan jeragat dengan baking soda mampu membantu menjaga tahap keseimbangan pH pada kulit anda sekali gus dapat mengatasi isu jeragat wajah anda.
Caranya, individu cuma perlu sapu serbuk soda penaik pada kulit yang berjeragat, cuci dengan air bersih dan ulang!
Cara hilangkan jeragat guna bahan dapur #5. Oat
Bukan sahaja baik jika anda jadikan topeng muka, oat juga boleh jadi cara hilangkan jeragat degil cara tradisional yang bagus!
Ini ekoran oat membantu menyerap lebihan minyak pada kulit selain tinggi dengan sifat antiradang dan antioksidan yang penting dalam usaha untuk merawat masalah kulit kering dan membuang sel kulit mati.
#6. Teh hijau (disapu dan bukan diminum)
Teh hijau memiliki sifat antiinflamasi yang boleh mengurangkan iritasi pada kulit. Malah, ia juga akan meminimumkan kesan kemerahan serta kesakitan angkara selaran gara-gara sinaran cahaya matahari pada kulit.
Tidak cukup dengan itu, sifat antiinflamasi teh hijau ini juga berkesan bagi membantu merawat masalah jeragat.
Caranya, anda perlu rendamkan, biarkan dan sapukan beg teh hijau tersebut di kawasan kulit yang telah terjejas.
#7. Kunyit, sebagai cara hilangkan jeragat di muka dengan cepat
Kajian menunjukkan bahawa bahan kurkumin di dalam kunyit boleh mengurangkan penghasilan melanin pada kulit di mana ia adalah antara punca utama yang menyebabkan masalah jeragat menjadi lebih teruk.
Jadi, anda boleh cuba gunakannya sebagai masker di dalam rutin penjagaan kulit jika ada masalah jeragat.