backup og meta

Anak Gemar Main Panas? Ini 5 Cara Nak Elakkan Sunburn Pada Si Kecil, PASTI BERKESAN!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 11/04/2021

    Anak Gemar Main Panas? Ini 5 Cara Nak Elakkan Sunburn Pada Si Kecil, PASTI BERKESAN!

    Kanak-kanak gemar bermain di luar rumah dan itu mendedahkan mereka kepada selaran matahari. Jadi apakah cara penjagaan kulit terbaik sebagai pelindung matahari yang boleh ibu lakukan?

    Penjagaan kulit & sinaran matahari

    Apabila kanak-kanak berada di luar rumah, kulit mereka perlu dilindungi bagi mengelakkan melanoma dan kerosakan kulit akibat pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari. 

    Walau bagaimanapun, kanak-kanak tidak boleh terperuk hanya di dalam rumah sahaja kerana cahaya matahari juga sebenarnya 1 aspek penting penjagaan kulit.

    Apabila kulit terkena sinar matahari, badan akan menghasilkan vitamin D – yang berfungsi membantu penyerapan kalsium untuk tulang lebih kuat dan sihat.  

    Hanya sekejap sahaja pendedahan kepada cahaya matahari bagi setiap individu untuk memenuhi keperluan vitamin D. Selebihnya hanya bergantung kepada diet atau makanan tambahan yang sihat.

    Pun begitu, sekiranya berlaku pendedahan yang berlebihan kepada sinaran ultraviolet (UV) matahari, ia boleh menjejaskan aspek penjagaan kulit dan mata, mengganggu sistem imun dan meningkatkan risiko barah kulit

    Bagaimana selaran matahari terjadi?

    Matahari memancarkan cahaya ke bumi dan sebahagian daripada cahaya itu terdiri daripada sinar UV yang tidak kelihatan. 

    Apabila sinar UV terkena kepada kulit, ia boleh menyebabkan kulit berubah keperangan, terbakar dan masalah kerosakan kulit yang lain. 

    Umumnya, sinar UV terbahagi kepada 2, iaitu:

    • #Sinar UVA

    Menyebabkan penuaan kulit dan kedutan serta menyumbang kepada barah kulit, seperti melanoma (keadaan barah kulit yang paling berbahaya). 

    Sebahagian besar pendedahan cahaya matahari adalah melalui sinar ini.

    • #Sinar UVB

    Sinar UVB juga berbahaya kerana boleh mengakibatkan selaran matahari, katarak (mengaburkan lensa mata) dan memberi kesan kepada sistem imun. 

    Sinar ini juga boleh mengakibatkan masalah barah kulit dan melanoma yang berkaitan dengan masalah selaran matahari UVB teruk sebelum usia 20 tahun.

    Sinar UV bertindak balas dengan bahan kimia disebut melanin yang terdapat dalam kulit. Sunburn terjadi apabila jumlah pendedahan kepada UV lebih besar daripada yang dilindungi oleh melanin kulit.

    Risiko kerosakan meningkat dengan jumlah dan intensiti pendedahan. Kulit keperangan (tan) adalah tanda kerosakan dan tidak membantu melindungi kulit.

    penjagaan kulit

    Perlu ke melindungi kanak-kanak daripada sinar UV?

    Setiap kanak-kanak memerlukan penjagaan kulit serta perlindungan matahari. 

    Semakin cerah warna kulit semula jadi seseorang, semakin kurang melanin yang dapat membantu menyerap sinar UV dan melindungi kulit. 

    Manakala individu dengan kulit yang gelap, mempunyai lebih banyak melanin. 

    Walau bagaimanapun, tidak mengira warna kulit, cerah atau gelap, setiap kanak-kanak memerlukan penjagaan kulit bagi melindunginya daripada sinar UV yang berlebihan. 

    5 cara penjagaan kulit kanak-kanak

    Usah bimbang, pastinya ada cara yang boleh dilakukan untuk melindungi kulit si manja daripada terkena sinaran matahari secara berlebihan. 

    1. Krim pelindung matahari

    American Academy of Dermatology (AAD) mengesyorkan agar semua kanak-kanak tanpa mengira warna kulit, perlu memakai krim pelindung matahari (sunscreen) dengan SPF 30 atau lebih tinggi.

    Tidak kira apa juga krim pelindung matahari yang digunakan, pastikan ia mempunyai spektrum luas – melindungi daripada sinar UVA dan UVB. 

    Sekiranya anak berada berdekatan dengan air atau bermain air, pilih jenis kalis air. Sapukan dalam jumlah yang banyak dan kerap ulangi sapuan. 

  • Hindari sinaran terkuat
  • Cuba untuk berada di tempat teduh ketika cuaca terik – biasanya antara pukul 10 pagi hingga 4 petang di hemisfera utara. 

    Sekiranya anak berada di bawah sinaran matahari pada tempoh tersebut, kerap sapu semula pelindung matahari – walaupun hanya bermain di laman rumah. 

    Kebanyakan kerosakan kulit kesan sinar matahari terjadi apabila anak melakukan aktiviti harian dan bukannya ketika berada di pantai

    1. Pakaian pelindung

    Salah 1 kaedah penjagaan kulit terbaik adalah dengan melindunginya (menutup). 

    Untuk memastikan pakaian anak memberikan perlindungan terbaik, cuba masukkan tangan ke dalam pakaian dan pastikan anda tidak dapat melihatnya melalui pakaian. 

    Jika si kecil perlu berada di bawah sinar matahari, pakaikan mereka dengan pakaian yang menutupi badan, termasuk topi.

    Perlindungan terbaik untuk bayi di bawah usia 6 bulan adalah berada di tempat teduh dan jauh daripada sinaran matahari sebaik mungkin. 

    Untuk anak yang lebih besar, mereka juga masih perlukan perlindungan dan penjagaan kulit daripada matahari. 

    Anda juga boleh meminta anak untuk memakai pakaian berlengan panjang bersama seluar panjang. 

    pelindung matahari

    1. Memakai cermin mata hitam

    Pendedahan kepada sinar matahari boleh merosakkan mata seperti kulit. Malahan berada seharian di bawah sinar matahari boleh menyebabkan kornea terbakar – lapisan membran luar mata yang jelas.

    Cara terbaik untuk melindungi mata anak adalah dengan memakaikannya cermin mata hitam yang boleh memberikan perlindungan UV 100%. 

    1. Semak ubat

    Terdapat beberapa ubat boleh menjadikan kulit lebih sensitif kepada sinar UV. 

    Tanyakan kepada doktor jika terdapat ubat dalam preskripsi yang diambil anak mendedahkannya kepada kepekaan cahaya matahari.

    Jika ada, ambil langkah berjaga-jaga tambahan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 11/04/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan